Mahb Bekerja Keras Persiap Klia Untuk Pelancong


 
Sistem pengendalian bagasi di KLIA telah dilengkapi dengan empat terowong khas untuk membasmi kuman menggunakan sinar ultraungu. (Gambar KLIA)PETALING JAYA: Dalam pada industri penerbangan dan pelancongan hampir terhenti ketika pandemik, banyak yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memastikan keselamatan pelancong pada masa depan, tanpa menjejaskan pengalaman mereka di lapangan terbang.
“Kami tidak berhenti bekerja ketika pandemik. Kami ingin memastikan dapat memberikan pengalaman paling selamat dan paling berkesan untuk pelancong sejurus selepas kami dibenarkan menyambut mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysian Airports Holdings Bhd (MAHB) Mohd Shukrie Mohd Salleh kepada FMT.
“Kami telah melihat semua aspek pengalaman lapangan terbang dari awal hingga akhir, termasuk perkara yang jarang difikirkan orang lain dalam usaha kami memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.”
Sebagai contoh, selain menambah baik perkara biasa seperti pengimbas suhu dan penghadang bersin lutsinar yang dipasang di lapangan terbang di seluruh negara, MAHB juga memberi perhatian teliti kepada perkara yang mungkin tidak difikirkan oleh pelancong.
Tandas, misalnya, telah dilengkapi dengan teknologi pembasmi kuman ultraungu bagi mencegah penularan patogen menerusi udara.
“Kami juga telah memasang sistem pengendalian bagasi dengan empat terowong khusus bersekali dengan sistem ada untuk membasmi kuman menggunakan sinar ultraungu,” kata Shukrie yang turut menambah bahawa dengan cara itu beg dapat dinyahkuman sebelum sampai kepada pelancong tanpa beban tambahan ke atas mereka.
Perhatian kepada perincian ini juga meliputi bahagian lain yang membabitkan pengalaman perjalanan. Pesanan makanan dan pembayaran tanpa tunai juga disediakan untuk mengurangkan kontak dan mengurangkan masa menunggu.
KLIA juga akan memasang sistem pengesahan pengecaman wajah di 75 lokasi dikenal pasti menjelang akhir tahun ini, termasuk di kios layan diri, kaunter daftar masuk, pusat pemeriksaan keselamatan dan balai berlepas.
Dengan proses pengesahan di setiap lokasi dikenal pasti mengambil masa sekitar lima saat, MAHB menjangkakan ia akan mengurangkan masa menunggu secara drastik, meningkatkan keselamatan penumpang melalui teknologi canggih yang meminimumkan kontak.
Selain itu, sensor 3D dipasang untuk memantau secara aktif bilangan orang di kawasan sibuk dan menyediakan maklum balas masa nyata kepada kakitangan yang ditugaskan untuk memastikan SOP dipatuhi.
“Sistem ini juga dapat mengesan barisan panjang dan kesesakan pengembara supaya Pusat Kawalan Operasi Lapangan Terbang (AOCC) mendapat makluman dan sumber dapat dikerahkan untuk membantu memberi perkhidmatan yang cepat dan kelancaran aliran penumpang.
“Secara idealnya, masa menunggu boleh dikurangkan bawah 10 minit.”
Salah satu perkembangan terbaru adalah pemasangan “Sistem Pengesanan Serpihan Objek Asing (FOD)” di sepanjang landasan, yang terdiri daripada sebilangan menara radar yang boleh mengesan objek dari jarak 500 meter hanya dalam 10 saat dan menyalurkan maklumat kepada kakitangan dengan pantas menggunakan radio berbanding teknologi gentian.

“Ini dapat membantu kru di darat mengesan kemungkinan masalah keselamatan seperti hidupan liar atau serpihan yang mungkin terdapat atas landasan. Gambar resolusi tinggi mengenai bahaya itu dihantar kepada kru dengan segera supaya mereka dapat membersihkannya dengan cepat dan berkesan,” kata Mohd Shukrie.
Usaha MAHB untuk mempertingkat keselamatan penumpang mendapat perhatian banyak pihak. Lima lapangan terbang antarabangsa di negara ini, termasuk KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, serta asetnya di Turki, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen, menerima Akreditasi Kesihatan Lapangan Terbang (AHA) daripada Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI), yang mengesahkan bahawa lapangan terbang berkenaan memenuhi piawaian global.
Ini sebagai tambahan kepada British Standards Institution yang memutuskan bahawa langkah-langkah yang diambil oleh MAHB memenuhi piawaian antarabangsa terbaharunya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/10/mahb-bekerja-keras-persiap-klia-untuk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mu

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ramai Pelancong Ke Langkawi Secara Persendirian Guna Khidmat Tidak Berlesen

Ramai Pelancong Ke Langkawi Secara Persendirian Guna Khidmat Tidak Berlesen

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 399 hits
MALAYSIA NOW Motac menasihatkan pengusaha sektor pelancongan tidak berlesen untuk memohon lesen dengan kementerian itu bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan dikenakan Pelancong bersiar dan beriadah bersama keluarga di sekitar Pa...
149 Pelancong Gagal Ke Langkawi Kerana Positif Covid 19

149 Pelancong Gagal Ke Langkawi Kerana Positif Covid 19

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 273 hits
Oleh Masih tiada kes jangkitan Covid 19 dikesan membabitkan pelancong domestik di Langkawi SEBANYAK 149 kes positif COVID 19 telah dikesan hasil saringan di pintu masuk udara dan laut sebelum berlepas ke Langkawi bagi projek rintis gelembun...
Sultan Johor Murka Tekong Bot Bawa Pelancong Lalok Dadah

Sultan Johor Murka Tekong Bot Bawa Pelancong Lalok Dadah

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 320 hits
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar turut menyuarakan rasa kesal kerana kejadian itu berlaku di hadapan mata baginda sendiri PETALING JAYA Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka dengan kejadian tekong bot pelancong di Mersing yang mem...
Polis Tahan 2 Lelaki Lalok Bawa Bot Pelancong Bersama Penumpang Secara Berbahaya

Polis Tahan 2 Lelaki Lalok Bawa Bot Pelancong Bersama Penumpang Secara Berbahaya

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 434 hits
Bot pelancong yang dibawa dua lelaki di bawah pengaruh dadah turut dirampas dan diserahkan kepada Jabatan Laut Mersing untuk tindakan lanjut MERSING Polis menahan seorang tekong dan seorang awak awak disyaki berada di bawah pengaruh dadah y...
Covid Test Di Klia 2 Travel Bubble Langkawi 2021

Covid Test Di Klia 2 Travel Bubble Langkawi 2021

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 562 hits
Assalamualaikum Fuhh lama betul tinggal dunia blog Sawang terukkk dah ni haha Tiba rasa nak update sesuatu sebab aku rasa blog masih relevan zaman ni kan kan So baru ni aku pi bercuti ke Langkawi Support travel bubble gitu Aku harap takde y...
Seramai 38 748 Pelancong Direkodkan Di Langkawi

Seramai 38 748 Pelancong Direkodkan Di Langkawi

papar berkaitan - pada 4/10/2021 - jumlah : 263 hits
AGENDA DAILY Rakyat asing turut tidak melepaskan peluang berkunjung ke Langkawi setelah setelah sektor pelancongan pulau peranginan itu dibuka Projek rintis gelembung pelancongan di Pulau Langkawi Kedah mencapai kejayaan membanggakan selepa...
Polis Pahang Akan Jadikan Langkawi Panduan Terima Kehadiran Pelancong Mulai Oktober Ini

Polis Pahang Akan Jadikan Langkawi Panduan Terima Kehadiran Pelancong Mulai Oktober Ini

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 311 hits
KUANTAN Polis Pahang akan menjadikan Langkawi sebagai panduan dalam menerima kehadiran pelancong susulan gelembung pelancongan di Pulau Tioman dan Genting Highlands mulai 1 Oktober Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihak...
Genting Highlands Pulau Tioman Dan Melaka Bakal Dibuka Kepada Pelancong

Genting Highlands Pulau Tioman Dan Melaka Bakal Dibuka Kepada Pelancong

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 256 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi yang akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata destinasi itu ialah Genting Highlands...
Kerajaan Negeri Pahang Mewujudkan Pasukan Petugas Tioman Persediaan Terima Pelancong

Kerajaan Negeri Pahang Mewujudkan Pasukan Petugas Tioman Persediaan Terima Pelancong

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 441 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang mewujudkan Pasukan Petugas Tioman yang dianggotai pelbagai agensi dan jabatan bagi tujuan pematuhan dan pemantauan prosedur operasi standard apabila sektor pelancongan Pulau Tioman kembali dibuka 1 Okt ini Pen...
Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit

Jemput Trump Waktu Terbaik Bincang Isu Negara Bergolak Tegaskan Pendirian Malaysia Fahmi

Selepas Setahun Terima Kasih Allah Beego Kongsi Foto Bersama Linda Hashim Amp Anak Anak

Gsf Akan Masuk Zon Kuning Risiko Dipintas Tinggi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Football Legend Dollah Salleh Joins Leaders In Questioning Fifa S Sanctions Against Fam

Kinabatangan Makes Its Mark As Malaysia S Latest Unesco Biosphere Reserve

Top Reasons Online Casino Malaysia Has Become A Preferred Choice For Gamblers


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mee Udang Ladang Nira Nipah Napiah

Jangan Terlalu Berkira

Konsert Lagenda Nada Murni 2025

Hwc Coffee X Bape Bila Kopi Jadi Gaya Hidup Bukan Sekadar Minuman

Antara Lapar Malam Dan Menjaga Diri

Sharee Lopes Permainan Chord