Kerajaan Negeri Pahang Mewujudkan Pasukan Petugas Tioman Persediaan Terima Pelancong


 

KUANTAN - Kerajaan Negeri Pahang mewujudkan Pasukan Petugas Tioman yang dianggotai pelbagai agensi dan jabatan bagi tujuan pematuhan dan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) apabila sektor pelancongan Pulau Tioman kembali dibuka 1 Okt ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin berkata pasukan petugas itu dipengerusikan Pegawai Daerah Rompin dan mempunyai enam jawatankuasa iaitu pandemik, keselamatan, kawalan pintu masuk, pelancongan, pengindahan bandar dan komuniti.
Sebagai contoh, aspek pandemik dikendalikan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Hospital Rompin, Jabatan Laut, Jabatan Perikanan, imigresen, polis, kastam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi kawalan pintu masuk manakala Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Tourism Pahang dan Persatuan Pengusaha Pelancongan Pulau Tioman dipertanggungjawabkan kepada aspek pelancongan.
“Pengurusan kluster oleh PKD akan dilakukan jika berlaku lebih lima kes positif Covid-19 dalam satu premis, di samping PKD akan membuat kawalan wabak dan penilaian risiko jika perlu mengeluarkan arahan penutupan premis dan sanitasi,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Turut hadir Pengurus Besar Tourism Pahang Kamaruddin Ibrahim.
Mohd Sharkar berkata kerajaan negeri juga mencadangkan supaya pelancong hanya dibenarkan menaiki feri di Jeti Teluk Gading (dahulunya dikenali sebagai Tanjung Gemok) di Rompin dan bukannya dari Mersing, Johor yang juga merupakan laluan masuk ke Pulau Tioman bagi memudahkan kawalan dan pemeriksaan saringan Covid-19.
Pelancong boleh membeli kit kendiri saringan di jeti atau di tempat lain namun ujian mesti dilakukan di terminal jeti, dengan mereka yang positif akan terus dibawa ke Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) sebelum ke Hospital Rompin atau Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) terdekat.
Berhubung aktiviti dibenarkan, Mohd Sharkar berkata selain produk tarikan utama di Pulau Tioman seperti aktiviti pantai dan sukan air, selam permukaan dan selam skuba, sukan lasak atau pengembaraan, turut dibolehkan ialah memancing, pelayaran, berbasikal, berkhemah, mendaki gunung dan lawatan akademik ke Taman Laut.
“Kita berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang memilih Pulau Tioman sebagai antara destinasi awal dibuka semula kerana 90 peratus penduduk pulau itu bergantung sepenuhnya kepada pelancongan.
Mereka kini sekurang-kurangnya mempunyai sedikit masa untuk mencari rezeki sebelum terpaksa dihentikan pada 15 Dis depan kerana musim tengkujuh dan kembali beroperasi pada Mac 2022. Jika tidak dibuka (kali ini) bermakna sudah dua tahun mereka tidak boleh beroperasi,” katanya.
Di Pulau Tioman terdapat 103 hotel dan inap desa yang menyediakan 1,821 bilik, 88 orang pemandu bot, 30 pusat selam dan pada 2019 sebelum pandemik Covid-19 melanda, ia menerima kehadiran 276,232 pelancong termasuk 86,257 pelancong antarabangsa.
Sehubungan itu, Mohd Sharkar juga berharap Kerajaan Persekutuan dan MKN dapat mempertimbangkan lebih banyak pulau peranginan di Pantai Timur dibenarkan beroperasi semula bagi membantu penduduk tempatan di situ, selain mengambil kira mereka juga sudah mencapai imuniti kelompok menerusi pengambilan vaksin Covid-19.
Mengambil contoh Pulau Tioman, Mohd Sharkar berkata seramai 2,200 penduduk yang layak menerima vaksin Covid-19 sudah lengkap menerima suntikan vaksin Sinovac pada 27 Jun hingga 4 Julai bagi dos pertama disusuli dos kedua antara 26 hingga 29 Julai lepas.
Dalam perkembangan lain, Mohd Sharkar berharap Kerajaan Persekutuan dapat membenarkan lebih banyak lokasi pelancongan di Pahang kembali beroperasi memandangkan imuniti kelompok juga telah dicapai di Bukit Fraser, Janda Baik, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Taman Negara, Taman Negeri Rompin dan Cameron Highlands. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://pahangdaily.blogspot.com/2021/09/kerajaan-negeri-pahang-wujudkan-pasukan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed:+blogspot/LWFdy+(Pahang+Daily+Online)

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Pahang Akan Jadikan Langkawi Panduan Terima Kehadiran Pelancong Mulai Oktober Ini

Polis Pahang Akan Jadikan Langkawi Panduan Terima Kehadiran Pelancong Mulai Oktober Ini

papar berkaitan - pada 26/9/2021 - jumlah : 214 hits
KUANTAN Polis Pahang akan menjadikan Langkawi sebagai panduan dalam menerima kehadiran pelancong susulan gelembung pelancongan di Pulau Tioman dan Genting Highlands mulai 1 Oktober Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata pihak...
Mahkamah Rayuan Membenarkan 204 Orang Pekebun Durian Teruskan Tindakan Undang Undang Terhadap Kerajaan Negeri Pahang

Mahkamah Rayuan Membenarkan 204 Orang Pekebun Durian Teruskan Tindakan Undang Undang Terhadap Kerajaan Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 10/9/2021 - jumlah : 194 hits
PUTRAJAYA Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan 204 pekebun durian untuk memulakan tindakan undang undang terhadap tindakan pengusiran kerajaan Pahang Mahkamah juga mengeluarkan arahan yang membenarkan mereka kekal di kebun sementara menun...
42 875 Kumpulan Pertama Remaja Berusia 16 17 Tahun Terima Vaksin Seluruh Negeri Pahang

42 875 Kumpulan Pertama Remaja Berusia 16 17 Tahun Terima Vaksin Seluruh Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 338 hits
KUANTAN Pahang mensasarkan pemberian imunisasi Covid 19 kepada kumpulan remaja pertama berusia 16 hingga 17 tahun berjumlah 42 875 bagi seluruh negeri ini menerusi Program Imunisasi Covid 19 Remaja Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Nor Azi...
Kerajaan Negeri Minta Motac Pertimbangkan Buka Lokasi Pelancongan Yang Lain Di Pahang

Kerajaan Negeri Minta Motac Pertimbangkan Buka Lokasi Pelancongan Yang Lain Di Pahang

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 242 hits
KUANTAN Kerajaan melalui Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya diminta mempertimbangkan pembukaan beberapa lagi lokasi pelancongan di Pahang Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan Alam Sekitar Perladangan dan Komoditi Pahang Datuk ...
Kerajaan Pahang Menubuhkan Jawatankuasa Ombudsman Negeri Bagi Tingkatkan Integriti

Kerajaan Pahang Menubuhkan Jawatankuasa Ombudsman Negeri Bagi Tingkatkan Integriti

papar berkaitan - pada 11/9/2021 - jumlah : 244 hits
KUANTAN Kerajaan Negeri Pahang menubuhkan Jawatankuasa Ombudsman Negeri Pahang selaras dengan komitmen memperkukuhkan lagi kualiti pengurusan aduan berkaitan integriti dalam urusan penyampaian perkhidmatan awam negeri ini kata Menteri Besar...
Buat Temujanji Appoinment Di Klinik Kesihatan Kerajaan Di Negeri Kedah

Buat Temujanji Appoinment Di Klinik Kesihatan Kerajaan Di Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 21/9/2021 - jumlah : 533 hits
CARA BUAT TEMUJANJI APPOINMENT DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN NEGERI KEDAHJom tengok step by step cara yang aku kongsikan untuk buat temujanji appoinment di Klinik Kesihatan Kerajaan bagi semua penduduk negeri Kedah Darulaman 1 Sila masuk ke ...
Hiburan Tiada Diskriminasi Rita Rudaini Kagum Kerajaan Pahang Benarkan Individu Belum Vaksin Tunai Solat Di Masjid

Hiburan Tiada Diskriminasi Rita Rudaini Kagum Kerajaan Pahang Benarkan Individu Belum Vaksin Tunai Solat Di Masjid

papar berkaitan - pada 25/9/2021 - jumlah : 187 hits
Pelakon penuh kontroversi Rita Rudaini meluahkan rasa kagum dengan kerajaan Pahang apabila membenarkan mereka yang belum divaksin untuk menunaikan solat fardu dan Jumaat di masjid ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementPerkara tersebut dikongsikan ...
Pelajar Tingkatan 4 5 Di Pahang Terima Vaksin Minggu Depan

Pelajar Tingkatan 4 5 Di Pahang Terima Vaksin Minggu Depan

papar berkaitan - pada 17/9/2021 - jumlah : 215 hits
Setakat ini sebanyak 81 7 atau kira kira 960 126 penduduk dewasa di Pahang sudah menerima sekurang kurangnya satu dos vaksin Covid 19 KUANTAN Pelajar Tingkatan 4 dan 5 di negeri ini akan menerima dos pertama suntikan vaksin Covid 19 bermula...
Genting Highlands Pulau Tioman Dan Melaka Bakal Dibuka Kepada Pelancong

Genting Highlands Pulau Tioman Dan Melaka Bakal Dibuka Kepada Pelancong

papar berkaitan - pada 22/9/2021 - jumlah : 214 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya mencadangkan tiga lagi destinasi yang akan dibuka kepada pelancong menerusi gelembung pelancongan domestik Menterinya Datuk Seri Nancy Shukri berkata destinasi itu ialah Genting Highlands...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi