Mahathir Yang Menyiksa Jiwanya Dipenghujung Usia




Dalam menuju usia 95 tahun, duduk lagi sebagai Perdana Menteri buat kali kedua, ada gaji sekitar RM100 ribu sebulan dan anak-anak semuanya bergelar jutawan, dari sudut luaran kehidupan Tun Mahathir Mohamad tampaknya cukup bahagia dan selesa.Dalam negara ini, hanya beliau diberi nikmat sebegitu rupa.Tetapi, setelah hampir dua tahun menjadi Perdana Menteri buat kali kedua ini, kita mulai dapat merasakan jiwa dan batinnya tidaklah sebahagia dan seselesa sebagaimana yang dilihat daripada luarannya.Setiap hari, selain kebencian rakyat makin membesar terhadapnya, bukan saja daripada kalangan rakyat biasa dan mereka yang tidak berparti serta daripada penyokong UMNO dan penyokong PH sendiri, kesengsaraan jiwa Tun Mahathir yang paling parah ialah ketamakannya terhadap kuasa.Semua keadaan itu, mahu tidak mahu, adalah berkaitan dengan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya buat kali kedua sekarang ini.Setelah merasa jadi Perdana Menteri selama 22 tahun di era BN, kemudian bersara, Tun Mahathir sepatutnya menikmati zaman persaraannya dengan senang hati dan gembira sekarang ini.Tetapi, bermula dengan menyerang pengganti yang dipilihnya sendiri, Tun Abdullah Badawi dan kemudian menjatuhkan Najib Razak, pemimpin yang dilatih dan dikehendakinya untuk menjadi Perdana Menteri, seterusnya sedia kembali memikul tanggungjawab untuk menyelamatkan negara bersama PH secara sementara, seharusnya tiada apa-apa lagi yang menggugat ketenangan perjalanan hidupnya dalam usia bonus ketika ini.Jiwa Tun Mahathir kini dilihat terganggu dan tidak tenang kerana ternampak beliau terlalu sayang kepada jawatan dan lupa kepada janjinya yang pernah dibuatnya sendiri.Kalaulah beliau sentiasa ingat kepada janjinya, ingat bagaimana beliau datang ke mahkamah untuk berbaik dengan Anwar, ingat bagaimana Anwar memaafkannya dan keluarga beliau dapat menerimanya ke dalam PH dan ingat bagaimana beliau menyuruh Tun Daim Zainuddin bertemu Anwar sebanyak enam kali di Penjara Sungai Buloh sebelum PRU14, tentulah tidak sukar bagi Tun Mahathir memenuhi janji peralihan kuasa yang telah dipersetujui itu.Ia jadi sukar kerana Tun Mahathir ternampak tidak ikhlas dan selalu berdolak-dalik berhubung janji peralihan kuasa serta seolah-olah sengaja membuka banyak ruang untuk janji itu dimungkiri.Cakapnya mengenai peralihan kuasa bukan saja berbeza antara minggu ini dengan minggu depan, malah berbeza antara siang dengan malam.Sekarang ini, walaupun beliau macam bersetuju agar isu peralihan kuasa dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada 21 Februari ini, semuanya masih belum pasti lagi sebenarnya.Ini berikutan isu mengumpul Akuan Bersumpah atau SD di kalangan Ahli-Ahli Parlimen untuk mengekalkan khidmatnya sehingga habis penggal masih lagi menjadi perbualan dan hasrat Pas mahu membawa usul percaya kepadanya juga semakin hari semakin galak perbuatannya.Lebih daripada itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang diketahui merupakan pembodek tegar Tun Mahathir sejak diberikan jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, turut tidak habis-habis cuba menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.Atas semua yang berlaku itu, kenapakah Tun Mahathir tidak pernah bersuara menghalangnya?Apa susahnya sebagai Perdana Menteri, jika Tun Mahathir menyatakan pendirian tegas menolak sebarang usaha mahu mengekalkannya sehingga habis penggal dengan alasan beliau kekal komited untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar?Namun, apalah maknanya hanya sekadar berkata akan mengotakan janji peralihan kuasa, tetapi usaha-usaha di belakang untuk menghalang janji ditunaikan terus juga dibiarkan berjalan?Tidakkah jiwa Tun Mahathir akan lebih tenang sebenarnya jika sambil mengatakan komited terhadap janji, beliau juga melarang keras sebarang komplot jahat dan membodeknya untuk kekal sehingga habis penggal?Dalam mesyuarat Majlis Presiden pada 21 Februari ini, segala-galanya banyak terserah kepada Tun Mahathir sendiri selaku Pengerusi PH menentukannya.Jika ucapan pembukaannya dalam mesyuarat itu menunjukkkan beliau tegas serta komited kepada peralihan kuasa, malah lebih baik jika dapat menyebut bila tarikhnya beliau akan melakukan serah kuasa kepada Anwar, sesuatu yang menggembirakan kita semua tentunya akan menjelma.Tetapi, kiranya Tun Mahathir tidak menunjukkan ketegasan serta keinginan untuk menyerahkan jawatan dan akhirnya masih tiada ketetapan tarikh peralihan kuasa dapat dimuktamadkan, percayalah PH akan terus bergolak dan berkecamuk dengan lebih teruk lagi.Natijahnya, jiwa Tun Mahathir juga akan terus kacau bilau dan berserabut, walhal dalam usia bonus di mana tarikh kematian semakin menghampirinya, ketenangan dan kedamaian jiwalah sesuatu yang diperlukan oleh setiap insan.Lagi pula, dengan nikmat dunia yang sudah diperolehinya, apa lagi yang mahundikejar-kejarnya? (ShahbudinHusin 18/02/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/02/mahathir-yang-menyiksa-jiwa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hanya Majlis Presiden Dapat Meluruskan Lidah Mahathir Yang Berbelit Belit

Hanya Majlis Presiden Dapat Meluruskan Lidah Mahathir Yang Berbelit Belit

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 511 hits
Kenyataan Tun Mahathir Mohamad yang seolah olah ingin menyerahkan kepada Parlimen menentukan kedudukan penggantinya adalah satu lagi percubaan beliau untuk bersifat munafik terhadap janji peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim Sikap ini juga ...
Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

Umno Mungkin Sokong Usul Undi Percaya Mahathir Kata Tok Mat

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 296 hits
Umno tidak menolak kemungkinan menyokong usul undi percaya kepimpinan Dr Mahathir Mohamad yang akan dibawakan PAS ke Dewan Rakyat bulan depan sekiranya ia memberi manfaat kepada rakyat Bagaimanapun Timbalan Presidennya Mohamad Hasan berkata...
Amerika Kecewa Dengan Mahathir Tapi Kami Salute Keberanian Tun

Amerika Kecewa Dengan Mahathir Tapi Kami Salute Keberanian Tun

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 283 hits
Kedutaan Amerika Syarikat di sini kecewa dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Presiden negara itu Donald Trump agar meletak jawatan Dalam satu kenyataan dikeluarkan semalam kedutaan itu berkata kenyataan Pe...
Unfair Comment By Us Embassy Kl Against Tun Dr Mahathir

Unfair Comment By Us Embassy Kl Against Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 452 hits
The American Embassy here in KL has released the following statement obviously in response to Dr Mahathir s call that President Trump should resign Well its a tad unfair for the US Embassy to say such things about Dr Mahathir He is 94 years...
Tun Dr Mahathir Nafi Pelawa Umno Tubuh Pakatan Nasional

Tun Dr Mahathir Nafi Pelawa Umno Tubuh Pakatan Nasional

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 345 hits
KUALA LUMPUR Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan pernah mempelawa parti UMNO untuk menubuhkan Pakatan Nasional Dalam satu wawancara yang disiarkan di saluran YouTube The Malaya Post Perdana Menteri sebaliknya menegaskan beliau terbuka untuk m...
Gdp To Grow At 4 5 Despite Challenging Times Says Dr Mahathir

Gdp To Grow At 4 5 Despite Challenging Times Says Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 213 hits
Prime Minister Dr Mahathir Mohamad says Malaysia is committed to providing a stable business environment for investors PETALING JAYA Prime Minister Dr Mahathir Mohamad says Malaysia s gross domestic product is expected to grow at 4 5 this y...
Mahathir Kena Fikir Semula Antara Anwar Dan Najib Siapa Yang Lebih Bagus Dan Layak Gantinya

Mahathir Kena Fikir Semula Antara Anwar Dan Najib Siapa Yang Lebih Bagus Dan Layak Gantinya

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 388 hits
Kalau pun bukan Najib masih ada beberapa nama lagi yang boleh dipertimbangkan Kalau di PKR selain Anwar macam tiada yang terampil Melayu DAP Takkan nak 100 boneka Wan Azizah Macam tidak berfungsi ada dan tiada sama sahaja Terima Kasih PAS K...
Proses Penyerahan Kuasa Mahathir Kepada Anwar Yang Netizen Perlu Fahami

Proses Penyerahan Kuasa Mahathir Kepada Anwar Yang Netizen Perlu Fahami

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 273 hits
Manifesto bukan kitab suci Dalam banyak janji yang tertera di dalam manifesto Pakatan Harapan janji yang paling diambil berat oleh kalangan pimpinannya ialah menyerahkan tugas perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahi...
Dr Mahathir I Asked Trump To Resign To Save America

Dr Mahathir I Asked Trump To Resign To Save America

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 345 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad says that he called for the resignation of United States President Donald Trump to save America The Prime Minister said his recent criticism was not levelled at the American public only at Trump Americans are nice pe...
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator