Mahathir Sudah Boleh Gulung Tikar Dan Bantal



Dr. Kamarul Yusoff
Bagi saya yang sudah agak biasa juga bertemu dan berbual dengan beliau dalam tempoh-tempoh sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Datuk Husam Musa ialah seorang pemimpin politik yang agak menarik orangnya dengan sikap beliau yang agak terkehadapan dan suka berterus-terang.
Saya masih ingat lagi sewaktu saya singgah beraya di rumah beliau pada 25 Jun 2017, Husam secara selamba menyebut di depan saya bahawa Parti Amanah Negara akan kalah di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan Parlimen Kubang Kerian dalam PRU-14 dan ini ternyata berlaku kemudiannya.
Pandangan agak terkehadapan dan suka berterus-terang Husam, yang kadang-kadang memberikan beliau masalah ini, bukan sahaja berlaku di peringkat negeri malah di peringkat Pusat juga dengan beberapa tindakan beliau yang mendahului pemimpin politik lain.
Dalam isu pencalonan Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH) menjelang PRU-14 umpamanya, Husam pernah menyebut pada 12 Julai 2019 bahawa “Saya yang pertama mencadangkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri PH” dan “Saya dikritik oleh banyak pihak kerana(nya)”.
Memang ada laporan berita bertarikh 21 Mei 2017 bertajuk “Husam cadang Mahathir calon PM” yang memuatkan rayuan Husam supaya rakan-rakan beliau dalam PH menerima Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri jika PH menang dalam PRU-14.
Kata Husam waktu itu, disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih dalam penjara, mana-mana nama baharu sebagai calon akan menyebabkan ada pihak yang tidak puas hati, sebab itulah nama Dr Mahathir (“re-born Mahathir”) perlu diangkat sebagai calon Perdana Menteri PH.
Selain itu, saya juga mengetahui kerja buat Husam dalam mengangkat imej Dr Mahathir ini dengan antara lainnya mengatur majlis dialog antara Dr Mahathir dengan cendekiawan Melayu di atas tajuk “Hala Tuju Politik Melayu” di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada 25 Julai 2017.
Sebab itulah bila Husam kini menyebut “kedudukan Dr Mahathir di mata sebahagian besar rakyat adalah kehilangan kepercayaan yang teruk, yang merudum, dipanggil sebagai ‘lost of trust’ ataupun kehilangan kepercayaan” maka impaknya adalah besar.
Malah, Husam juga menyebut 13 kerusi Parlimen yang dimenangi oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam PRU-14 tidak wajar diberikan kepada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) kerana “kalau kita bagi 13 kerusi ini kepada Pejuang ia boleh menggagalkan hasrat kita untuk ambil balik kuasa”.
Tambah Husam: “Terukkah saya kata macam tu? Saya suka macam ini, saya suka berterus-terang dan dalam hal ini kita kena praktikal, walaupun kita hormat Dr Mahathir tapi saya kira rakyat Malaysia hendakkan satu set pemimpin yang mewarisi era yang baru.”
Bila Dr Mahathir kini ditolak secara total oleh pemimpin politik yang mula-mula sekali mencadangkan nama beliau sebagai calon Perdana Menteri PH maka penolakan ini adalah satu penolakan ultimate yang pastinya akan meruntuhkan kedudukan beliau dan Pejuang.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/09/18/mahathir-sudah-boleh-gulung-tikar-dan-bantal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Melancarkan Wing Lg Kini Mengacah Peranti Skrin Boleh Gulung Pula

Selepas Melancarkan Wing Lg Kini Mengacah Peranti Skrin Boleh Gulung Pula

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 282 hits
Semalam LG Wing telah dilancarkan sebagai peranti pintar pertama dengan dwi skrin yang boleh berputar Di akhir siaran langsung pelancaran Wing LG mengacah sebuah peranti dengan skrin boleh gulung pula Peranti ini juga di bawah LG Explorer P...
Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

Ketahui Bahaya Tidur Dalam Kereta Dan Bagaimana Gas Karbon Monoksida Boleh Membunuh

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 638 hits
Bila perjalanan jauh mesti ada diantara kita yang akan berhenti di mana mana hentian rehat untuk lelapkan mata buat seketika kerana mata terasa letih Bukan apa hanya untuk rehatkan diri sementara akan meneruskan pemanduan Tetapi tahukah and...
Dulu Tolak Hudud Ke Neraka Sekarang Hudud Tak Boleh Tanya

Dulu Tolak Hudud Ke Neraka Sekarang Hudud Tak Boleh Tanya

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 262 hits
ZOLA Presiden parti cap agama kata tolak Islam punca kelemahan umat Tapi ulama tak benarkan tanya soal hudud Hudud tu bukan ajaran Islam Kamu pun dah tolak Islam Maknanya kamulah punca kelemahan umat Atau bagaimana Lama dah kami bercakap so...
Homemade Healthy Ice Cream Ibu Yang Berdiet Pun Boleh Makan Anak Tumpang Sekali

Homemade Healthy Ice Cream Ibu Yang Berdiet Pun Boleh Makan Anak Tumpang Sekali

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 406 hits
Aiskrim dan kanak kanak sememangnya tidak dapat dipisahkan Berilah aiskrim perisa apa pun ia tetap jadi rebutan anak anak kita Aiskrim diet mungkin kedengaran asing namun aiskrim dengan gabungan bahan istimewa ini bukan hanya boleh dimakan ...
Psbb Dki Transportasi Umum Diisi Maksimum 50 Persen Dan Motor Boleh Bawa Penumpang

Psbb Dki Transportasi Umum Diisi Maksimum 50 Persen Dan Motor Boleh Bawa Penumpang

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 362 hits
Kami mengimbau kepada masyarakat khususnya pengguna transportasi umum untuk tetap disiplin menerapkan protokol kesehatan seperti memakai masker menjaga jarak dan sering mencuci tangan atau menggunakan hand sanitizer jelasnya
Rm50 000 Boleh Beli Perlanggaran Undang Undang

Rm50 000 Boleh Beli Perlanggaran Undang Undang

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 304 hits
Media melaporkan bahawa Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Dr Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini tampil menyumbang sebanyak RM50 000 kepada PAS Sumbangan anggota parlimen Kuala Nerus itu diumumkan ketika Muktamar Tahunan PAS yang...
Pas Boleh Jadi Mangsa Pengagihan Kerusi Pru 15

Pas Boleh Jadi Mangsa Pengagihan Kerusi Pru 15

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 272 hits
Menyuarakan hasrat untuk bertanding di sepuluh kerusi DUN ketiadaan calon PAS dalam PRN Sabah kali ini mengundang perhatian Lebih mengundang cakap cakap apabila parti itu tidak diundang dalam majlis pengumuman calon gabungan Perikatan Nasio...
Ubat Ubat Yang Boleh Menyebabkan Alahan Teruk

Ubat Ubat Yang Boleh Menyebabkan Alahan Teruk

papar berkaitan - pada 15/9/2020 - jumlah : 503 hits
UBAT UBAT YANG BOLEH MENYEBABKAN ALAHAN TERUK Orang ramai boleh mengalami alahan kepada mana mana ubat akan tetapi terdapat sebahagian ubat yang lebih kerap menyebabkan alahan berbanding ubat ubatan lain Antibiotik merupakan punca alahan ya...
Top 10 Lokasi Glamping Di Malaysia Harga Kelebihan

Rahsia Kek Butter Jadi Lembut Moist Tak Retak Tak Bantat

Southwest Passenger Says She Was Ejected From Flight Based On Her Race

Menginap Di Bei Boutique Hotel Muar Jalan Jalan Ke Tomisstan Resort Muar

Sarawakian Ngo Need To Clear Health Confusion Of Malaysians Associating Palm Oil With High Cholesterol

Menu Menu Dari Bunga Kantan

Tamparan Baru Wall Street Gm Mengalami Kerugian 1 Bilion Rtx Mengejutkan Para Pelabur

Prabowo Isytihar Aset Lebih Rm530 Juta Gibran Miliki Rm700 000 Tanpa Hutang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenapa Netizen Suka Mengecam Di Media Sosial Ini 5 Sebab Utama Yang Ramai Tak Sedar

Buasir Otak Tv Bos Marah Bila Minta Laporan Be Like

Pasukan Malaysia Berjaya Meraih Dua Pingat Gangsa Dalam International Physics Olympiad 2025

Tips Design Kotak Packaging Ayam Goreng Yang Viral Di Media Sosial

Apa Itu Isteri Provider

Having A Strong Company Culture