Mahathir Perlu Diberi 5 Tahun Jadi Pm



(Utusan) – Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu diberi peluang untuk terus memegang jawatan Perdana Menteri sehingga habis penggal iaitu selama lima tahun, bukan dua tahun sebagaimana dijanjikan sebelum ini.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md. Arip, berkata, usaha menyusun dan memulihkan pentadbiran negara yang sedang dilakukan Dr. Mahathir ketika ini rumit dan tidak boleh disempurnakan dalam tempoh dua tahun.
Walau bagaimanapun kata beliau, Dr. Mahathir diyakini akan tetap mengotakan janji beliau untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim melainkan Presiden PKR itu sendiri memujuk beliau untuk kekal lebih lama.
“Saya fikir kalau Tun Dr. Mahathir masih sihat dan mampu, bagi peluang beliau selesaikan hal pentadbiran negara dalam tempoh satu penggal, iaitu kira-kira lima tahun. Nak pulih negara bukan boleh setahun dua. Biarlah beliau lengkapkan dulu.
“Datuk Seri Anwar sendiri pun ada sebut dua tiga kali, nak pulih (negara) ni bukan senang, nasib baik aku tak jadi Perdana Menteri. Saya penuh yakin dan percaya beliau cukup matang dan amat sabar, patut tidak ada masalah untuk beliau tunggu (lebih lama).
“Memang Tun dah berkali-kali sebut beliau sudah berjanji dan akan tunaikan janji. Tetapi, jika Anwar boleh pujuk, Tun, anda habiskan sahaja sepenggal, patut no problem, yang penting tidak ada yang jadi batu api,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Bharu, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Muhammad Zahid mengakui kenyataannya itu boleh mengundang salah faham banyak pihak kerana beliau adalah Setiausaha Politik Perdana Menteri namun cadangan tersebut adalah pandangan peribadi beliau semata-mata.
Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, Dr. Mahathir tidak terkejut apabila Menteri Luar Arab Saudi menafikan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma keluarga diraja negara itu.
“Dalam pertemuan dengan Tun semalam, Menteri Luar itu turut melahirkan kekesalan apabila keluarga diraja Arab Saudi dikaitkan sebagai penderma yang memasukkan duit ke dalam akaun Najib. Tun tidak terkejut, sebab beliau sebenarnya sudah tahu cuma nak dengar sendiri dari Arab Saudi,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2018/10/27/mahathir-perlu-diberi-5-tahun-jadi-pm/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Diberi Sambutan Rasmi Di Rumah Kerajaan

Dr Mahathir Diberi Sambutan Rasmi Di Rumah Kerajaan

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 264 hits
BANGKOK Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang melakukan lawatan ke Thailand hari ini diberi sambutan rasmi di Rumah Kerajaan di sini yang menempatkan pejabat Perdana Menteri Jeneral Prayut Chan o cha dan pejabat menteri Kabinet belia...
Rahsia Panjang Umur Tun Mahathir Masih Sembahyang Berdiri Walau Umur Lebih 90 Tahun

Rahsia Panjang Umur Tun Mahathir Masih Sembahyang Berdiri Walau Umur Lebih 90 Tahun

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 530 hits
Tun Mahathir telah mencipta sejarah yang besar dalam arena politik Malaysia dan dunia Baru baru ini Tun Mahathir telah menjadi Perdana Menteri ke 7 Malaysia walaupun pada usia 92 tahun Apa rahsia panjang umur Tun Mahathir ni ye Tun Mahathir...
Anwar Yakin Tun Mahathir Pegang Janji Letak Jawatan Selepas 2 Tahun

Anwar Yakin Tun Mahathir Pegang Janji Letak Jawatan Selepas 2 Tahun

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 426 hits
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menandatangi perjanjian untuk menobatkan beliau sebagai Perdana Menteri kelapan Beliau berkata banyak pihak mempersoalkan kebenaran sejauh mana Perdana Menteri ak...
Dedah Panas Tun Mahathir Dedah Rahsia 22 Tahun Tempoh Selayaknya Bergelar Darul Penyangak Sahabatsmb

Dedah Panas Tun Mahathir Dedah Rahsia 22 Tahun Tempoh Selayaknya Bergelar Darul Penyangak Sahabatsmb

papar berkaitan - pada 16/10/2018 - jumlah : 382 hits
DARUL PENYANGAK 7 KETURUNAN TUN MAHATHIR DEDAH RAHSIA BESAR 22 TAHUN 1 Rancak terlajak bilamana Tun Mahathir berbicara perihal Malaysia yang mana hari ini negara Malaysia akhirnya diikhtiraf sebagai DARUL PENYANGAK oleh Tun M panjang Tun M ...
Mukhriz Tak Mungkin Dr Mahathir Jadi Pm Sampai Umur 100 Tahun

Mukhriz Tak Mungkin Dr Mahathir Jadi Pm Sampai Umur 100 Tahun

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 308 hits
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz MahathirALOR SETAR Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi tempoh untuk mentadbir dan membersihkan sistem kerajaan terlebih dahulu sebelum menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Menteri Be...
Kokurikulum Belajar Renang Bermula Tahun 2019 Maszlee

Kokurikulum Belajar Renang Bermula Tahun 2019 Maszlee

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 425 hits
Imej via FB Dr Maszlee MalikKUALA LUMPUR Mulai tahun depan kegiatan kokurikulum belajar berenang bakal diajar kepada murid sekolah dalam usaha Kementerian Pendidikan mempersiapkan mereka dengan kemahiran itu sekali gus menangani insiden lem...
Wee Wern Raih Gelaran Keempat Tahun Ini

Wee Wern Raih Gelaran Keempat Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 234 hits
Pemain skuasy negara yang semakin meningkat prestasinya pada tahun ini berjaya merangkul kejuaraan keempatnya tahun ini Sekali lagi Australia menjadi medan beliau membuktikan kejagohan selepas berjaya memenangi Kejohanan Terbuka Q Queenslan...
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi Baru Umur 9 Tahun Tapi Sudah Pandai Mengugut

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 444 hits
Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut Saya Akan Buat Hidup Anda Tak Tenang Dan Menyesal Cucu Zahid Hamidi baru umur 9 tahun tapi sudah pandai mengugut
Zafrul As Bam President Filling Big Shoes Or A Risky Gamble

Monoloque Rindu Dendam Hari Raya Chord

Hiburan Mangsa Terjejas Akibat Kebakaran Di Putra Height Akan Terima Bantuan Rm2500 Hingga Rm5000 Pmx

What We Know So Far About The Putra Heights Inferno

Perempuan Melawan Lara

Berdentum Gegaran Disangka Pesawat Terhempas Mangsa Kebakaran

Wanita Maut Ditikam Suami Di Leher

What Are The Benefits Of Chiku Fruit


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Yang Perlu Tahu Tentang Masa Depan Tiktok Di As Dan Siapa Yang Berminat Membelinya

Selamat Hari Kesedaran Autisme Sedunia Penting Untuk Kita

Projek Itu Melalui Kelulusan Yang Sewajarnya Termasuk Mendapat Kebenaran Petronas Datuk Bandar Subang Jaya

Makluman Mangsa Insiden Kebakaran Saluran Paip Gas Di Putra Heights Telah Menerima Rawatan Yang Sewajarnya Dari Kkm

How To Earn 1 000 000 Using Ufanance

The Business Of Pgslot99