Kokurikulum Belajar Renang Bermula Tahun 2019 Maszlee


Imej via FB Dr Maszlee MalikKUALA LUMPUR: Mulai tahun depan kegiatan kokurikulum belajar berenang bakal diajar kepada murid sekolah dalam usaha Kementerian Pendidikan mempersiapkan mereka dengan kemahiran itu, sekali gus menangani insiden lemas.

Menterinya, Dr Maszlee Malik berkata, buat permulaan kegiatan itu akan diajar kepada sekolah yang berhampiran dengan kemudahan kolam renang awam.

Katanya, bagi menjayakan inisiatif itu, kementeriannya akan mengadakan perbincangan lanjut bagi menyelaraskan perkara itu dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Jabatan Pendidikan Negeri.
“Buat permulaan, pengajaran renang ini akan diadakan secara berperingkat untuk murid di sekolah yang berdekatan dengan kolam renang awam.

“Kita dapati banyak kemudahan kolam renang awam di seluruh negara tidak digunakan secara optimum. Jadi, kita kita akan bincang bagi menyelaraskan perkara itu dengan JPN dan PBT.

“Harapan kita pada akhirnya pengajaran renang ini akan diperluas ke semua sekolah sebab hasrat kita ialah untuk mengelak kes lemas kalangan kanak-kanak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Program Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat B.I.J.A.K: Selamat dan Lindung sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia 2018 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, hari ini.

Kokurikulum renang itu adalah antara empat ‘hadiah’ atau berita gembira diumumkan Maszlee untuk pendidikan tahun depan.

Katanya, langkah lain yang akan dilakukan kementeriannya adalah memastikan semua sekolah yang dibina selamat digunakan dan mesti dapat sijil kelayakan menduduki bangunan (CFO) atau Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) dan Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (CF); memastikan tiada keciciran pelajar dan menggalakkan guru mengutamakan keceriaan kelas selain pengajaran serta mengurangkan beban beg sekolah murid.

“Saya sudah arahkan Ketua Pengarah Pendidikan untuk memastikan sekolah menjadi tempat paling selamat untuk murid belajar dan bermain.

“Ini kerana saya difahamkan banyak sekolah dibina tapi tiada CF dan CCC, hal ini tidak boleh dikompromikan.

“Mengenai isu beg sekolah, kementerian komited mengenainya dan pegawai saya akan menjalankan kajian terperinci cara meringankan berat beg sekolah menjelang tahun depan. Kita tidak mahu mereka jadi seperti pramugari bawa beg berat dan besar

“Kita juga mahu guru gembira dengan meringankan beban mereka iaitu tidak perlu lagi melakukan tugas kerani tahun depan, sebaliknya menumpukan kepada pengajaran murid di dalam kelas supaya cemerlang,” katanya.

Maszlee yang membahasakan dirinya sebagai ‘Pak Cik Maslee’ ketika berucap, berkata pihak kementerian juga akan memastikan penerapan nilai murni dilaksanakan di sekolah setiap dua minggu.

Katanya, langkah itu penting bagi penerapan nilai kalangan pelajar supaya mereka bukan saja cemerlang dalam akademik, malah mempunyai moral yang tinggi seperti amanah, jujur dan bercakap benar.

Dalam pada itu, kata beliau, kementerian juga akan memastikan bahan pendidikan diperbanyakkan dan diviralkan dalam media sosial untuk dimanfaat oleh guru serta ibu bapa bagi mengajar anak-anak.

“Saya juga mahu minta pihak Majlis Agama Islam, Pusat zakat dan Baitulmal menyumbang buku bacaan kepada asnaf termasuk asnaf bukan Islam selain memberi bantuan kewangan dan makanan kepada mereka.

“Mereka juga disaran mewujudkan perpustakaan di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), kuarters polis, bomba dan tentera untuk menggalak budaya membaca.

“Kebanyakan kakitangan awam di kuarters ini berpendapatan rendah dan mungkin tidak mampu menyediakan bahan bacaan untuk anak mereka, jadi dengan adanya perpustakaan awam akan membantu,” katanya.

Sumber: Berita Harianloading..


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2018/10/kokurikulum-belajar-renang-bermula.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Samsung Dilaporkan Akan Membuang Bicu Audio Bermula 2019

Samsung Dilaporkan Akan Membuang Bicu Audio Bermula 2019

papar berkaitan - pada 11/10/2018 - jumlah : 208 hits
Bicu audio ialah I O yang semakin dilanda kepupusan selepas pembuangannya mula dilakukan oleh Oppo dan kemudiannya diikuti oleh pengeluar lain seperti Apple Laporan media Korea hari ini mengatakan mungkin trend ini akan diikuti pula oleh Sa...
Avengers 4 Akan Bermula 5 Tahun Selepas Kejadian Dalam Infinity War

Avengers 4 Akan Bermula 5 Tahun Selepas Kejadian Dalam Infinity War

papar berkaitan - pada 10/10/2018 - jumlah : 283 hits
Buat masa ini Marvel Studios menyembunyikan pelbagai maklumat tentang filem tersebut Namun ada satu khabar angin menyatakan bahawa filem Avengers 4 akan bermula beberapa tahun selepas kejadian dalam Infinity War Jika ianya benar pastinya ia...
Ulang Tahun Yang Kedua Artikel Akan Bermula Sekarang

Ulang Tahun Yang Kedua Artikel Akan Bermula Sekarang

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 297 hits
Assalamualaikum Dua tahun yang lepas Scam List Malaysia ada menerbitkan artikel yang bertajuk dan alhamdulillah artikel tersebut telah banyak membantu mereka diluar sana dalam mendapatkan maklumat scammer di Malaysia Jadi pada hari ini 20 D...
Buku Teks Digital Akan Digunakan Di Sekolah Menengah Bermula Tahun Hadapan

Buku Teks Digital Akan Digunakan Di Sekolah Menengah Bermula Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 428 hits
Dengan perkembangan arena digital suatu perkara yang boleh dikatakan dijangkakan ramai dimana bidang pendidikan turut mengimplementasikan penggunaan teknologi dan kandungan digital dalam pembelajaran Terkini ia diumumkan yang mana sekolah a...
Ibu Ayah Yang Ada Anak Masuk Tahun 1 Tahun 2019 6 Perkara Ini Dah Boleh Mula Sekarang

Ibu Ayah Yang Ada Anak Masuk Tahun 1 Tahun 2019 6 Perkara Ini Dah Boleh Mula Sekarang

papar berkaitan - pada 18/10/2018 - jumlah : 441 hits
Anak masuk Tahun 1 ibu ayah kena buat persediaan 6 perkara yang dikongsikan oleh ibu ini amat membantu si anak untuk menyesuaikan diri dan sangat praktikal Memang sesuai untuk ibu ayah tak kira yang baru anak sulung melangkah ke sekolah ren...
Winamp Akan Membuat Kemunculan Semula Pada Tahun 2019

Winamp Akan Membuat Kemunculan Semula Pada Tahun 2019

papar berkaitan - pada 19/10/2018 - jumlah : 488 hits
Winamp sebelum ini telah menemui ajal namun ia bakal mendapat hayat baru setelah ia dibeli bersama laman penstriman muzik Shoutcast oleh Radionomy dari bekas pemiliknya iaitu AOL Berita ini datang dari Ketua Pegawai Eksekutif Radionomy Alex...
5 Persiapan Untuk Sambut Tahun Baru 2019

5 Persiapan Untuk Sambut Tahun Baru 2019

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 617 hits
5 Persiapan Untuk Sambut Tahun Baru 2019 Hai pejam celik dah nak menghampiri tahun 2019 dah rasa sekejap je masa berlalu Usia pun dah nak naik satu angka lagi cepatnya terasa nak tua hehe untuk tahun baru 2019 ni zaza tak adalah banyak sang...
Oneplus Akan Melancarkan Telefon 5g Pada Tahun 2019 Mungkin Antara Yang Terawal

Oneplus Akan Melancarkan Telefon 5g Pada Tahun 2019 Mungkin Antara Yang Terawal

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 402 hits
Qualcomm hari ini telah berkongsi perancangan pengenalan cip 5G mereka selain mengumumkan beberapa rakan kerjasama Salah satunya OnePlus dimana pada waktu sama pengasas OnePlus Carl Pei turut berkongsi pentas untuk berkongsi perancangan mer...
Permohonan Online Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak Kanak Tahun 2019

Permohonan Online Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak Kanak Tahun 2019

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 839 hits
Permohonan Online Tawaran Kursus Sijil Pendidikan Awal Kanak kanak Tahun 2019 kini dibuka secara atas talian Mohon agar semua yang berminat untuk ikut segera dan buat permohonan dibawah Dimaklumkan bahawa iklan tawaran mengikuti kursus SPAK...
Importance Of Domain Valuation

Bazaar Wangsa Maju Draws Attention With Its Impressive Length

Study Warns Climate Change Will Lead To More City Fires

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

The New Evs From Bmw Will Outperform All Others On Range

Selamat Tinggal 0176076730

6 Ciri Ciri Yang Dicari Lelaki Daripada Seorang Wanita

Nippon Sushi Dan Myviets Melancarkan Menu Istimewa Sempena Ramadan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Perkara Perkara Yang Perlu Dikurangkan Apabila Usia Mencecah 50an

Betamek Berhad Melancarkan Pusat Penyelidikan Dan Pembangunan Rnd

Lirik Lagu Hari Lebaran Siti Nordiana

Saat Hilang Tong Gas Mu

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan