Mahathir Perlekeh Usaha Umno Nak Jadi Dominan Semula



Dr Mahathir berkata Bersatu juga tidak mampu menentang Umno dalam pilihan raya umum akan datang (Malaysia Now) – Lelaki yang memimpin Umno selama dua dekad dan menjadikan parti itu dominan sehingga berjaya memenangi lima pilihan raya umum dengan bergaya memperlekehkan cakap-cakap dari kepimpinan sekarang yang mahu parti Melayu itu menjadi pemandu utama politik Malaysia.
Dr Mahathir Mohamad, yang memerintah negara sepanjang 1990-an dan menjadi musuh utama pembangkang, tidak melihat wujud peluang sedemikian bagi mana-mana parti termasuk Umno yang mengetuai Barisan Nasional (BN) ketika tersungkur dari tampuk kekuasaan pada 2018.
Beliau berkata parti yang pernah mengetuai gabungan politik terbesar itu sudah berpecah dan tidak memiliki harapan untuk bangkit semula seperti zaman kegemilangannya dahulu.
“Tak ada masa depan (untuk Umno),” kata Mahathir yang berkhidmat sebagai perdana menteri dengan penggal pemerintahan terpanjang dan terpendek dalam dua kali pemerintahannya kepada MalaysiaNow ketika temu bual baru-baru ini di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.
“Walaupun mereka duduk bersama ia hanya mewakili sebahagian kecil Umno yang asal. Bukan keseluruhan Umno.”
Tema dalam Perhimpunan Agung Umno bulan lalu adalah perbahasan mengenai menjadikan Umno sebagai parti yang dominan semula.
Para pemimpinnya bergilir-gilir menggesa kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pada ketika ini diputuskan kerana parti itu hanya menjadi pemain kedua selepas Bersatu, sebuah parti serpihan Umno yang diasaskan Mahathir dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan turut mengatakan di hadapan perwakilan parti itu tidak akan bertolak ansur jika ia tidak diletakkan pada kedudukannya sebelum ini.
“Mereka (boleh) cakap, tetapi cara mereka buat tak nampak mereka semua bersatu,” kata Mahathir.
Mahathir turut berkata beliau tidak melihat wujud masa depan untuk Umno bagi pilihan raya umum akan datang, kerena untuk mendapatkan 80 kerusi seperti sebelum ini hanyalah mimpi yang sukar dijangkau.
“Mungkinlah dapat 50 atau 40 kerusi, tapi itu tidak cukup untuk tubuh gabungan yang kuat.”
Namun beliau menambah ia juga tidak bermakna Bersatu akan mampu menangi banyak kerusi.
“Muhyiddin tak akan dapat sokongan. Mereka akan kalah lawan Umno. Sebab Umno akan bertanding di kerusi Bersatu sebelum ini. Dan Umno juga akan bertanding di kerusi orang Umno yang sertai Bersatu,” katanya.
“Pada masa yang sama, sudah tentu, Umno nak jadi parti dominan. Jadi mereka akan bertanding mungkin dalam 80 hingga 90 kerusi. Namun mereka tak akan berjaya.”
Mahathir berkata walaupun Umno menjadi dominan dalam kerajaan, ia tidak boleh mendapat sokongan yang cukup hanya dengan satu parti sahaja.
“Pada satu waktu, Umno sudah jadi parti dominan. Cukup ampuh. Ia jadi pasukan utama. Namun Umno sendirian tak pernah menang untuk tubuh kerajaan. Umno perlukan sokongan MCA, MIC, dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak.
“Namun sekarang Umno tidak lagi menjadi parti dominan, ia sudah berpecah. Ramai yang sertai Bersatu. Dan ada juga yang tubuh kumpulan-kumpulan dalam Umno.”
Pada Pilihan Raya Umum 2018, Umno melalui gabungan politiknya, BN, memenangi 54 kerusi, kebanyakannya disebabkan pertembungan beberapa penjuru memberikan kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).
Sejak itu, parti itu terus menyaksikan pemimpinnya melompat menyertai Bersatu, menyebabkan Umno hanya tinggal 38 ahli Parlimen.
Kepimpinan Umno juga turut menjadi sasaran kritikan terbuka rakan politiknya MCA dan MIC yang tidak pernah berlaku sebelum ini, selepas sekian lama dituduh sering menuruti segala kemahuan parti Melayu itu.
Dalam pada itu, Mahathir berkata beberapa percubaan baru-baru ini yang dilakukan pemimpin Umno seperti Zahid dan bekas perdana menteri Najib Razak untuk menyegarkan semula Umno dengan mendekati belia di media sosial tidak akan mendatangkan hasil.
“Saya tak fikir begitu. Belia ni orangnya idealistik, mereka nak kerajaan yang bersih,” katanya.
Beliau bersetuju dengan pandangan tidak ada satu-satu parti yang dominan mendapat kerusi cukup bagi menuntut jawatan perdana menteri.
“Sebab semua parti sudah berpecah. Orang Melayu sudah berpecah jadi lapan parti, Umno sendiri sudah berpecah, dalam Umno ada empat kumpulan dan sebahagian mereka cukup keras dengan Najib.”
Beliau berkata menubuhkan gabungan adalah satu-satunya cara untuk memenangi tampuk kerajaan negara.
“Di Malaysia, tak ada satu parti yang boleh tubuh kerajaan sendirian. Ia sentiasa tentang gabungan politik,” katanya dan menambah kesetiaan kaum dalam politik itu masih kekal wujud.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/04/14/mahathir-perlekeh-usaha-umno-nak-jadi-dominan-semula/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Yg Kau Sawan Nak Sangat Umno Perintah Semula

Apa Yg Kau Sawan Nak Sangat Umno Perintah Semula

papar berkaitan - pada 21/4/2021 - jumlah : 294 hits
Kerajaan PN minoriti jadi PM tetapi kerajaan sekarang didominasi umno Maksudnya kalau umno tarik sokongan kerajaan PN runtuh Tetapi mereka sokong Muhyiddin ERTINYA baik atau buruk nya kerajaan sekarang boleh tuding kepada umno Ni depan mata...
Pemimpin Umno Memang Tak Tau Malu Dah Digelar Binatang Oleh Mpt Bersatu Pun Masih Nak Sokong Pn

Pemimpin Umno Memang Tak Tau Malu Dah Digelar Binatang Oleh Mpt Bersatu Pun Masih Nak Sokong Pn

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 331 hits
Malaysiakini Pemimpin Umno kecam Faiz Na aman sifatkannya anjing salakan politik Pemimpin Umno tampil membidas kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu yang dianggap biadab kerana menyifatkan pemimpin kluster mahkamah Umno sebagai b...
Shahidan Terus Serang Zahid Timbulkan Semula Isu Jajaran Baru Umno Bersama Pkr Dap

Shahidan Terus Serang Zahid Timbulkan Semula Isu Jajaran Baru Umno Bersama Pkr Dap

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 319 hits
April 19 2021 Gerakan mewujudkan jajaran baharu UMNO dengan PKR dan DAP yang semakin panas diperkatakan ketika ini adalah memalukan tegas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim Mengulas mengenai isu itu Shahidan ...
Usaha Mengkuburkan Umno

Usaha Mengkuburkan Umno

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 181 hits
Pada Julai 2015 Najib Tun Razak memecat Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri dan pada Jun 2016 Muhyiddin dibuang dari Umno Tiga bulan kemudian pada September 2016 Muhyiddin telah menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Ini be...
Mereka Nak Gunakan Kita Lawan Politik Dalam Umno Anwar Ibrahim

Mereka Nak Gunakan Kita Lawan Politik Dalam Umno Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 280 hits
PRESIDEN PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap rakaman perbualan telefon bersama Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi seperti sengaja digunakan untuk melawan politik dalam UMNO Menurut Anwar dia sudah mengarahkan supaya satu lap...
Sebelum Mahu Namakan Calon Pm Tonjolkanlah Dulu Siapa Nak Tanding Presiden Umno

Sebelum Mahu Namakan Calon Pm Tonjolkanlah Dulu Siapa Nak Tanding Presiden Umno

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 224 hits
Sana sini orang UMNO yang anti Ahmad Zahid Hamidi mula bersuara mahukan parti itu menyediakan satu nama sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi PRU15 akan datang nanti Serentak dengan itu bergentayangan juga suara suara menggesa agar ...
Rakaman Telefon Usaha Lemahkan Umno Atau Usaha Singkirkan Zahid

Rakaman Telefon Usaha Lemahkan Umno Atau Usaha Singkirkan Zahid

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 218 hits
AHMAD ZAHID HAMIDI menafikan beliau ada berbual dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim selepas perhimpunan agung Umno baru baru ini yang rakaman didakwa perbualan itu tersebar melalui media sosial sejak malam tadi Katanya penyebaran rakaman itu ...
Metamask Security Warning

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Ratu Naga Surrenders Herself To Mcmc In Anthem Mix Up Row Clears The Air Over Her Honest Mistake


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya

Wading Into Winter Here S Why Snow Waders Matter

Anggota Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Menteri Pendidikan Tinggi Ke Turkiye Dan Arab Saudi

Dia Nak Kacau Felda Pula Sebab Tempat Melayu Kenyataan Di Atas Adalah Fitnah

Dituduh Fake Bersama Peminat Fazura Anggap Lumrah Sebagai Selebriti