Mahathir Mesti Berterus Terang Nak Serah Jawatan Atau Nak Jadi Om Sampai Habis Penggal


Isu peralihan kuasa sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila hari ini enam Ahli Parlimen UMNO secara tiba-tiba tampil menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad agar terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal
Enam Ahli Parlimen terbabit ialah Shahar Abdullah (Paya Besar), Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar), Ahmad Nazlan Idris (Jerantut), Adham Baba (Tenggara), Ismail Mutalib (Maran) dan Abdul Rahman Mohamad (Lipis)
Mereka ini bukan saja bertindak demikian sebagai menyokong kenyataan Azmin Ali dua hari lalu yang mahu Tun Mahathir dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal atau sehingga tahun 2023 akan datang, tetapi ini juga merupakan suatu penentangan terhadap peralihan kuasa kepada Anwar yang dijadualkan pada tahun depan
Walaupun sudah kerap kali dinyatakan soal peralihan kuasa ini adalah hak Majlis Presiden PH menentukannya, namun Ahli-Ahli Parlimen UMNO ini tetap mahu jadi penyibuk dalam urusan yang bukan berkaitan parti mereka
Memang ternampak pelik – pembangkang sokong Perdana Menteri kerajaan – tetapi pepatah lama selalu mengingatkan, kalau tidak ada apa-apa, takkan tempua sanggup bersarang rendah
Begitu juga dengan enam Ahli Parlimen UMNO ini, tentulah tindakan mereka ada maksud atau dalang yang memukul gendang di belakangnya
Saja-saja mereka tampil menyokong Tun Mahathir, ternampak mustahil sekali kerana entah-entah Tun Mahathir pun tak kenal mereka “enam jahaman” ini
Selain sebelum ini diperkatakan bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein sedang mengatur perancangan melalui pintu belakang untuk membentuk kerajaan baru dengan sokongan beberapa menteri PH sendiri, hari ini dilaporkan pula tentang cubaan beliau cuba membawa 30 Ahli Parlimen BN untuk menyokong kepimpinan Tun Mahathir
Bagi mereka yang biasa dengan UMNO, bukanlah rahsia lagi bahawa “enam jahanam” Ahli Parlimen yang mengadakan sidang media hari ini adalah mereka yang memang dikenali sebagai penyokong dan pendokong kepada Hishammuddin
Dikatakan jika Hishammuddin memegang jawatan Setiausaha Agung BN, boleh jadi lebih ramai lagi Ahli Parlimen UMNO akan tampil menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir
Hishammuddin bolehlah terus membuat penafian demi penafian, tetapi barangkali sepupunya sendiri, Najib Razak pun hanya tersenyum sinis dengan penafiannya itu
Soalnya, apakah tindakan enam Ahli Parlimen UMNO ini tidak bersalahan dengan prinsip perjuangan UMNO dan BN yang kini sedang mengumpul kekuatan untuk menumbangkan PH pada PRU akan datang
Tiadakah apa-apa tindakan disiplin boleh diambil terhadap mereka kerana perbuatan mereka ini jelas memalukan maruah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berdepan puluhan kes mahkamah yang mana pernah disebut oleh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri bahawa kes-kes yang dihadapinya adalah disebabkan keengganannya tunduk kepada kehendak Tun Mahathir agar membubarkan UMNO dan beramai-ramai menyertai Bersatu
Meskipun Zahid Hamidi mengatakan tindakan mereka berenam itu hanya berbentuk peribadi, tetapi kesan perbuatan mereka adalah sesuatu yang tidak boleh dibiarkan berlaku dalam etika berparti
Daripada sudut yang lain, apa yang berlaku ini juga memperlihatkan seolah-olah khabar angin mengenai kerajaan pintu belakang tajaan Hishammuddin serta desas-desus keengganan Tun Mahathir menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar sebagaimana yang sudah dipersetujui dan dijanjikan, nampak seperti ada kebenarannya
Setelah 17 bulan memegang jawatan Perdana Menteri dan tidak banyak perubahan berlaku dalam negara, kecuali isu politik yang satu demi satu terus dikocakkan, perkembangan terbaru ini tidak lagi memberi kewajaran kepada Tun Mahathir untuk sekadar berdiam diri saja atau terus mengulang-ulang kata “saya tetap akan mengotakan janji serah kuasa kepada Anwar” tanpa berani membuktikan segala kata-katanya itu
Tun Mahathir kini mesti berani berterus-terang sama ada beliau benar-benar mahu melakukan penyerahan kuasa kepada Anwar atau sedang merancang untuk menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal, malah kalau boleh sehingga ke hujung nyawanya
Jika benar mahu menyerahkan jawatannya kepada Anwar, beliau sekarang tiada pilihan selain mesti membuktikannya dengan segera menetapkan tarikh pengundurannya
Hanya dengan langkah itu saja dapat meredakan segala ketidaktentuan berhubung peralihan kuasa itu, sekaligus menjadikan pihak luar yang tidak tahu malu menyokongnya untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal, menjadi tidak laku lagi
Jika Tun Mahathir terus enggan menetapkan tarikh penyerahan kuasa, maka beliau bukan saja akan terus diragui, malah akan dilihat sebagai dalang di sebalik kerajaan pintu belakang dan sokongan oleh kumpulan “enam jahanam” itu
Begitu pun, jika Tun Mahathir mahu menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang lebih lama atau sehingga tamat penggal atau sehingga mati sekali pun, beliau juga mesti berani berterus-terang mengenainya
Tun Mahathir tidak seharusnya terus menerus berbohong dengan mulut mengatakan akan menyerahkan jawatan kepada Anwar, tetapi hati dan perancangannya di belakang ke arah yang lain
Sebagaimana beliau berani bersuara dan tidak berselindung di pentas-pentas antarabangsa menegur sesiapa saja, Tun Mahathir tidak seharusnya takut menyatakan apa yang dimahukannya di negaranya sendiri dan berkenaan dirinya
Kecualilah jika Tun Mahathir sekarang benar-benar sudah jadi “paper tiger”. (ShahbudinHusin 24/10/2019)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/mahathirmesti-berterus-terang-nak-serah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sokong Hingga Habis Penggal Serta Mahu Tun Pegang Jawatan Adalah Khianat Pada Ph

Sokong Hingga Habis Penggal Serta Mahu Tun Pegang Jawatan Adalah Khianat Pada Ph

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 290 hits
Semua orang secara umumnya tahu mengenai adanya perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim Apa lagi bagi para pemimpin utama PKR DAP Amanah dan Bersatu yang menganggotai PH mereka tentu ...
Apakah Pilihan Umno Samada Anwar Atau Kekal Pm7 Hingga Habis Penggal

Apakah Pilihan Umno Samada Anwar Atau Kekal Pm7 Hingga Habis Penggal

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 392 hits
Kisah 6 MP UMNO menyokong PM7 bersama 18 MP PAS dilihat tindakan keras menghalang kemaraan Anwar Ibrahim bersama DAP Meskipun ramai mengkritik tindakan tersebut namun ramai berpendapat bahawa dalang kejadian tersebut ialah sepupu Najib send...
Nak Tau Tak Apa Yang Nyamuk Benci Sangat Meh Baca Ni Sampai Habis

Nak Tau Tak Apa Yang Nyamuk Benci Sangat Meh Baca Ni Sampai Habis

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 710 hits
Nak tau tak apa yang nyamuk benci sangat Meh baca ni sampai habis Nyamuk ni memang dah jadi musuh manusia sejak azali lagi Kalau kena gigit dengan binatang ni buka takat gatal je kita dapat tapi berisiko terdedah kepada penyakit yang bahaya...
Majlis Presiden Ph Tentu Jawatan Pm Kata Dr Mahathir

Majlis Presiden Ph Tentu Jawatan Pm Kata Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 311 hits
October 28 2019 7 58 AMDr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak dapat meletakkan tempoh yang tetap untuk berlakunya peralihan kepimpinan negara ASHGABAT Dr Mahathir Mohamad menegaskan hanya Majlis Presiden Pakatan Harapan yang akan menentuk...
Pening Nak Pilih Sofa Ikea Courts Malaysia Atau Lazada

Pening Nak Pilih Sofa Ikea Courts Malaysia Atau Lazada

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 778 hits
Hi korang Dah lebih 3 bulan pindah dekat Kedah ni baru la nak fikir beli sofa Masa tinggal dekat Bukit Jalil dulu memang tak beli sofa sebab fikir nanti susah kalau nak pindah Malas nak pening nak mengangkut sewa lori semua Itu yang sedih s...
Biar Dr Mahathir Kekal Pm Sehingga Tamat Penggal Kata Azmin

Biar Dr Mahathir Kekal Pm Sehingga Tamat Penggal Kata Azmin

papar berkaitan - pada 23/10/2019 - jumlah : 399 hits
Biar Dr Mahathir kekal PM kata Azmin Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali hari ini mengambil pendirian untuk menyokong Dr Mahathir Mohamad sebagai sebagai perdana menteri sehingga tempoh mandat pilihan raya umum ke 14 berakhir Keputusann...
Mahathir Pm Satu Penggal Anwar

Mahathir Pm Satu Penggal Anwar

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 341 hits
Rayer DAP Jelutong pun melenting Beliau melenting apabila 6 ahli parlimen UMNO sanggup buat sidang akhbar menyatakan sokongan Dr Mahathir kekal jadi PM sampai hujung penggal ini Mungkin teringat beliau busybody dan menyampuk dalam dewan Apa...
Nampak Anak Nak Bangun Tidur Cepat Cepat Cium Mesti Sepanjang Hari Moodnya Ok

Nampak Anak Nak Bangun Tidur Cepat Cepat Cium Mesti Sepanjang Hari Moodnya Ok

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 431 hits
Masalah bayi yang susah tidur pada waktunya selalu berlaku Tentu saja keadaan ini memberi kesan mendalam hingga menjejaskan kualiti kehidupan terutama ibu bapa yang kepenatan akibat tidak cukup tidur Jika setiap hari ibu bapa melalui rutin ...
Habis Penggal Bukan Pembangkang Calonkan Tun M Pm

Habis Penggal Bukan Pembangkang Calonkan Tun M Pm

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 220 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad membuat kenyataan membidas usaha pembangkang merumitkan proses peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam sidang media di Ashgabat semalam Dr Mahathir berkata pembangkang sama sekali tidak...
Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Raya Gaya Kita

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah

Anda Saksikan Sendiri Sikap Peniaga Di Jalan Tar

Hati Hati Dengan Scam Pengeluaran Kwsp Akaun 1 Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbe

Mykad Madani Memudahkan Bantuan Kerajaan Menyejahterakan Rakyat Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


When Audio Isn T An Afterthought Why Riders Choose Cicada Systems First

Kebakaran Paip Gas 112 Mangsa Cedera 49 Rumah Terjejas

Konsert Energy Ryan B Dan Banyak Lagi Aktiviti Menarik Dalam Lembah Klang Minggu Ini

Tip Char Kue Tiau Sedap Masukkan Satu Bahan Ni Masa Menumis Bahan Bahan 2 Ge

Kejadian Kebakaran Pipeline Gas Di Petaling Usaha Menyelamat Masih Berjalan

Bumiputera Company Ousted Chinese Company Installed The Story Behind Kl Tower