Sokong Hingga Habis Penggal Serta Mahu Tun Pegang Jawatan Adalah Khianat Pada Ph




Semua orang secara umumnya tahu mengenai adanya perjanjian penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.Apa lagi bagi para pemimpin utama PKR, DAP, Amanah dan Bersatu yang menganggotai PH, mereka tentu lebih maklum mengenai perjanjian itu kerana semua mereka hadir dalam Konvensyen PH di Shah Alam ketika mana perjanjian tersebut dimetrai pada 7 Januari 2018 iaitu kira-kira lima bulan sebelum PRU14 lalu.Dalam perjanjian itu dipersetujui jika PH menang PRU14, maka Tun Mahathir akan menjadi Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Anwar Ibrahim sebagai calon PM ke-8 setelah beliau dibebaskan daripada penjara dan diberi keampunan penuh yang membolehkannya tiada sekatan lagi untuk memegang jawatan dalam politik serta kerajaan.Sebab itu, selain tiga ketetapan di atas, turut dipersetujui untuk segera dilakukan setelah PH menjadi kerajaan ialah dua perkara lain iaitu membebaskan Anwar daripada penjara dan memohon pengampunan penuh baginya daripada Yang Dipertuan Agong.Secara tersiratnya, permohonan membebaskan Anwar dan pengampunannya dengan segera adalah bagi membolehkannya memegang jawatan Perdana Menteri dalam tempoh yang tidak terlalu lama selepas Tun Mahathir menduduki kerusi empuk itu.Bermakna, setelah menjadi kerajaan, oleh kerana perjanjian itu merupakan ketetapan serta konsensus bersama PH, empat daripadanya sudah pun dilaksanakan.Hanya yang belum dilaksanakan ialah penyerahan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir kepada Anwar.Meskipun tiada tempoh masa disebutkan bagi penyerahan jawatan itu, ia merupakan suatu ketetapan yang statusnya adalah sama dengan empat perkara yang sudah dilaksanakan setakat ini.Adanya perjanjian serah jawatan itu dengan sendirinya bermaksud bahawa Tun Mahathir bukanlah Perdana Menteri selama sepenggal penuh sehingga PRU15 akan datang.Perjanjian penyerahan jawatan tersebut dengan jelas bererti Tun Mahathir hanyalah Perdana Menteri sementara sebelum Anwar menggantikannya.Perkara itu bersesuaian kerana Anwar adalah calon Perdana Menteri sebenar bagi Pakatan Rakyat yang kemudian ditukar kepada Pakatan Harapan.Tun Mahathir dipersetujui sebagai calon Perdana Menteri sementara adalah kerana Anwar berada di penjara ketika itu.Jika beliau berada di dunia bebas, meskipun setelah Tun Mahathir keluar UMNO dan bersama PH, sudah tentu calon Perdana Menteri PH adalah adalah Anwar.Perkara ini tidaklah sukar difahami kerana bermula dengan gerakan reformasi, penubuhan PKR, menyatukan parti-parti pembangkang, mewujudkan Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat dan kemudian Pakatan Harapan, semuanya bermula daripada sosok tubuh serta aura perjuangan insan yang bernama Anwar.Tanpa Anwar, gelombang reformasi dan gerakan perubahan yang akhirnya berjaya menjadi kerajaan tidak akan ada di negara ini.Memahami semua itu bersama dengan perjanjian peralihan kuasa yang dipersetujui pada 7 Januari 2018 tadi, kedudukan Anwar sebagai satu-satunya calon Perdana Menteri ke-8 PH sangat jelas dan nyata.Memahami perjanjian itu juga menunjukkan kedudukan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sementara dan bukan sehingga habis penggal adalah seterang malam ketika disinari bulan purnama.Ia tidak boleh dipertikai dengan apa-apa alasan atau dalih sekali pun.Dalam hal ini, mana-mana pemimpin PH yang cuba mempersoalkan peralihan kuasa tersebut, termasuk bertindak menghasut Tun Mahathir agar berkhidmat sehingga habis penggal dan melengah-lengahkan penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar, mereka dengan jelas dan tidak diragui lagi telah mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujui PH itu.Dalam erti kata lain, mereka yang berbuat demikian adalah juga pengkhianat kepada PH.Dengan tindakan Azmin selaku Timbalan Presiden PKR yang secara terbuka mahu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri sehingga habis penggal dan sesiapa juga yang bersuara dengan nada yang serupa selama ini, bermakna mereka ini dengan terang cuba menjadi pengkhianat kepada PH.Memang benar rakyat mengundi PH untuk menjadi kerajaan selama lima tahun sehingga ketibaan PRU15 akan datang, tetapi ia tidak sama sekali bermakna rakyat setuju untuk meletakkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sehingga tempoh yang sama.Jika tiada perjanjian peralihan kuasa sebelum PRU14 lalu yang menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri ke-8, disertai pula dengan banyak ulangkata Tun Mahathir sendiri yang mengatakan hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri buat kali kedua hanya selama dua tahun saja, percayalah, keputusan PRU14 mungkin berbeza jadinya.Jadi, baik Azmin atau sesiapa saja, malah termasuk Tun Mahathir sendiri, jangan mudah lupa hakikat itu. (ShahbudinHusin 24/10/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/sokong-hingga-habis-penggal-serta-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Habis Penggal Bukan Pembangkang Calonkan Tun M Pm

Habis Penggal Bukan Pembangkang Calonkan Tun M Pm

papar berkaitan - pada 29/10/2019 - jumlah : 197 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad membuat kenyataan membidas usaha pembangkang merumitkan proses peralihan kuasa kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim Dalam sidang media di Ashgabat semalam Dr Mahathir berkata pembangkang sama sekali tidak...
Apakah Pilihan Umno Samada Anwar Atau Kekal Pm7 Hingga Habis Penggal

Apakah Pilihan Umno Samada Anwar Atau Kekal Pm7 Hingga Habis Penggal

papar berkaitan - pada 28/10/2019 - jumlah : 373 hits
Kisah 6 MP UMNO menyokong PM7 bersama 18 MP PAS dilihat tindakan keras menghalang kemaraan Anwar Ibrahim bersama DAP Meskipun ramai mengkritik tindakan tersebut namun ramai berpendapat bahawa dalang kejadian tersebut ialah sepupu Najib send...
Mahathir Mesti Berterus Terang Nak Serah Jawatan Atau Nak Jadi Om Sampai Habis Penggal

Mahathir Mesti Berterus Terang Nak Serah Jawatan Atau Nak Jadi Om Sampai Habis Penggal

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 497 hits
Isu peralihan kuasa sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila hari ini enam Ahli Parlimen UMNO secara tiba tiba tampil menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir Mohamad agar terus kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal Enam Ah...
Kalau Benar Sayang Negara Demi Ekonomi Demi Pelabur Istihar Sahaja Tun Pm Sampai Hujung Penggal

Kalau Benar Sayang Negara Demi Ekonomi Demi Pelabur Istihar Sahaja Tun Pm Sampai Hujung Penggal

papar berkaitan - pada 22/10/2019 - jumlah : 203 hits
Kalau tak ada kekuatan nak push Tun berundur lebih baik diam dan ikut kalau negara lebih penting Hari hari pakat bergilir merengek memekik berdrama depan pintu Tun rakyat pun naik rimas jugak KalaU tak nak jawataN tak diberi jawatan fokuska...
Wakil Rakyat Pas Umno Sokong Tun M Kekal Memerintah

Wakil Rakyat Pas Umno Sokong Tun M Kekal Memerintah

papar berkaitan - pada 25/10/2019 - jumlah : 313 hits
KUALA LUMPUR 25 Safar 1441H Khamis Sekiranya apa apa berlaku berhubung tampuk pimpinan negara semua 18 ahli Parlimen PAS dan enam daripada UMNO setakat ini mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad kekal memerintah negara Sokongan itu dinyatakan mere...
Johor Bersih Dan Indah Laman Tun Sri Lanang Titian Laksamana Kota Tinggi

Johor Bersih Dan Indah Laman Tun Sri Lanang Titian Laksamana Kota Tinggi

papar berkaitan - pada 21/10/2019 - jumlah : 867 hits
Laman Tun Sri Lanang Kota Tinggi Lihat foto foto menarik view malam var nn document createElement nn type text javascript nn src eccdn1 synad3 nuffnang com my lr js var s document getElementsByTagName 0 s parentNode insertBefore Titian Laks...
Ambil Alih 4 Lebuhraya Akan Diperincikan Tun M

Ambil Alih 4 Lebuhraya Akan Diperincikan Tun M

papar berkaitan - pada 13/10/2019 - jumlah : 189 hits
Tun Dr Mahathir berkata pengambil alihan empat lebuhraya di Lembah Klang iaitu Lebuhraya Damansara Puchong Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat Lebuhraya Shah Alam dan Terowong Smart tetap akan dilaksanakan Bagaimanapun perincian berkenaan mek...
Kongres Maruah Melayu Amanat Oleh Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Di Stadium Malawati Shah Alam

Kongres Maruah Melayu Amanat Oleh Yab Tun Dr Mahathir Mohamad Di Stadium Malawati Shah Alam

papar berkaitan - pada 14/10/2019 - jumlah : 412 hits
Kongres Maruah Melayu amanat oleh YAB Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Malawati Shah Alam
Sekolah Tun Fatimah 20191004 Lawatan Hujung Minggu

Sekolah Tun Fatimah 20191004 Lawatan Hujung Minggu

papar berkaitan - pada 12/10/2019 - jumlah : 368 hits
Sekolah Tun Fatimah 20191004 Lawatan Hujung Minggu Singgah jap Sesi study lam kereta aje memandangkan ici dah tido Dapat la selesaikan soalan soalan sukar yang iqa kemukakan Ici bangun je kita dah mula beransur Good luck iqa untuk ujian kal...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri