Mahathir Mahu Hijack Perpaduan Ummah Seperti Dia Hijack Pakatan Rakyat



Seperti yang diketahui, PPBM merupakan parti terdesak yang ditubuhkan untuk menyelamatkan tengkuk dan poket golongan politik terkaya di Malaysia...

Dan di sebalik pelbagai cakap-cakap besar kononnya PPBM mendapat sambutan ramai daripada kalangan orang Melayu dan Bumiputera, PPBM tidak mampu mengadakan mesyuarat cawangan, Bahagian atau pun Pusat kerana tidak cukup korum atau dalam bahasa yang lebih mudah, tidak cukup ahli...

Sehingga sekarang, barisan kepimpinan tertinggi PPBM yang diketuai oleh Dr. Mahathir hanyalah berstatus penaja...



Perpaduan Ummah yang melibatkan UMNO dan PAS telah menimbulkan kebimbangan dan ketakutan luar biasa di kalangan PPBM... 

Hampir setiap hari, sama ada para pemimpin besarnya mahupun pemimpin kecilnya cuba menimbulkan syak wasangka dan permusuhan antara PAS dan UMNO...

Kisah-kisah lama antara UMNO dan PAS terutama pada zaman Mahathir menjadi Presiden UMNO, diungkit-ungkit kembali agar PAS sentiasa ingat bahawa UMNO adalah musuh mereka yang sebenarnya...

Begitu juga dengan UMNO, sentiasa diingatkan bahawa PAS bukanlah kawan dan sekutu yang baik...



Mahathir sebagai otak PPBM sedar, PPBM tidak akan ke mana-mana tanpa sokongan orang Melayu dan Bumiputera...

Di Sabah, PPBM memasuki 'pasaran' negeri itu kononnya untuk menggantikan UMNO yang semakin hilang dari bumi Sabah...

Di Sarawak, PPBM juga masuk untuk merealisasikan impian membawa masuk UMNO ke Sarawak yang tidak pernah menjadi kenyataan...

Namun baik di Sabah apatah lagi di Sarawak, PPBM hidup segan mati tak mahu...

Malah kedudukan PAS di Sabah dan Sarawak jauh lebih baik berbanding PPBM di kedua-dua negeri di Borneo itu...

Kekuatan PPBM kini hanya bersandarkan kepada kewujudan Dr. Mahathir...

Muhyiddin Yassin selaku Presiden PPBM hanya tinggal nama...

Muhyiddin tiada fungsi, sama seperti dia tidak mempunyai sebarang otak untuk memajukan partinya...

Muhyiddin tidak boleh memintas Mukhriz Mahathir apatah lagi Dr. Mahathir...

Mahathir melihat Perpaduan Ummah sebagai satu kekuatan baru...

Gabungan UMNO-PAS sekiranya direalisasikan sehingga ke PRU-15 akan menyingkirkan PPBM, PAN dan PKR dengan mudah terutama di kerusi-kerusi dominan Melayu dan Bumiputera...



PPBM, PAN dan PKR terpaksa terus bersandar kepada DAP dan kekuatan undi bukan Melayu, khususnya Cina dan India semata-mata...

Disebabkan itulah, isu penulisan Khat dan Jawi diangkat...

Mahathir segera bertindak sebagai hero dan pejuang apabila menyatakan secara tegas bahawa kurikulum tulisan Jawi dan Khat akan diteruskan oleh Kerajaan...



DAP yang sebelumnya kuat menghasut orang Cina khususnya untuk menentang kewujudan mata pelajaran Jawi dan khat, juga tiba-tiba bertukar menjadi pelakon serba boleh apabila Lim Kit Siang berkata, sepanjang dia berada di dalam penjara ISA, kononnya dia telah mempelajari tulisan Jawi dan Khat dan menurutnya tidak akan membuatkan seseorang berubah agama...

Akar umbi bukan Melayu, khususnya orang Cina mengamuk sakan dengan perubahan sikap DAP. Mereka menunjukkan penentangan secara berterus-terang...



Dalam satu kejadian, seorang lelaki Cina membaling dan menyerang Pusat Perkhidmatan ADUN Menglembu kononnya kerana berang DAP menyokong tulisan Jawi dan Khat...

Ramai yang terpesona dan ketawa senang walaupun sebenarnya itu semua hanyalah lakonan DAP semata-mata...

Mahathir tahu, kedudukannya selaku Perdana Menteri semakin goyah...

Disebabkan itulah, Mahathir terpaksa memanggil pemimpin UMNO, PAS dan GPS untuk memberikan persepsi bahawa dia lebih disukai berbanding Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri...



Anwar Ibrahim pula begitu sibuk menjelajah dari setiap negeri untuk mengumpulkan kekuatan dan sokongan agar dia dapat menjawat jawatan Perdana Menteri secepat mungkin...

Dalam bahasa yang lebih mudah, Anwar Ibrahim sudah tidak sabar-sabar lagi untuk menjadi Perdana Menteri kerana Anwar tahu, kalau PRU-15 diadakan dalam tempoh yang terdekat, jawatan tersebut akan terus hilang daripada genggamannya buat selama-lamanya...

Dia sudah tidak berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri lagi biarpun menerima sokongan kuat daripada DAP dan PKR berdasarkan kepada arus penolakan akar umbi sendiri terhadap Pakatan Harapan...

Difahamkan, satu usul akan dibuat di Parlimen pada Sidang Parlimen Oktober nanti...

Usul tersebut adalah untuk membolehkan Mahathir terus memegang jawatan selaku Perdana Menteri Malaysia...

Sekaligus membuatkan Anwar Ibrahim terkulat-kulat dan menelan air liur kerana kempunan...

Mahathir memulakan kempen dengan lakonan sebagai pejuang kepentingan Melayu dan Bumiputera menerusi pembelaan ke atas kurikulum Jawi dan Khat...

Menjelang Oktober nanti, Piagam Perpaduan Ummah antara UMNO-PAS akan dirampas, sama seperti yang Mahathir lakukan terhadap Pakatan Harapan menerusi Deklarasi Rakyat menjelang PRU-14...

Para pemimpin UMNO dan PAS seharusnya sedar tentang muslihat terbaharu Mahathir dalam usahanya mengekalkan kuasa...

Sewajarnya sebarang usul di Parlimen untuk mengekalkan kedudukan Mahathir menerusi Perpaduan Ummah versi Mahathir, perlu ditunjukkan menerusi pemboikotan...

Ahli-Ahli Parlimen PAS dan UMNO sewajarnya menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka sebenarnya adalah pejuang rakyat dengan tidak menyokong Perdana Menteri dan Kerajaan yang sedang memusnahkan negara menerusi angkat buntut dan keluar dari Dewan apabila usul dikemukakan...

Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan PAS tidak perlu memberikan sokongan atau menentang sebaliknya cukup dengan keluar dan membiarkan Mahathir berdrama dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Harapannya...

Berbanding kenyataan PAN yang memberi amaran agar PAS dan UMNO tidak menjadikan tulisan Jawi dan Khat sebagai bahan politik, sebenarnya Pakatan Harapanlah yang menjadikan tulisan Jawi dan Khat sebagai kempen politik mereka dalam perebutan jawatan terutama sekali membabitkan kem Mahathir dan kem Anwar Ibrahim...

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://theunspinners.blogspot.com/2019/08/mahathir-mahu-hijack-perpaduan-ummah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amaran Wakil Rakyat Dap Keputusan Sembarangan Dr Mahathir Jejaskan Pakatan

Amaran Wakil Rakyat Dap Keputusan Sembarangan Dr Mahathir Jejaskan Pakatan

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 291 hits
Amaran wakil rakyat DAP keputusan sembarangan Dr Mahathir jejaskan Pakatan Dikemas kini 16 minit yang lalu Diterbitkan pada
Ummah Anjur Konvensyen Perpaduan Ummah 25 Ogos

Ummah Anjur Konvensyen Perpaduan Ummah 25 Ogos

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah akan mengadakan satu Konvensyen Perpaduan Ummah yang membawa tema Ummah Berpakat Islam Berdaulat di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Ogos ini Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata konvensyen itu di...
Dr Wan Azizah Insafi Pengertian Korban Demi Perpaduan Rakyat

Dr Wan Azizah Insafi Pengertian Korban Demi Perpaduan Rakyat

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 183 hits
Umat Islam perlu menghayati pengertian di sebalik ibadah korban kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Foto oleh Choo Choy MayKUALA LUMPUR 10 Ogos Umat Islam di negara ini hendaklah menghayati pengertian di sebalik ibadah korban yang buka...
Atoq Nak Hijack Perpaduan Umnah Lks Takut Lalu U Turn

Atoq Nak Hijack Perpaduan Umnah Lks Takut Lalu U Turn

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 407 hits
Atoq yang memperkenalkan PPSMI yang akhirnya melihatkan Pejuang Bahasa tua tua berdemo dan bersama Dong Zong hingga dibatalkan polisi Sepanjang yg Husin tahu Atoq hanya perguna isu isu Melayu dan Islam untuk kepentingan politik dirinya teta...
Rakyat Meluat Ini Semua Salah Tun Mahathir

Rakyat Meluat Ini Semua Salah Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 396 hits
Sabar Nuar ooiiii mungkin Tun M takut bakal PM Anwar lembik hadapi Najib Zahid Lebai Hadi RAKYAT MELUAT INI SEMUA SALAH TUN MAHATHIR Menurut kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail kenyataan berulang ulang berkaitan isu tempoh j...
Desperate Push Button Deklarasi Perpaduan Ummah

Desperate Push Button Deklarasi Perpaduan Ummah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 511 hits
reported Tun Dr Mahathir had a closed door meeting with MBs and MPs Nothing much reported and disclosed According to it is desperate engagement In his FB he casually wrote below Pertunangan terdesakPM private principal bosses meeting PPBMEn...
Perpaduan Ummah Melalui Pemerkasaan Ekonomi Umat Islam

Perpaduan Ummah Melalui Pemerkasaan Ekonomi Umat Islam

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 319 hits
AMINUDDIN YAHAYA Kita sering dimomokkan dengan doktrin bahawa penyatuan orang Melayu hanya melalui kerjasama antara parti parti politik Melayu spesifiknya antara PAS dan Umno Hakikatnya andai kata pakatan politik ini berjaya menawan negara ...
Rakyat Dah Betul Betul Bosan Dengan Kerajaan Pakatan Harapan

Rakyat Dah Betul Betul Bosan Dengan Kerajaan Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 515 hits
Tempoh kerajaan Pakatan Harapan ambil alih Putrajaya dah menjangkau 15 bulan atau hampir mencecah 450 hari Ini bermakna kalau Pakatan Harapan mahu menghabiskan pemerintahan sepenggal penuh sebelum bubarkan parlimen untuk diadakan Pilihanray...
Mca Rakyat Let Down By Pakatan Over Lynas Issue

Mca Rakyat Let Down By Pakatan Over Lynas Issue

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 269 hits
The Pakatan Harapan government has let the people down over Lynas Malaysia s licence renewal says MCA Publicity Bureau deputy chairman Datuk Leong Kim Soon He said he was unconvinced of the government s ability to reach a meaningful solutio...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Layan Madu Sesekali

Menu Lunch By Adik Bongsu

Due Diligence Penting Banget Buat Generasi Milenial Dan Gen Z Yang Mau Jadi Smart Investor

Comel Mengadu Berpeluk Lama Peminat Teruja Lihat Keintiman Song Jihyo Lee Dongwook

Sesungguhnya Merokok Itu Haram

Tuuuuuuuu Diaaaaaa Aihhhhhh Derma Mulut Jahat Hati Hitam Pekat Iiiisssshhhh Iiiisssshhhhh Jihad Noh