Rakyat Meluat Ini Semua Salah Tun Mahathir





Sabar Nuar ooiiii, mungkin Tun M takut bakal PM Anwar lembik hadapi Najib Zahid Lebai Hadi?

RAKYAT MELUAT, INI SEMUA SALAH TUN MAHATHIR!!!

Menurut kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, kenyataan berulang-ulang berkaitan isu tempoh jawatan Perdana Menteri hanya membuatkan rakyat rasa meluat.

Adakah ia berpunca daripada Tun Mahathir Mohamad?

Atau ia berpunca daripada Anwar Ibrahim?

Mungkinkah ia disebabkan penyokong Tun Mahathir?

Barangkalikah ia berpunca daripada penyokong Anwar?

Mengimbas apa yang sudah berlalu, tidak sukar kita mengatakan bahawa semua ini tidak lain berpunca daripada Tun Mahathir sendiri.

Beliaulah punca segala-galanya. Sebelum dapat kuasa dan sebelum jadi Perdana Menteri dengan setelah ada kuasa serta setelah menjadi Perdana Menteri, segala-galanya adalah berbeza.

Cakap Tun Mahathir mengenai peralihan kuasa dan tempoh beliau seharusnya memegang jawatan Perdana Menteri tidak pernah sama, meskipun usianya semakin hari semakin tua.

Sekejap dua tahun, kemudian dua setengah tahun, selepas itu tiga tahun, kemudian sehingga ekonomi pulih dan terbaru pula sehingga keadaan negara stabil.

Kenapa Tun Mahathir tidak boleh statik dengan kata-katanya yang pernah diucapkan sebelum jadi Perdana Menteri iaitu beliau hanya perlukan dua tahun saja memegang jawatan itu?

Jika itu dapat dilakukannya dan beliau terus konsisten dengan ikrar janjinya, tidak seperti sesumpah yang selalu berubah-ubah mengikut warna tanah, pasti isu peralihan jawatan ini tidak menjadi masalah dan ulangan yang berlarut-larut tanpa penyudah.

Malah, sesuai dengan itu, jika Tun Mahathir dapat pula menetapkan tarikh peralihan kuasa, sudah tentu juga para pembodek, pengampu dan penjilatnya tidak mengeluarkan kenyataan yang mendesaknya berkhidmat sehingga ke akhir penggal.

Tetapi, sudahlah beliau selalu berubah-ubah macam sesumpah dan membiarkan para pembodek, pengampu serta penjilatnya mengeluarkan kenyataan demi kenyataan, di waktu yang sama Tun Mahathir turut menyusun agenda di belakang tabir dengan menjemput segelintir barua daripada UMNO, Pas dan GPS untuk menyokong perlanjutan tempohnya sebagai Perdana Menteri.

Apabila semua ini berlaku, para penyokong Anwar tentu saja tampil memberi reaksi kerana janji peralihan kuasa itu sebenarnya sudah pun ada sejak sebelum PRU14 lagi.

Jika tidak dimulakan oleh Tun Mahathir dan cakap beliau juga tidak macam sesumpah, Anwar dan para penyokongnya memang tiada masalah menunggu tempoh dua tahun peralihan kuasa kepadanya menjadi kenyataan.

Di dalam penjara, diaib dan dimalukan, malah dipukul sehingga separuh mati pun, kesabaran tetap menjadi teman akrabnya selama 20 tahun, apalah sangat dengan bersabar menunggu tempoh dua tahun yang dijanjikan itu.

Cumanya, janji tetap janji dan jangan cuba berlaku khianat di belakang. Khianat dan tikam kawan yang memudahkan kita menang, tentu saja tidak boleh diterima.

Maka, agar isu peralihan ini tidak terus diulang-ulang serta membuatkan rakyat tambah meluat, Tun Mahathir mesti berhenti terlebih dahulu daripada membiarkan lidahnya terus menuturkan kata yang berbeza-beza.

Cakap terus-terang dua tahun akan berhenti dan disertakan tarikhnya sekali, pasti tiada lagi sesiapa akan terus bercakap mengenai bila Anwar akan jadi Perdana Menteri. (Shahbudindotcom 05/08/2019)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bloglist-malaysia.blogspot.com/2019/08/rakyat-meluat-ini-semua-salah-tun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad

Surat Terbuka Untuk Tun Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 377 hits
Buat YAB Tun Dr Mahathir Perdana Menteri Malaysia Ke 7 Bersama sama ini saya panjangkan untuk perhatian YAB Tun 25 tuntutan Orang Melayu terhadap kerajaan Sempena Sambutan Ke 70 tahun penubuhan Persekutuan Tanah Melayu Wahai Orang Melayu Se...
Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Pemimpin Pertama Dari Asia Tenggara

Tun Dr Mahathir Terima Anugerah Pemimpin Pertama Dari Asia Tenggara

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 326 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Isu Tempoh Jawatan Pm Buat Rakyat Meluat

Isu Tempoh Jawatan Pm Buat Rakyat Meluat

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 193 hits
GURUN Kenyataan berulang kali berkaitan isu tempoh jawatan Perdana Menteri hanya akan membuatkan rakyat berasa meluat demikian kata Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail Beliau berkata fokus sekarang sepatutnya tertumpu ...
Who Is The Current Indian Representative Tun Dr Mahathir

Who Is The Current Indian Representative Tun Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 270 hits
Before the election you told the Indians that you will give special attention to the marginalized Indian community but you have proved that you are a common politician Till today you have not taken any initiative to lift up the Indian commu...
Tun M Yakin Rakyat Semakin Matang

Tun M Yakin Rakyat Semakin Matang

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 347 hits
MELAKA 3 Ogos Tun Dr Mahathir Mohamad yakin rakyat Malaysia kini bertambah matang dalam menilai dan membuat pendirian apabila berhadapan dengan ancaman ancaman yang mampu memecah belahkan perpaduan Perdana Menteri berkata kematangan itu had...
Mahathir Mahu Hijack Perpaduan Ummah Seperti Dia Hijack Pakatan Rakyat

Mahathir Mahu Hijack Perpaduan Ummah Seperti Dia Hijack Pakatan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 413 hits
Seperti yang diketahui PPBM merupakan parti terdesak yang ditubuhkan untuk menyelamatkan tengkuk dan poket golongan politik terkaya di Malaysia Dan di sebalik pelbagai cakap cakap besar kononnya PPBM mendapat sambutan ramai daripada kalanga...
Tun Dr Mahathir Diberi Sambutan Negara Satu Penghormatan Besar

Tun Dr Mahathir Diberi Sambutan Negara Satu Penghormatan Besar

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 350 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Tun Mahathir Tegaskan Keputusan Perkenal Tulisan Khat Muktamat

Tun Mahathir Tegaskan Keputusan Perkenal Tulisan Khat Muktamat

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 399 hits
Sebelum ini Ohmedia ada naikkan satu artikel berkenaan ketidakpuasan hati pemimpin akar umbi DAP mengenai pelaksanaan tulisan sen khat dalam buku teks Tetapi kini Tun Mahathir Perdana Menteri menegaskan bahawa pelaksanaan ini akan tetap dit...
Cacing Tanah Akan Subur Tanaman

Gitmo Captives New Orleans Attack And Malaysian Security

Panduan Memilih Kertas Yang Lebih Ramah Lingkungan Dan Berkelanjutan

Happy Chinese New Year 2025

Wee Too Soon To Call A Chinese Voter Shift

Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

The Very Distasteful Act Of Opposition Faction Mocking Guan Eng S Toe Dislocation Misery

Rubber Hose Maintenance And Troubleshooting Expert Tips From Passionhose


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Drama Teratak Kasih Salina

Tya Edros Bayang Chord

Naim Daniel Ini Tak Adil Chord

Bagaimana Syaitan Menggoda Manusia

Akhirnya Zaskia Sungkar Tunjukkan Wajah Humaira Ke Publik Tebak Mirip Siapa