Perpaduan Ummah Melalui Pemerkasaan Ekonomi Umat Islam


AMINUDDIN YAHAYA    
Kita sering dimomokkan dengan doktrin bahawa penyatuan orang Melayu hanya melalui kerjasama antara parti-parti politik Melayu, spesifiknya antara PAS dan Umno. Hakikatnya, andai kata pakatan politik ini berjaya ‘menawan’ negara pada PRU-15, apakah isu-isu melibatkan orang Melayu akan selesai

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, penduduk Malaysia yang beragama Islam ialah kira-kira 69 peratus pada tahun 2019. Ini bermakna umat Islam terutamanya orang Melayu mempunyai potensi kuasa yang sangat besar dalam pelbagai perkara. Jika mereka bersatu, maka mereka akan mendominasi perkara tersebut.

Ya, benar. Dalam konteks politik, jika orang Melayu bersatu padu menyokong satu pakatan politik, maka koalisi itulah yang akan menang.

Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa “perpaduan ummah” perlu lebih mencengkam kuat di akar umbi atas paksi kepentingan umat secara keseluruhannya. Salah satu caranya ialah menyatukan orang Melayu melalui ekonomi.

Mungkin ini salah satu benteng penyelamat kepada penyatuan orang Melayu jika gabungan PAS dan Umno retak semula seperti mana yang pernah berlaku satu ketika dahulu.

Kita semua sedar bahawa taraf ekonomi orang Melayu sedang jauh ketinggalan di belakang masyarakat Cina dan India. Pendapatan purata isi rumah orang Melayu juga jauh ketinggalan.
Malah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Hatta Ramli dalam kenyataannya baru-baru ini berkata majoriti syarikat di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dimiliki oleh usahawan bukan bumiputera walaupun hampir 70% populasi Malaysia adalah bumiputera.

Kemarahan orang Melayu mengenai isu “Mandarin speaking only” sebagai syarat pekerjaan di banyak syarikat swasta adalah bukti yang paling jelas bahawa orang Melayu sedang tertekan.

Selain itu, apabila ‘Kempen Beli Produk Muslim’ dilancarkan, majoriti orang Melayu menyokong dan menyahutnya tanpa berbelah bahagi. Jadi, sentimen ekonomi adalah sangat penting dan relevan untuk dijadikan perjuangan masyarakat Melayu yang menyatupadukan mereka selepas politik.

Perjuangan ini sepatutnya diterajui oleh NGO kerana majoriti orang Melayu yang sebenarnya pengundi atas pagar dan tidak mempunyai keahlian kepada mana-mana parti politik.

Ini ditambah lagi dengan alergiknya mereka ini kepada mana-mana pengaruh politik.

Isu ‘Mandarin speaking only’ akan selesai

Kini, Gerakan Pembela Ummah (Ummah) sudahpun ada lebih 300 NGO Islam bernaung di bawahnya. Kita ada kepakaran dalam isu ini kerana banyak NGO dan individu-individu yang aktif memperjuangkan isu-isu ekonomi umat Islam sedang bersama dengan Ummah.

Buat yang masih belum bersama, kami mengajak untuk sama-sama menjayakan agenda ini.

Baru-baru ini, kita baru sahaja menandatangani sebuah perjanjian usaha sama antara Ummah dan beberapa koperasi-koperasi Islam dalam merancakkan lagi kempen Beli Produk Muslim yang telah kami lancarkan beberapa bulan lepas.

Ini selari dengan hasrat Ummah untuk menyatupadukan koperasi-koperasi dan usahawan-usahawan Muslim dari segi gerak kerja serta strategi dalam memasarkan produk-produk keluaran Muslim sekali gus memperkasakan ekonomi umat Islam.
Saya pasti usaha ini bukanlah mudah tetapi jika berjaya, kita bakal saksikan satu gelombang kebangkitan ekonomi Melayu yang dahsyat. Sudah pasti kekuatan ekonomi Melayu ini akan mempengaruhi segala tindak-tanduk kerajaan, tidak kira parti mana sekalipun yang memerintah. 
Semua ini akan menyumbang kepada kekuatan tawar-menawar politik dan hegemoni orang Melayu yang akhirnya mengangkat maruah dan martabat orang Melayu dan Islam itu sendiri. Saya pasti, isu-isu seperti Mandarin speaking only akan selesai. Malah, cengkaman dan monopoli kapitalis-kapitalis juga akan semakin lemah.

Oleh itu, saya pasti dan optimis jika semua pihak bekerjasama, saling tolong-menolong dan memainkan peranan masing-masing, orang Melayu sukar dipecahbelahkan oleh ikatan politik yang sangat rapuh. Seperti yang selalu kita dengar, “apa-apa sahaja boleh berlaku dalam politik”.

Maka, orang Melayu perlukan satu lagi wasilah penyatuan, iaitu ekonomi. 
* AMINUDDIN YAHAYA ialah presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/07/perpaduan-ummah-melalui-pemerkasaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ummah Anjur Konvensyen Perpaduan Ummah 25 Ogos

Ummah Anjur Konvensyen Perpaduan Ummah 25 Ogos

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 160 hits
KUALA LUMPUR Gerakan Pembela Ummah akan mengadakan satu Konvensyen Perpaduan Ummah yang membawa tema Ummah Berpakat Islam Berdaulat di Kuala Lumpur International Hotel pada 25 Ogos ini Pengerusinya Aminuddin Yahaya berkata konvensyen itu di...
Kisah Sultan Abdul Hamid Ii Benteng Terakhir Umat Islam

Kisah Sultan Abdul Hamid Ii Benteng Terakhir Umat Islam

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 686 hits
Selepas Sultan Murad V telah gagal melaksanakan Perlembagaan Turki Uthmaniyyah yang pertama disebabkan masalah kesihatan mental golongan elit reformasi terpaksa menyingkirkan Sultan Murad V melalui fatwa yang dikeluarkan oleh Syeikh Al Isla...
Jangan Cabar Kesabaran Umat Islam

Jangan Cabar Kesabaran Umat Islam

papar berkaitan - pada 4/8/2019 - jumlah : 628 hits
Akhir akhir ramai tidak menghormati kebebasan beragama di dalam Malaysia Ramai fake account membuat satu posting menghina Nabi Muhammad S A W Umat Islam sudah lama bersabar di dalam kebebasan beragama Islam tak pernah mengajak kita menghina...
Umat Islam Perlu Sensitif Isu Hina Nabi Muhammad Saw

Umat Islam Perlu Sensitif Isu Hina Nabi Muhammad Saw

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 391 hits
Lebih 200 000 daripada 300 000 artikel mengenai Nabi Muhammad SAW di internet dihasilkan daripada musuh Islam bertujuan memburukkan baginda dan Islam sejak 15 tahun lalu JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube...
Membeli Kek Dari Gereja Yang Dijual Oleh Orang Susah Boleh Kah Umat Islam Memakannya

Membeli Kek Dari Gereja Yang Dijual Oleh Orang Susah Boleh Kah Umat Islam Memakannya

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 525 hits
Apakah orang islam dilarang atau tidak boleh memakan makanan yang diperbuat dari gereja atau rumah agama bukan islam Sumber info dari pemilik facebook Tadi masa keluar makan malam dengan suami ada sorang lelaki hulurkan sekeping kertas yang...
Desperate Push Button Deklarasi Perpaduan Ummah

Desperate Push Button Deklarasi Perpaduan Ummah

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 512 hits
reported Tun Dr Mahathir had a closed door meeting with MBs and MPs Nothing much reported and disclosed According to it is desperate engagement In his FB he casually wrote below Pertunangan terdesakPM private principal bosses meeting PPBMEn...
Kebenaran Umat Islam Solat Jumaat Di S Pura Ini

Kebenaran Umat Islam Solat Jumaat Di S Pura Ini

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 373 hits
AHLI Parlimen Singapura Zainal bin Sapari memohon kepada para majikan agar memberikan izin kepada pekerja mereka yang beragama Islam untuk mengerjakan solat Jumaat Beliau mengemukakan rayuan ini setelah mendengar keluhan daripada kaum lelak...
Mahathir Mahu Hijack Perpaduan Ummah Seperti Dia Hijack Pakatan Rakyat

Mahathir Mahu Hijack Perpaduan Ummah Seperti Dia Hijack Pakatan Rakyat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 408 hits
Seperti yang diketahui PPBM merupakan parti terdesak yang ditubuhkan untuk menyelamatkan tengkuk dan poket golongan politik terkaya di Malaysia Dan di sebalik pelbagai cakap cakap besar kononnya PPBM mendapat sambutan ramai daripada kalanga...
Kisah Ikan Bagaimana Mengalahkan Umat Islam

Kisah Ikan Bagaimana Mengalahkan Umat Islam

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 671 hits
Diceritakan bahawa Winston Churchill yg dianggap sebagai pahlawan Inggeris tetapi gagal menaklukkan kerajaan Turki Dia berdiri di hadapan kolam depan Istana dikelilingi panglima2 Perang nya yang terbaik Dia memerintahkan 10 orang tenteranya...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip