Mahathir Khuatir Kerajaan Akan Buat Persempadanan Semula Kurangkan Pengaruh Melayu


freemalaysiatoday.com
Faiz Zainudin - 18 Feb 2023, 10:15pm

Bekas perdana menteri berkata penguasaan dua pertiga kerajaan perpaduan akan memungkinkan ada pihak mengambil kesempatan membuat persempadanan kawasan pilihan raya.
Dr Mahathir mendakwa penguasaan dua pertiga kerajaan perpaduan ketika ini akan memungkinkan ada pihak mengambil kesempatan untuk membuat persempadanan semula kawasan pilihan raya.
PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangannya bahawa kerajaan perpaduan mungkin akan melaksanakan persempadanan semula kawasan pilihan raya bagi mengurangkan pengaruh orang Melayu .

Bekas perdana menteri berkata, ia berikutan penguasaan dua pertiga dalam pentadbiran kerajaan perpaduan ketika ini.

“Saya khuatir dengan kedudukan ini (dua pertiga) di mana mereka akan tukar kawasan pilihan raya menjadikan orang Melayu terpencil dan terkurang (kawasan Parlimen).

“Orang lain lebih berpeluang untuk mempengaruhi kerajaan,” katanya pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Beliau mengulas sejauh mana Umno dapat memperjuangkan nasib Melayu selepas bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) membentuk kerajaan perpaduan.

Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya berkata persempadanan semula kawasan pilihan raya hanya boleh dilakukan menjelang 2026 kerana Perlembagaan Persekutuan membenarkan amalan sedemikian setiap lapan tahun.

Sementara itu, mengulas dakwaan yang mengatakan beliau punca krisis politik di Malaysia, bekas perdana menteri menegaskan tindakannya meletak jawatan pada 2020 selepas tidak lagi mendapat kepercayaan wakil rakyat PH.

“Saya tak faham kenapa orang salahkan saya letak jawatan (perdana menteri), yang patut salahkan ialah orang yang tidak nak sokong pendirian saya.

“Saya minta Bersatu supaya tangguh keputusan jangan keluar tetapi mereka tepuk meja suruh keluar PH sekarang juga seolah menolak saya (sebagai PM),” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau mendakwa projek monorel Putrajaya sepatutnya boleh siap jika diserahkan kepada swasta sekali gus mengelakkan kerajaan rugi RM797.18 juta seperti didedahkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2021.

Beliau berkata ada syarikat bersedia mengambil alih projek yang diilhamkannya berkenaan namun tidak diendahkan kerajaan.

“Saya tak faham (tangguh projek monorel Putrajaya pada 2004) setelah kita buat keputusan bangunkannya malah sudah ada jalan untuk monorel tersebut dan jambatan gantung.

“Saya jadi hairan… ada syarikat-syarikat bersedia ambil alih dan mereka akan terus bangunkan monorel itu tetapi pihak kerajaan tidak layan,” katanya.

LKAN 2021 yang didedah kepada umum Khamis lalu mendapati berlaku pembaziran dalam pengurusan pembangunan Putrajaya berjumlah RM812.91 juta, setakat 31 Disember 2021.

Ketua Audit Negara Nik Azman Nik Abdul Majid dilaporkan berkata pembaziran itu membabitkan penangguhan projek monorel di Putrajaya berjumlah RM797.18 juta termasuk penyenggaraan terowong pengangkutan awam itu bernilai RM2.16 juta.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/02/mahathir-khuatir-kerajaan-akan-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dr Mahathir Jelaskan Mengapa Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam

Dr Mahathir Jelaskan Mengapa Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam

papar berkaitan - pada 20/2/2023 - jumlah : 184 hits
Kita khuatir tentang masa depan orang Melayu kerana kita sedar mereka tidak mampu bersaing dengan orang Cina Sebab itu ditentukan bagi jawatan tertinggi empat orang Melayu kemudian orang bukan Melayu Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohama...
Lynas Rayu Kerajaan Agar Teliti Semula Keputusan Syarat Lesen Operasi Mereka

Lynas Rayu Kerajaan Agar Teliti Semula Keputusan Syarat Lesen Operasi Mereka

papar berkaitan - pada 24/2/2023 - jumlah : 180 hits
KUALA LUMPUR Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi telah menerima surat rayuan Lynas Malaysia Sdn Bhd untuk menggugurkan syarat lesen operasinya di Malaysia Menteri berkenaan Chang Lih Kang ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kas...
Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam Ini Penjelasan Tun Mahathir

Melayu Dominasi Perkhidmatan Awam Ini Penjelasan Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 21/2/2023 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR Ketika proses rundingan sebelum negara mencapai kemerdekaan kerajaan sedar orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina selepas merdeka Oleh itu menurut bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad wujud dasar keraj...
Kerajaan Setuju Dengan Perolehan Vaksin Covid Kata Khairy

Kerajaan Setuju Dengan Perolehan Vaksin Covid Kata Khairy

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 332 hits
Kerajaan setuju dengan perolehan vaksin Covid kata Khairy Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 8 Feb 2023 9 22PM
Kerajaan My Anak Bini

Kerajaan My Anak Bini

papar berkaitan - pada 8/2/2023 - jumlah : 220 hits
Rakyat semakin bijak menilai dan tidak mungkin segala alasan dangkal pemimpin boleh ditelan dan diterima bulat bulat Maklumat di hujung jari lambat laun akan terdedah juga sebarang perkara jika mahu disembunyikan
Lebih 300 000 Pencarum Desak Kerajaan Luluskan Pengeluaran Kwsp 2 0 Atau Rakyat Akan Merajuk

Lebih 300 000 Pencarum Desak Kerajaan Luluskan Pengeluaran Kwsp 2 0 Atau Rakyat Akan Merajuk

papar berkaitan - pada 9/2/2023 - jumlah : 340 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam responnya sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak bersetuju membenarkan pencarum membuat pengeluaran wang simpanan KWSP buat kali ketiga kerana kebanyakan pencarum memiliki jumlah simpanan yang ...
Aesthetic Clinic Malaysia Top Treatments What To Expect In 2025

Buli Pelajar Perempuan Diikat Kaki Dan Tangan Ditutup Mulut Ditinggalkan Di Tandas

Upgrade Laptop Lama Anda Supaya Laju Macam Baru Kos Bawah Rm300

Doa Minum Air Zam Zam

Diamond Pendant Buying Guide How To Choose The Perfect Sparkle In 2025

Made In Taiwan A Carefree Kymco Ktr 150 By 2loud Custom

Kuasa Politik Di Negeri Pahang Perlu Dikembalikan Kepada Orang Melayu Islam Umno Tidak Perlu Gadai Prinsip

Majlis Peluncuran Bulan Kebangsaan Kibar Jalur Gemilang 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Understanding Baccarat Rtp How Bcrgame16 Gives You An Edge

Kereta Dipandu Budak 11 Tahun Terbabas Ke Longkang

Kedah 12 Individu Terperangkap Akibat Arus Deras Sungai

Dulu Janji Nak Tolong Sekarang Kena Explain

Pelajar Universiti Makan Biskut Untuk Mengalas Perut

Avoid Turun Anwar Rally Civil Servants Told