Mahathir Dan Calon Pm Utopia



June 28, 2020
Selepas ditolak oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) pencalonan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri Ke-3, Mahathir cuba menafikan komponen PH apabila mencadangkan Presiden Warisan Sabah sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan (PH) Plus kembali berkuasa.Mahathir juga menyatakan terdapat persetujuan bahawa anaknya Mukhriz Mahathir yang gugur keahlian Bersatu menurut ROS sebagai calon jawatan timbalan Perdana Menteri bersama-sama Presiden PKR Anwar Ibrahim yang mempunyai 38 ahli parlimen PKR. Hal ini menyebabkan banyak perbincangan dalam media sosial mengenai isu ini yang lebih melihat tidak ada logikanya. Reaksi SarawakTimbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing menganggap idea Mahathir untuk mencalonkan Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal sebagai ‘suatu jenaka dalam abad ini’. “(Datuk Seri) Shafie (Apdal) sebagai calon perdana menteri dan (Datuk Seri) AI (Anwar Ibrahim) sebagai timbalan perdana menteri? ““Adakah ini jenaka Mahathir? Saya harap (Mahathir) bangun dan sedar ketika mengemukakan kenyataan ini, jika tidak, cadangan ini hanya sebagai jenaka dalam abad ini. Cadangan ini perlu bergerak melangkaui bermimpi.” Demikian reaksi James Masing yang juga Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) kepada sebuah akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times. PRS ialah salah satu komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS). Abdul Karim Hamzah, iaitu Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pula menganggap cadangan Shafie sebagai calon perdana menteri ialah sekadar fantasi Mahathir dan Karim meragui sama ada DAP dan Amanah akan terikut-ikut akan fantasi tersebut.Dengan kata lain, ia sekadar utopia, iaitu seronok dicipta, seolah-olah benar tapi tidak berpijak di bumi nyata seolah-olah tergambar dalam Utopia ciptaan Thomas More (1516). Paradoks PolitikKetika ini PKR mempunyai 38 kerusi parlimen, DAP mempunyai 42 kerusi parlimen, manakala Amanah mempunyai 11 kerusi parlimen yang masing-masing menunjukkan pengaruh dan kekuatan kerusi masing-masing namun Warisan hanya mempunyai 9 kerusi sahaja dan Mahathir cuma ada 5 kerusi parlimen sahaja.Ketika Mahathir cuba melengah-lengahkan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim, Mahathir berhujah bahawa Anwar sukar menjadi perdana menteri kerana Anwar mewakili parti berbilang kaum dan liberal.Namun apabila Mahathir sendiri mencalon Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri, ia agak janggal kerana parti Warisan merupakan parti pelbagai kaum. Malah parti warisan parti berbilang kaum untuk peribumi di negeri Sabah sahaja sedangkan PKR parti berbilang kaum mewakili seluruh etnik di Malaysia.Anwar pula dituduh Mahathir liberal apabila mewakili parti pelbagai kaum walaupun Anwar akur terhadap Perlembagaan Negara dan memastikan dasar negara bersifat inklusif tanpa menafikan hak-hak keistimewaan Melayu Islam dan anak negeri Sabah dan Sarawak.Shafie Apdal sehingga kini dianggap sebagai ahli politik di peringkat negeri Sabah atau lebih sesuai sebagai tokoh politik peringkat Sabah, sedangkan Anwar Ibrahim pula diiiktiraf sebagai tokoh atau ikon politik nasional dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Tentulah sesuatu aneh apabila tokoh besar dicadangkan sebagai menjadi nombor dua sahaja. Kalau pencalonan Mahathir dan Anwar pun dikatakan tidak mendapat sokongan majoriti dewan rakyat, apa pula jaminan Shafie Apdal dapat sokongan besar parlimen, inilah menyebabkan cadangan ini dipandang sepi oleh ahli politik dari Sarawak yang mempunyai kerusi jauh lebih besar daripada Warisan, Sabah.Manipulasi PolitikCadangan mencalonkan Shafie lebih dilihat sebagai protes Mahathir apabila pencalonannya tidak diterima PKR. Maka, Mahathir setakat ini seolah-olah akan memastikan sesiapa sahaja boleh jadi calon perdana menteri asalkan bukan Anwar Ibrahim.Perkara ini menyerlahkan sikap Mahathir yang tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri kerana beliau tahu Anwar boleh melakukan pemerintahan yang lebih baik daripada Mahathir yang dilihat lebih mengarah kepada neo kapitalisme. Anwar juga mempunyai jaringan antarabangsa yang luas merentasi sempadan dunia barat dan timur. Dari satu segi, cadangan dua calon timbalan perdana menteri dari Semenanjung Malaysia juga memperlihatkan kejanggalan. Ia seolah-olah tidak mahu membuka laluan masa depan kepada negeri Sarawak. Sepatutnya, ia perlu membuka peluang kepada Sarawak sebelum meletakkan 2 calon dari Semenanjung Malaysia. Pencalonan Mukhriz sebagai timbalan perdana menteri selepas kerajaan yang dipimpin Mukhriz tumbang dilihat kurang sesuai berdasarkan kekuatan parti.Sekiranya, mahu membuka dan memastikan sokongan Melayu Islam lebih luas, calon jawatan timbalan perdana menteri sepatutnya diserahkan kepada parti Amanah. Hal ini kerana parti Amanah mempunyai 11 kerusi parlimen, manakala Bersatu Hitam (merujuk kumpulan pro Mahathir) hanya mempunyai 5 kerusi sahaja dan keanggotaan dalam Bersatu sudah tergugur sebagaimana dimuktamadkan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).Ramai juga melihat kedudukan Shafie sendiri kurang stabil berbanding kedudukan Abang Johari di negeri Sarawak. Sekiranya Mahathir ikhlas mahu penglibatan Sabah dan Sarawak, ia patut menawarkan Sarawak kerana kepimpinan Abang Johari lebih kukuh, bijaksana dan menunjukkan kepimpinan yang lebih baik dan terarah. Terdapat 165 ahli parlimen di Semenanjung manakala 57 ahli parlimen terdapat di Sabah dan Sarawak. Strategi PolitikNamun pencalonan Shafie Apdal sebenarnya dapat membuka dinamika politik khususnya terhadap kedudukan Shafie sendiri. Kerajaan pemerintah Sabah kini mempunyai 45 kerusi Adun termasuk empat Adun dilantik manakala pembangkang pula mempunyai 20 kerusi Adun termasuk 1 kerusi dilantik. Apabila Musa Aman bebas daripada tuduhan mahkamah, dinamika politik sudah berbeza. Menurut beberapa sumber Musa Aman dikatakan kembali membuat percaturan politik dan dikatakan mampu menguasai 35 Adun.Sekiranya ini berlaku bermakna Shafie hanya mempunyai 30 kerusi sahaja dan sekiranya ini benar-benar berlaku, ini akan mengakibatkan Shafie perlu berkompromi dengan Perikatan Nasional untuk menyelamatkan kedudukan parti Warisan dan kerajaan negeri Sabah.Dengan kata lain, Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dapat mengekang tindak tanduk Shafie dengan memastikan Shafie tunduk kepadanya, dan Muhyiddin mempunyai pengaruh yang besar untuk memastikan sama ada kerajaan Warisan di Sabah akan tumbang atau sebaliknya.Musa Aman pula dilihat akan akur terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kerana kuasa perdana menteri dilihat cukup besar dalam menentukan jatuh bangun ahli politik terutamanya Musa Aman yang baru gugur daripada sabitan mahkamah. Di satu sisi yang lain, Muhyiddin Yassin berjaya mengawal dan membuat percaturan politik di negeri Sabah dan memastikan parti Umno tidak terlalu kuat di Sabah kerana boleh menyebabkan kedudukan Bersatu di negeri Sabah terjejas akibat dominani Umno sekiranya tidak terkawal. Jalan lain ke PutrajayaTerdapat juga, spekulasi politik kononnya apabila Shafie dicalonkan sebagai PM, maka kedudukan Shafie dapat diperkuatkan di Sabah dan Tun melihat kononnya akan mengharapkan sokongan baharu daripada kem Azmin dan Hishamudin. Sebelum ini Tun dilihat begitu yakin terhadap sokongan diperoleh dari DAP dan Amanah akan berterusan. Namun, Mahathir silap untuk bergantung kepada sokongan DAP dan Amanah kerana kedua-dua parti tersebut mempunyai penyokong dan akar umbi mereka yang kebanyakan menolak kerjasama dengan Mahathir, sebaliknya mahu pemimpin mereka bekerjasama dengan Anwar dan PKR. Yang kedua, Dap dan Amanah sendiri tidak akan mahu bekerjasama dengan kumpulan Azmin dan Hishamuddin jika inilah yang berlaku apabila ini dikaitkan dengan isu pengkhianatan Langkah Sheraton. Bermakna, Mahathir hanya mampu melengah-lengah masa dan dilihat cuba memecahkan kesatuan dalam Pakatan Harapan. Namun, sebagaimana tertera dalam facebook YB Fahmi Fadzil pada majlis makan tengah hari di antara pemimpin utama DAP, PKR dan Amanah tanpa pro Mahathir dan Warisan, terdapat kapsyen yang mempunyai maksud yang dalam tertera, iaitu ‘air dicincang tidak akan putus.’ Ini menunjukkan mesej tersirat ahli gabungan Pakatan Harapan untuk Mahathir.Pada masa yang sama, cadangan meletakkan Shafie sebagai calon perdana menteri bermula daripada idea Mahathir yang kini tidak mempunyai platform politik selepas terpelanting daripada parti Bersatu.Mahathir juga belum disahkan penyertaannya dalam PH plus, sebaliknya baru peringkat rundingan membentuk Plus tersebut. Yang pasti Mahathir kini belum ada medium rasmi dan perlu platform rasmi untuk bergerak atau berhadapan risiko tidak relevan lagi dalam politik!Hal ini menyukarkan Mahathir untuk bergerak dengan mempunyai ahli parlimen amat sedikit dan tidak berparti, apatah lagi untuk mengemukakan idea yang tidak masuk akal.Sebab itu, ada cadangan nakal daripada Najib Tun Razak agar Mahathir dilantik sebagai pengerusi DAP.Oleh: Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi ialah penganalisis sosiopolitik dan sosiobudaya di Jabatan Sosiobudaya, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/mahathir-dan-calon-pm-utopia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Amanah Kata Mahathir Bohong Pasal Shafie Apdal Calon Pm

Amanah Kata Mahathir Bohong Pasal Shafie Apdal Calon Pm

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 355 hits
SHAH ALAM Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus menegaskan kepimpinan parti itu tidak dimaklumkan mengenai sebarang keputusan Amanah terhadap cadangan memilih Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Md S...
Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 359 hits
Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat dan anggota parl...
Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

Shafie Apdal Calon Pm Ganti Kekusutan Mahathir Anwar

papar berkaitan - pada 27/6/2020 - jumlah : 372 hits
PH dan sekutunya yang digelar sebagai PH Plus mendakwa memiliki sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan dan sebelum ini merancang untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin Tapi malang perbalahan antara Mahathir dan A...
Tidak Cukup Popular Tun Mahathir Beri Sebab Kenapa Anwar Tidak Layak Jadi Calon Pm

Tidak Cukup Popular Tun Mahathir Beri Sebab Kenapa Anwar Tidak Layak Jadi Calon Pm

papar berkaitan - pada 1/7/2020 - jumlah : 559 hits
Menurut Perdana Menteri kelapan itu Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson tidak popular dalam kalangan orang Melayu selain menyifatkan sokongan tersebut penting untuk mana mana parti menang dalam pilihan raya Tidak cukup popular Dr Mah...
Survey Calon Bebas Adalah Ayam Tambatan Dr Mahathir Dan Anwar Siapa Pilihan Pengundi Chini

Survey Calon Bebas Adalah Ayam Tambatan Dr Mahathir Dan Anwar Siapa Pilihan Pengundi Chini

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 530 hits
Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan 20 Jun 2020 sebagai hari penamaan calon dan 4 Julai sebagai hari mengundi bagi PRK DUN Chini PRK Chini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Abu Bakar Harun yang meninggal dunia pada 7...
Mahathir Berubah Ubah Fikiran Menyulitkan Lagi Calon Pm

Mahathir Berubah Ubah Fikiran Menyulitkan Lagi Calon Pm

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 290 hits
Dalam isu menentukan calon Perdana Menteri PH Plus yang sehingga kini belum lagi dapat dimuktamadkan ramai orang cuba menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan itu Kata mereka jika Anwar sedia bertolak ansur dan mengalah kepada Tun Mahathir ...
Amanah Tidak Tahu Shafie Calon Pm Mahathir Tipukah

Amanah Tidak Tahu Shafie Calon Pm Mahathir Tipukah

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 241 hits
Kepimpinan Amanah tidak tahu Shafie Apdal calon PM Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus menegaskan kepimpinan parti itu tidak dimaklumkan mengenai sebarang keputusan Amanah terhadap cadangan memilih Pre...
Calon Bebas Disokong Mahathir Hilang Deposit Bn Menang Lebih 12k Majoriti

Calon Bebas Disokong Mahathir Hilang Deposit Bn Menang Lebih 12k Majoriti

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 322 hits
YB Mohd Sharim Md Zain dari Barisan Nasional akhirnya dipilih untuk diangkat oleh penduduk Chini melalui PRK N 23 Chini yang berlangsung pada hari ini Beliau menggantikan tempat Allahyarham Dato Sri Abu Bakar bin Haji Harun 59 yang meningga...
Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 406 hits
PKR tetap mahu Anwar menjadi calon PM Rasmi PKR tolak Mahathir sebagai calon PM Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan me...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Gegar Vaganza 11 Keputusan Konsert Pertama Dan Senarai Lagu Minggu Ke 2

Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof