Mahathir Berubah Ubah Fikiran Menyulitkan Lagi Calon Pm




Dalam isu menentukan calon Perdana Menteri PH Plus yang sehingga kini belum lagi dapat dimuktamadkan, ramai orang cuba menyalahkan Anwar Ibrahim atas kegagalan itu.Kata mereka, jika Anwar sedia bertolak ansur dan mengalah kepada Tun Mahathir Mohamad, sudah pasti kata putus sudah dapat dimuktamadkan sekarang ini.Mereka menambah lagi, tiada alasan untuk Anwar tidak setuju beralah kerana kali ini dikatakan Tun Mahathir hanya mahu memegang jawatan Perdana Menteri bagi tempoh selama enam bulan saja.Selepas itu, Tun Mahathir diperkatakan setuju sepenuhnya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar melalui satu surat perjanjian hitam putih yang disertakan sekali tarikh penyerahan kuasa itu akan dilakukan.Selain itu, sementara menunggu kuasa diserahkan kepadanya, Anwar juga akan diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.Oleh itu, tambah mereka, apa lagi yang Anwar perlu bimbangkan?Menyedapkan lagi cerita, mereka menambah, Tun Mahathir juga semakin tua sekarang ini dan tidak mungkin mampu bertahan lebih lama untuk terus bekerja sebagai Perdana Menteri.Sekali imbas melihat kepada hujah tersebut dan bagi mereka yang tidak tahu perkara sebenarnya, memanglah ternampak ada logiknya untuk Anwar mengalah saja kepada Tun Mahathir.Sampai masa atau selewat-lewatnya hujung tahun nanti, tibalah gilirannya pula menjadi Perdana Menteri.Tetapi, selain Anwar sendiri cukup berhati-hati untuk setuju menerima semula Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri kerana tidak mahu terperdaya untuk kesekian kalinya dengan mainan janji-janji bulan madu Pengerusi Bersatu yang telah terpecat itu, apa yang cukup memeranjatkan ialah kecenderungan berubah fikiran itu sudah pun dapat dikesan sejak mesyuarat pertama PH Plus di Pejabat PKR pada 12 Jun lalu lagi.Difahamkan, dalam mesyuarat pada hari itu memang Tun Mahathir ada menyuarakan hasratnya mahu menjadi Perdana Menteri selama enam bulan saja sebelum melakukan peralihan kuasa kepada Anwar.Tidak seperti sebelumnya di mana beliau enggan menerima Anwar sebagai timbalannya, kali ini Tun Mahathir turut bersetuju agar Presiden PKR itu diletakkan sebagai orang nombor duanya dalam kerajaan pimpinannya nanti.Namun, dalam pertemuan pemimpin PH Plus pada 12 Jun kemudiannya, Tun Mahathir sudah berubah fikiran dengan mengatakan tempoh enam bulan tidak mencukupi untuknya menegang jawatan Perdana Menteri buat kali yang ketiga ini.Sehubungan itu, beliau meminta tempohnya dilanjutkan kepada setahun dan selepas itu barulah penyerahan kuasa kepada Anwar dapat dilakukan.Dalam waktu yang sama pula, Presiden Warisan, Shafie Apdal sepanjang masa bertegas bahawa Tun Mahathir perlu dikekalkan sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal.Beliau sama sekali menolak untuk menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri untuk tempoh enam bulan atau setahun.Dalam hal ini, bukan saja kelakuan Shafie yang menyamai perangai Azmin Ali sebelum ini yang cukup membimbangkan, lebih mengesankan semua orang ialah Tun Mahathir sudah pun menunjukkan sikap tidak konsisten dan mudah berubah fikiran hanya dalam tempoh empat hari saja.Bayangkan berapa kali lagi fikirannya akan berubah jika setelah mendapat kuasa sebagai Perdana Menteri nanti?Untuk itu, sebenarnya ketegasan Anwar dan PKR menolak idea menjadikan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri sekali lagi bukan sesuatu yang tidak berasas, malah siapa pun pasti akan melakukan pendirian yang sama jika kemungkinan janji dimungkiri dapat dikesan hanya dalam tempoh seawal empat hari. (Shahbudindotcom 16/06/2020)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/mahathir-berubah-ubah-fikiran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Chini Kem Mahathir Juga Tak Letak Calon

Prk Chini Kem Mahathir Juga Tak Letak Calon

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 269 hits
Kem pengerusi Bersatu yang dipertikaikan jawatannya Dr Mahathir Mohamad tidak akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil PRK Dun Chini yang bakal diadakan 4 Julai nanti Keputusan itu diambil selepas PKR mengumumkan untuk tidak bertanding...
Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 381 hits
Calon perdana menteri PH dah disepakati kata Marzuki Pakatan Harapan dan sekutunya yang digelar sebagai PH plus dikatakan mencapai persetujuan bersama berhubung calon perdana menteri mereka Hal itu disahkah salah seorang pemimpin Bersatu Ma...
Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

Pkr Sebulat Suara Tolak Tun Mahathir Sebagai Calon Perdana Menteri Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 419 hits
PKR tetap mahu Anwar menjadi calon PM Rasmi PKR tolak Mahathir sebagai calon PM Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan me...
Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

Rasmi Pkr Tolak Mahathir Sebagai Calon Pm

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 378 hits
Pemimpin pemimpin pusat dan anggota parlimen PKR menolak Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekali lagi Perkara itu disuarakan dalam kenyataan mereka sebentar tadi selepas mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat dan anggota parl...
Uum Menyekat Pensyarah Menulis Di Medsos Kerana Kritikal Terhadap Mahathir

Uum Menyekat Pensyarah Menulis Di Medsos Kerana Kritikal Terhadap Mahathir

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 301 hits
Menurut portal Universiti Utara Malaysia telah mengeluarkan larangan tidak rasmi kepada Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Dr Kamarul Zaman Yusoff dari mengulas isu politik serta merta Ini kerana menurut mereka pihak UUM banyak me...
Muhyiddin Vs Mahathir Bersatu Divisions Continue To Split

Muhyiddin Vs Mahathir Bersatu Divisions Continue To Split

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 297 hits
As the rivalry between disputed Bersatu chairperson Dr Mahathir Mohamad and Muhyiddin Yassin drags on more party leaders and divisions have come forward to announce which side they are on Today division chiefs and women chiefs from all 24 P...
Mahathir Saya Ingat Hidup Sampai Umur 75 Tahun Sahaja

Mahathir Saya Ingat Hidup Sampai Umur 75 Tahun Sahaja

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 670 hits
Dr M fikir usia 75 tahun sudah cukup buatnya Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menyangkakan beliau hanya dapat hidup sehingga usia 75 tahun tetapi bersyukur apabila diberikan rezeki usia yang lebih lama Pemimpin yang akan menyambut ...
Video Ini Adalah Asus Rog Phone 3 Rekaan Tidak Banyak Berubah Dengan Model Sebelumnya

Video Ini Adalah Asus Rog Phone 3 Rekaan Tidak Banyak Berubah Dengan Model Sebelumnya

papar berkaitan - pada 22/6/2020 - jumlah : 332 hits
ASUS ROG Phone 3 diura urakan pelancarannya pada Julai bulan hadapan Ini adalah antara mengapa maklumat mengenai peranti ini meningkat secara tiba tiba memenuhi ruangan internet Sebelum ini kita sudah melihat beberapa maklumat seperti spesi...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Cara Mengoptimalkan Konsumsi Listrik Dalam Operasional Percetakan Sehari Hari

Salam Pembuka Bicara Tahun 2025

Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan