Mahathir Cadang Potong 10 Peratus Gaji Kumpulan Berpendapatan Tinggi


Oleh FAZLI RADZImalaysiadateline.com
November 9, 2020 7:53 pm


Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan golongan miskin terkesan teruk akibat pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan ramai yang kehilangan pendapatan atau pekerjaan.

Justeru, bekas Perdana Menteri dua kali itu mencadangkan agar kumpulan berpendapatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta melepaskan 10 peratus daripada gaji bulanan mereka bagi membantu golongan terjejas.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata potongan tersebut boleh digunakan untuk menyediakan makanan dan barang keperluan kepada mereka yang tidak bekerja atau hilang punca pendapatan.

“Shafie Apdal (bekas ketua menteri Sabah) mencadangkan potongan gaji menteri sebanyak 30 peratus.

“Itu jumlah yang besar. Saya fikir kumpulan berpendapatan tinggi dalam kerajaan dan sektor swasta harus melepaskan 10 peratus daripada gaji mereka.

“Ia adalah pengorbanan dan saya tidak fikir mereka akan tergugat jika ada had potongan yang munasabah, katakan RM20,000 sebulan,” jelasnya menerusi blognya hari ini.

Mahathir berkata, masih terdapat ruang untuk mengurangkan kos operasi dan pembangunan dalam Belanjawan 2021 dengan menyebut bahawa menteri dan ahli Parlimen diberikan pelbagai elaun.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menggesa kerajaan agar mengubah suai cadangan Belanjawan 2021 untuk menjadikannya “lebih realistik”.

Beliau menyifatkan jangkaan pemulihan ekonomi dalam belanjawan dengan jumlah peruntukan terbesar dalam sejarah itu sebagai terlalu optimistik.

Sehubungan itu, Mahathir menegaskan beliau tidak perlu “dirasuah” supaya menyokong belanjawan yang dibentang Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November lalu itu.

“Kenyataannya ramai orang tidak gembira. Ini ditunjukkan pada reaksi mereka. Saya berharap belanjawan akan diubah suai untuk menjadikannya lebih realistik. Kami akan menyokongnya.

“Kami tidak perlu diberikan rasuah supaya menyokong. Kami tidak mahu menimbulkan krisis,” ujarnya yang menyatakan terpegun dengan jumlah besar belanjawan itu.

Mempersoal sama ada Malaysia mampu membiayainya, Mahathir berpendapat pendapatan dan cukai korporat tidak akan mencecah dua pertiga daripada angka biasa pada masa-masa biasa memandangkan kemerosotan teruk industri selain industri sarung tangan getah.

“Namun pencapaian Petronas dan industri pelancongan merosot teruk. Dua industri itu merupakan penyumbang utama kepada hasil kerajaan.

“Jangan menjangka bahawa industri baru akan dimulakan semula atau dilancarkan pada 1 Januari.

“Gambaran indah pemulihan akan berlaku sebaik sahaja pandemik Covid-19 berjaya diatasi tidak akan berlaku. Pandemik itu tidak akan berakhir pada Hari Tahun Baru,” tegas Mahathir lagi


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/11/mahathir-cadang-potong-10-peratus-gaji.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Potong Gaji Kumpulan Berpendapatan Tinggi Dan Salurkan Pada Yang Terjejas Akibat Covid 19 Tun M

Potong Gaji Kumpulan Berpendapatan Tinggi Dan Salurkan Pada Yang Terjejas Akibat Covid 19 Tun M

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 283 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan golongan miskin terkesan teruk akibat pandemik Covid 19 dan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan ramai yang kehilangan pendapatan atau pekerjaan Pemotongan gaji golongan atasan Justeru bekas Perdana M...
Menteri Tak Kebulur Jika Potong Gaji 30 Kata Mahathir

Menteri Tak Kebulur Jika Potong Gaji 30 Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 12/11/2020 - jumlah : 355 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan menyokong cadangan memotong gaji menteri ketika pandemik Covid 19 bagi mengurangkan beban kerajaan mengatakan pemotongan tidak akan menyukarkan hidup menteri Katanya seseorang ment...
Mahathir Sepatutnya Minta Pencennya Dihapuskan Bukan Potong 10 Peratus

Mahathir Sepatutnya Minta Pencennya Dihapuskan Bukan Potong 10 Peratus

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 319 hits
Mahathir hari ini berkata sanggup dipotong 10 daripada pencennya bagi disalurkan kepada mereka yang kehilangan pendapatan Sepatutnya sebagai seorang yang kaya beliau tidak perlu lagi menerima pencen itu Kita percaya wang pencennya tidak ber...
Saya Letak Gaji Tinggi Sikit Lepas Tu Tak Jadi Dikatakan Saya Demand Ramai Yang Salah Anggap Ini Penjelasan Adi Putra

Saya Letak Gaji Tinggi Sikit Lepas Tu Tak Jadi Dikatakan Saya Demand Ramai Yang Salah Anggap Ini Penjelasan Adi Putra

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 382 hits
Kuala Lumpur Pelakon Datuk Adi Putra tidak menafikan timbul salah faham dalam kalangan netizen selepas dia memuat naik satu hantaran di Instagram berkongsi mengenai harga tinggi yang dikenakannya apabila menerima tawaran berlakon Menurutny
Jangan Potong Gaji Menteri 10 Tapi 30

Jangan Potong Gaji Menteri 10 Tapi 30

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 271 hits
A Kadir Jasin Seandainyalah Kabinet kerajaan Perikatan Nasional hendak tunjuk keprihatinan dan simpati kepada rakyat jelata dalam masa krisis Covid 19 ini tak payahlah potong gaji sampai 30 macam ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir Mohamad c...
Tak Guna Cakap Banyak Jika Nak Potong Gaji Pun Liat

Tak Guna Cakap Banyak Jika Nak Potong Gaji Pun Liat

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 272 hits
A Kadir Jasin Seandainyalah Kabinet kerajaan Perikatan Nasional hendak tunjuk keprihatinan dan simpati kepada rakyat jelata dalam masa krisis Covid 19 ini tak payahlah potong gaji sampai 30 peratus macam Ahli Parlimen Langkawi Dr Mahathir M...
Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

Kelantan Negeri Termiskin Di Malaysia Naikkan Gaji Wakil Rakyat Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 546 hits
Gaji pokok Ahli Dewan Undangan Negeri dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal dinaikkan antara RM3 000 hingga RM5 000 seorang Keputusan itu berlaku ketika Kelantan masih negeri termiskin di Semenanjung dan ketiga di Malaysia selepas...
Exco Adun Kelantan Naik Gaji Hingga Rm5 000

Exco Adun Kelantan Naik Gaji Hingga Rm5 000

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 397 hits
KOTA BHARU EXCO dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok di antara RM3 000 hingga RM5 000 sebulan Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kenaikan itu wajar memandangkan wujud perbezaan...
Kanada Menunggu Keputusan Pilihan Raya Tinjauan Usd Cad

Wall Street Memastikan Rumah Putih Tetap Terkawal

Apa Agenda Mereka Mengapa Ktm Perlu Ditukar Tetapi Nama Penjajah Kekal Mekar

From Stress To Success Ptti Rewards Spm Legends In Style

Perkasakan Ekonomi Melayu Harus Jdi Keutgamaan Bermula Dengan Langkah Apertama

Develop A Scalable Business Model

Aktiviti Majlis Sambutan Aidilfitri Meriah Raya Span Ppim 21 04 2025

Terkini Syarat Baharu Masuk Ke Thailand


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Techcrunch Mobility Slate S New Ev Truck And Tesla S Competing Realities Revealed

Dua Lelaki Dikenakan Denda Kerana Mengganggu Ketenteraman Awam Di Festival Songkran Bandar Utama Mall

Dua Pemimpin Pas Campur Tangan Pru2025 Singapura

Terus Melangkah Uk Setuju Bantu Malaysia Dalam Teknologi Dan Inovasi Baharu Fadillah

9 Tips Mudah Kurangkan Resdung

World Bank Forecasts 3 9 Growth For Malaysia