Pakatan Harapan Plus Mahu Mahathir Sebagai Calon Pm


Calon perdana menteri PH dah disepakati, kata Marzuki
Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya yang digelar sebagai ‘PH plus’ dikatakan mencapai persetujuan bersama berhubung calon perdana menteri mereka.
Hal itu disahkah salah seorang pemimpin Bersatu, Marzuki Yahya, ketika ditemui media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Ketika ditanya media sebanyak dua kali mengenai hal itu, Marzuki menjawab: “Ya”.
Bagaimanapun menurut kenyataan dikeluarkan PH sejurus selepas pertemuan tertutup itu berakhir menyatakan semua parti mengadakan perbincangan secara menyeluruh mengenai pendirian masing-masing dan menampakkan kemajuan yang amat positif.
“Proses memuktamadkan segala keputusan akan dilakukan dalam masa seminggu ini,” kata kenyataan tersebut.
Ia juga menyatakan mesyuarat petang tadi dipengerusikan Presiden PKR, Anwar Ibrahim.
Terdahulu sumber memberitahu pertemuan berkenaan dibuat bagi membolehkan mereka membuat keputusan secara rasmi.
“Kamu boleh jangkakan pengumuman calon PH Plus bagi jawatan PM lewat hari ini,” kata satu sumber kepada Malaysiakini.
Mahu Mahathir sekali lagi
Berdasarkan maklumat dari sumber berkenaan, Malaysiakini difahamkan pemimpin tertinggi telah membuat keputusan berikutan beberapa siri perbincangan.
Menurut salah seorang anggota parti komponen PH, minggu lalu menyaksikan banyak pertemuan antara para pemimpin berkenaan dan persetujuan telah dicapai.
Seperti yang dijangkakan, calon tersebut adalah antara dua pemimpin yang telah menguasai landskap politik Malaysia selama lebih dua dekad – Pengerusi Bersatu yang dipertikaikan jawatannya, Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR Anwar Ibrahim.
Malaysiakini juga difahamkan beberapa pemimpin PH mahukan Mahathir dinamakan sebagai perdana menteri sekali lagi walaupun Anwar kini mengetuai gabungan itu.
Sumber mendakwa perkara itu membuatkan Anwar marah, yang kemudian memilih untuk tidak menghadiri mesyuarat dengan Mahathir.
Ini termasuk mesyuarat di bangunan Yayasan Al-Bukhary di Kuala Lumpur minggu lalu, yang dihadiri oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal dan lain-lain.
Sumber yang rapat dengan kem Mahathir dalam Bersatu memberitahu Malaysiakini bahawa Anwar dijangka hadir pada pertemuan 4 Jun itu.
Sementara itu, sumber dari kem Anwar mengesahkan perkara itu.
“Dia sama sekali tidak mahu melihat Tun (Mahathir),” kata sumber itu kepada Malaysiakini.
Sumber yang sama juga mendedahkan bahawa nama “PH Plus” mungkin terus digunakan disebabkan terdapat anggota parlimen yang bukan anggota PH.
Ini juga akan memastikan Mahathir dan empat ahli Parlimen Bersatu yang lain, yang sedang mencabar pengguguran keahlian mereka dalam Bersatu, tidak perlu bergabung dengan parti politik lain.
Mahathir terlibat dalam perebutan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin untuk menguasai Bersatu.
Sekiranya Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri dan jika “PH Plus” berjaya menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional, yang berkuasa dengan majoriti tipis dua kerusi parlimen, ini bermakna Mahathir akan memimpin negara untuk kali ketiga sejak 1981.
Tempoh pertamanya sebagai perdana menteri berlangsung selama 22 tahun, manakala kali kedua beliau menjadi perdana menteri berakhir dalam tempoh 22 bulan selepas tumbangnya kerajaan PH.
Krisis politik selama seminggu pada penghujung Februari lalu berakhir apabila Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac.
Mkini
The post PAKATAN HARAPAN PLUS MAHU MAHATHIR SEBAGAI CALON PM appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/09/pakatan-harapan-plus-mahu-mahathir-sebagai-calon-pm/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=pakatan-harapan-plus-mahu-mahathir-sebagai-calon-pm

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Brought Down Pakatan Harapan To Block Anwar From Taking Over

Mahathir Brought Down Pakatan Harapan To Block Anwar From Taking Over

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 515 hits
This time a voice resembling that of Bersatu president Muhyiddin Yassin is heard telling a group of people that the Yang di Pertuan Agong was in favour of retaining Mahathir as prime minister even in the event of a change of government The ...
Dr Mahathir Dan Pakatan Harapan Akan Singkirkan Anwar Sekali Lagi

Dr Mahathir Dan Pakatan Harapan Akan Singkirkan Anwar Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 608 hits
MPT PPBM selesai menggadakan mesyuarat dengan Presiden PPBM yang juga merangkap Pemangku Pengerusi PPBM Muhyiddin Yassin pada 4 Disember 2020 jam 11 50 malam Dalam mesyuarat tersebut MPE PPBM telah mengesahkan keahlian 5 orang ahli PPBM man...
Dengar P La Dia Bebel Jadikan Sedikit Info Kalau Tak Hiburan Pakatan Harapan Sedang Tekan Dymm Agong

Dengar P La Dia Bebel Jadikan Sedikit Info Kalau Tak Hiburan Pakatan Harapan Sedang Tekan Dymm Agong

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 328 hits
Pakatan Harapan telah melancarkan perang saraf Tetapi sasaran perang saraf ini bukannya 222 ahli parlimen Sasaran yang sebenarnya adalah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Pakatan Harapan sedang menekan Tuanku melalui media untuk tun...
Panggilan Video Lim Guan Eng Kepada Rakan Dalam Pakatan Harapan

Panggilan Video Lim Guan Eng Kepada Rakan Dalam Pakatan Harapan

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 387 hits
Berikut adalah teks yang dimuatnaik di Facebook Yang Berhormat Lim Guan Eng berkenaan dengan panggilan video yang dibuatnya kepada rakan rakan dalam Pakatan Harapan semasa Hari Raya Aidilfitri yang pertama Pagi tadi saya call member member ...
Anwar Mahathir Both To Blame For Harapan Collapse

Anwar Mahathir Both To Blame For Harapan Collapse

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 346 hits
I read from Malaysiakini that the restoration of the duly elected Pakatan Harapan government is presently stymied by the ever oscillating of who should be the prime minister candidate This episode is yet a replay of the impasse as to who sh...
Can Mahathir Or Anwar Rally The Harapan Base

Can Mahathir Or Anwar Rally The Harapan Base

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 391 hits
No man will ever bring out of that office the reputation which carries him into it The honeymoon would be as short in that case as in any other and its moments of ecstasy would be ransomed by years of torment and hatred Thomas JeffersonOne ...
Pakatan Harapan Sedang Tekan Dymm Agong

Pakatan Harapan Sedang Tekan Dymm Agong

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 262 hits
Pakatan Harapan telah melancarkan perang saraf Tetapi sasaran perang saraf ini bukannya 222 ahli parlimen Sasaran yang sebenarnya adalah Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Pakatan Harapan sedang menekan Tuanku melalui media untuk tun...
Pakatan Harapan S Shortcomings From A Policy Standpoint

Pakatan Harapan S Shortcomings From A Policy Standpoint

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 266 hits
In 2018 Pakatan Harapan won the 14th general election The defeat of Barisan Nasional was unexpected Many of us that were shocked and surprised at the outcome of the election felt hopeful and optimistic about this so called dawn of new begin...
Malaysian Embassy In Bangkok Sealed After Myanmar Quakes

Trouble At Kl Tower Fahmi Fadzil Government And Lim Seong Hai Capital Subsidiary Sued For Rm1 Billion

Melaka Has Been Attracting Visitors For More Than Half A Millennia

Business With Limited Resources

Minister Be Civil When Posting On 3r Issues

Blogspot Migrate Ke Wordpress

Lina Nak Dengar Sangat Suara Abah Anak Oku Ini Cuba Berkomunikasi Dengan Ayahnya Bikin Sebak

Lawatan Presiden Cina Kominis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Hael Husaini Nadeera Meriah Lain Macam

Hadiah Abel 2025 Disandang Oleh Kashiwara

Balik Kampung

Gempa Myanmar 694 Maut 1 670 Cedera 68 Hilang

Pasang Langsir Raya

Inspirasi Kisah Pengasas Silat Gayong Bakal Beraksi Di Pawagam