Mageran Mekanisme Di Bawah Darurat Tidak Selaras Dengan Perlembagaan Aziz Bari


 




POSTED BY AMIR WRLR


Majlis Gerakan Negara atau Mageran bukanlah sesuatu yang boleh diwujudkan di luar kerangka darurat.

Hal itu tidak sebagaimana dipropagandakan oleh paksi yang menyokong pendekatan penubuhan Mageran yang membayangkan badan tersebut boleh dibentuk selepas darurat ditarik balik bagi menggantikan pentadbiran Perikatan Nasional.
Menurut pakar undang-undang Perlembagaan, Dr Aziz Bari, Mageran mustahil dibentuk dalam suasana bukan darurat dan ianya mesti diusulkan oleh kerajaan semasa.
"Ada melihat darurat telah gagal dan bagi menyelesaikan masalah maka buat Mageran. Tidak. Mageran itu adalah darurat dalam bentuk yang lain," katanya dalam sesi siaran Facebook, malam tadi.
Bagi Dr Aziz, Mageran secara praktikalnya akan menyebabkan Perdana Menteri sedia ada kekurangan kuasa dan Pengerusi Mageran akan mengambilalih fungsi menggerakkan urustabir negara.
"Sebelum kenyataan rasmi Pakatan Harapan (PH) yang menolak isu Mageran, Tun Mahathir diberitakan menawarkan diri ketika mengadap Agong, untuk menjadi pengarah kepada Mageran.
"Jadi Mageran adalah satu mekanisme di bawah darurat 1969. Waktu itu Tun Razak yang memegang jawatan Pengarah Mageran seolah-olah menjadi pemerintah. Walaupun ada kerajaan, ada kabinet, tetapi Timbalan Perdana Menteri yang menjadi Pengarah Mageran.
"Jadi isu pada saya ada beberapa isu penting, apakah Mageran, bagaimana wujudnya dan apakah implikasi kepada sistem itu sendiri?
"Mageran bukan satu formula ajaib biar pun ada kalangan ahli ekonomi pernah mencadangkan satu mekanisme seumpama ini. Beliau melihat dari segi ekonomi, sedangkan Mageran suatu perkara yang secara umumnya tidak selaras dengan demokrasi dan Perlembagaan. Cuma dibenarkan oleh Perlembagaan dalam suasana ekstrem sahaja," katanya.
Dr Aziz juga mengkritik pendirian Tun Mahathir dalam isu darurat, yang pada awalnya menyokong Jawatankuasa Tamatkan Darurat dikepalai Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, kepada menyokong darurat dengan menawarkan diri sebagai Pengerusi Mageran.
"Dari segi politik bila Mahathir bercakap soal Mageran dan tawar diri sebagai pengarah, beliau telah menjauhkan diri dari PH.
"Mageran yang dibentuk di bawah kuasa darutat mempunyai kuasa mutlak. Boleh buat undang-undang tanpa ke Parlimen. Contohnya, kalau Tun Mahathir dilantik sebagai Pengarah Mageran maka dia secara tidak langsung akan menyingkirkan PM yang ada," katanya.
Oleh itu, kata Dr Aziz, kerajaan perlu meminda atau mereformasikan Perlembagaan Persekutuan, khususnya mengenai peruntukan darurat yang kabur dan boleh dimanipulasikan oleh golongan 'mabuk kuasa'.
"Kita mahu mempastikan darurat dapat direformasikan.
"Ini satu perkara yang perlu dibuat melalui pindaan Perlembagaan dan sudah tentu memerlukan suara majoriti. Maknanya 2/3 tidak mudah untuk didapati sekarang.
"Jadi (jika pindaan mahu dilakukan) pihak kerajaan dan pembangkang harus duduk sama dan sama-sama seperti kita meminda peruntukan berhubung Undi 18 hari itu, supaya kita dapat membersihkan Perlembagaan kita (daripada unsur manipulasi)," katanya lagi.
 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/mageran-mekanisme-di-bawah-darurat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
10 Ditahan Bawah Ordinan Darurat Sebar Berita Tak Benar

10 Ditahan Bawah Ordinan Darurat Sebar Berita Tak Benar

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 185 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Sepuluh orang ditahan dan 21 kertas siasatan dibuka di bawah Ordinan Darurat yang berkuat kuasa 12 Mac lalu ke atas penghasilan dan penularan berita tidak benar berkaitan Covid 19 atau perisytiharan darurat Ketua ...
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Bukan Bawah Kuasa Kabinet Khas Untuk Lebai Takiyuddin

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Bukan Bawah Kuasa Kabinet Khas Untuk Lebai Takiyuddin

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 172 hits
Pakar perlembagaan Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof ROHANIZA IDRIS BHKUALA LUMPUR Jawatankuasa Khas Bebas Darurat tidak terletak di bawah kuasa Jemaah Menteri atau Perdana Menteri sebaliknya berdiri sendiri dan bertanggungjawab kepada Yan...
Tolak Darurat Mageran Pastikan Ekonomi Pulih

Tolak Darurat Mageran Pastikan Ekonomi Pulih

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 199 hits
Tolak darurat Mageran pastikan ekonomi pulihOleh June 12 2021Pemerintahan darurat atau usul menubuhkan kerajaan Majlis Gerakan Negara tidak akan mengakhiri pandemik Covid 19 dan memulihkan ekonomi Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia Da...
Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 199 hits
Bringing down the government so that Pakatan Harapan can take over with the help of Umno is NOT going to bring the Covid 19 statistics down The truth is the Covid 19 cases and deaths can be reduced if Malaysians can be more disciplined The ...
Tiada Keperluan Teruskan Darurat

Tiada Keperluan Teruskan Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 235 hits
Ahli ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang mewakili parti parti dalam Pakatan Harapan hari ini menyatakan pendirian bahawa tiada keperluan darurat diadakan mahupun diteruskan Dalam satu kenyataan mereka menekankan pelaksanaan Perintah K...
Raja Raja Melayu Tiada Keperluan Lanjutkan Darurat Lepas 1 Ogos

Raja Raja Melayu Tiada Keperluan Lanjutkan Darurat Lepas 1 Ogos

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 160 hits
Malaysiakini Raja raja Melayu sependapat bahawa tiada keperluan meneruskan darurat selepas 1 Ogos Perkara itu dimaklumkan dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas Raja Raja Melayu menghadiri perbincangan khas di Istana Negara petang tadi Ke...
Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

Agong Bertindak Ikut Nasihat Kerajaan Kata Bekas Hakim Kanan Berhubung Darurat

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 179 hits
Gopal Sri Ram berkata sama ada darurat ditamatkan atau Parlimen bersidang semula Perlembagaan jelas menetapkan kerajaan boleh buat keputusan Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram berkata peruntukan kuasa Agong jelas termaktub dalam...
Parlimen Wajar Bersidang Sebelum Tamat Darurat Kata Bekas Speaker

Parlimen Wajar Bersidang Sebelum Tamat Darurat Kata Bekas Speaker

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 175 hits
MalaysiakiniBekas speakar Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof parlimen bersidang dengan kadar segera tanpa perlu menunggu darurat tamat pada 1 Ogos Mohamad Ariff berkata demikian sebagai mengulas kenyataan rasmi Istana Negara dan kenyataan ...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Gula Punca Kulit Cepat Tua Betul Ke

Pea Puffer Fish Facts Carinotetraodon Travancoricus Az Animals

It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi