Tolak Darurat Mageran Pastikan Ekonomi Pulih




Tolak darurat, Mageran pastikan ekonomi pulihOleh: Redzuan RF8 MediaJune 12, 2021SharePemerintahan darurat atau usul menubuhkan kerajaan Majlis Gerakan Negara (Mageran) tidak akan mengakhiri pandemik Covid 19 dan memulihkan ekonomi.
Bagi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kedua-dua idea tersebut tidak wajar diteruskan atau diterima sebagai penyelesaian kemelut yang dihadapi negara.
Katanya, darurat mahupun Mageran akan menggugat keyakinan pelabur dalam dan luar negeri untuk menanam modal.
“Setelah ketua-ketua parti mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang di-Pertuan Agong, pelbagai pandangan dikemukakan. Kami dalam Pakatan Harapan (PH) dan saya baca juga kenyataan presiden Umno amat jelas, menolak darurat, adakan sidang Parlimen segera dan dasar yang jelas untuk meringankan beban rakyat, dalam masa kita hadapi kemelut malapetaka Covid 19.
“Soal apa yang kita bicarakan dengan Agong tidak boleh dikatakan secara terbuka namun pendirian boleh dinyatakan secara terbuka kerana ada orang yang mengambil kesempatan ini, umpamanya untuk mencelah. Bila ditanya berkenaan darurat, tidak setuju. Tetapi setuju pula dengan Mageran di bawah kerangka darurat.
“Jangan kita korbankan untuk jaga kepentingan, menjadi satu kuasa diktator untuk menyangkut kuasa padahal tiada alasan munasabah untuk menolak demokrasi atau permesyuaratan atau sidang Parlimen.
“Kita kena ingat terus dengan darurat, walaupun alasan menangani masalah Covid, ekonomi kita akan kekal corot. Ekonomi memerlukan keyakinan sama ada pelaburan dalam negara atau pelaburan asing. Untuk kedua ini, harus meyakinkan rakyat dan pelabur bahawa sistem kita stabil. Pemerintahan mempunyai hala tuju yang jelas dan ada kebebasan,” kata Anwar dalam siaran Facebook, malam tadi
Presiden KEADILAN itu tegas menolak pemerintahan darurat ketika ini yang mana undang-undang dibuat tanpa perbahasan, hanya dua tiga kerat orang menentukan nasib 30 juta rakyat dan tidak memungkinkan ekonomi dapat dipacu dengan meyakinkan.
Mengulas mengenai cadangan-cadangan yang diberikan kepada Agong, Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata, beberapa laporan dan kertas cadangan telah diberikan.
“Kita mengemukakan beberapa kertas kajian dan cadangan secara konkrit. Pertama isu menangani masalah Covid 19 jangka panjang yang telah diberikan kepada Jawatankuasa Khas Darurat beberapa ketika dahulu
“Kedua vaksin harus mencukupi, ini banyak disuarakan terutama oleh Tuanku Sultan Selangor mengenai kelewatan, kelembapan pelan vaksin.
“Ketiga, langkah-langkah mengenalpasti kesan ditimpa oleh rakyat dengan beberapa tindakan memperkenalkan PKP, PKPD dan lain-lain. Ini kita siapkan dengan satu rencana panjang yang saya edarkan kepada pihak media (sebelum ini),” katanya.
Anwar juga mengesahkan satu strategi keluar daripada kemuraman ekonomi akibat Covid 19 turut dipersembahkan kepada Agong dan beliau berjanji akan membentangkannya kepada rakyat Malaysia mulai Isnin 14 Jun ini.
“Langkah berikutnya kertas kedua. Kita membicarakan pasca Covid 19. Apa dia exit strategy.
“Strategi keluar dari malapetaka. Dengan kerajaan yang lemah dan tidak absah, ketiadaan cara yang jelas, maka ekonomi tidak mungkin bangun.
“Sebab itu kita kemukakan beberapa strategi, umpamanya selain daripada Covid tetapi tentang bagaimana boleh memanfaatkan kewangan termasuk melalui pinjaman untuk mengurangkan beban rakyat. Hal ini telah dipersembahkan kepada Agong hasil kajian pasukan di bawah Ketua Pembangkang dan diteliti oleh pimpinan PH,” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/06/tolak-darurat-mageran-pastikan-ekonomi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selain Ph Pemimpin Umno Dan Pas Juga Tolak Mageran Dr M

Selain Ph Pemimpin Umno Dan Pas Juga Tolak Mageran Dr M

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 208 hits
Nora Mahpar dan Yasmin Abdul LatifPETALING JAYA Pemimpin empat parti daripada gabungan pemerintah dan pembangkang utama negara menolak cadangan menubuhkan Majlis Gerakan Negara yang diajukan oleh Dr Mahathir Mohamad dan meminta bekas perdan...
Ph Tolak Idea Mageran

Ph Tolak Idea Mageran

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 276 hits
Idea penubuhan Majlis Gerakan Negara sebuah majlis eksekutif dianggotai campuran ahli politik dan bukan politik yang memerintah dalam situasi Darurat sebagaimana dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir semalam ditolak sebulat suara oleh Pakatan Ha...
Umno Tolak Darurat Parlimen Wajar Bersidang Zahid

Umno Tolak Darurat Parlimen Wajar Bersidang Zahid

papar berkaitan - pada 11/6/2021 - jumlah : 160 hits
Firdaus AzilJun 10 2021 Ahmad Zahid berkata tanpa Proklamasi Darurat pun Kerajaan masih mempunyai kemampuan untuk menguruskan soal berkaitan COVID 19 serta isu isu lain yang berkaitan Astro AWANI Shahir OmarKUALA LUMPUR UMNO mengambil pendi...
Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

Darurat Gagal Selamatkan Nyawa Dan Ekonomi Kata Najib Razak

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 184 hits
Bringing down the government so that Pakatan Harapan can take over with the help of Umno is NOT going to bring the Covid 19 statistics down The truth is the Covid 19 cases and deaths can be reduced if Malaysians can be more disciplined The ...
Pakatan Harapan Tolak Cadangan Tubuh Mageran

Pakatan Harapan Tolak Cadangan Tubuh Mageran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 341 hits
PH menolak candangan penubuhan Majlis Gerakan Negara seperti pada 1969 yang dibawa bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad PH sebaliknya sekali lagi menggesa penguatkuasaan darurat ditamatkan dan Parlimen kembali bersidang Sebagai parti y...
Mageran Mekanisme Di Bawah Darurat Tidak Selaras Dengan Perlembagaan Aziz Bari

Mageran Mekanisme Di Bawah Darurat Tidak Selaras Dengan Perlembagaan Aziz Bari

papar berkaitan - pada 13/6/2021 - jumlah : 132 hits
POSTED BY AMIR WRLRMajlis Gerakan Negara atau Mageran bukanlah sesuatu yang boleh diwujudkan di luar kerangka darurat Hal itu tidak sebagaimana dipropagandakan oleh paksi yang menyokong pendekatan penubuhan Mageran yang membayangkan badan t...
Ph Tolak Mageran Kerana Prinsip Dan Bukan Siapa Ketuai Mageran

Ph Tolak Mageran Kerana Prinsip Dan Bukan Siapa Ketuai Mageran

papar berkaitan - pada 12/6/2021 - jumlah : 163 hits
Ada seorang peguam cap ayam pro atok dia tulis jika PH tolak cadangan atok untuk adakan Mageran adakah PH boleh terima Mageran jika Agong lantik Anwar ketuai Mageran Jawapannya mudah PH tolak Mageran kerana prinsip bukan siapa ketuai Magera...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp