Macamana Pati Myanmar Bangla Nepal Boleh Jadi Tauke
JIKA sebelum ini mereka hanya bekerja di kilang, restoran atau tapak pembinaan, namun sekarang sudah menjadi ahli perniagaan dengan menjual pelbagai barang.
PATI sepatutnya tidakboleh menjalan sebarang aktiviti niaga apatah lagi memiliki perniagaan. Kebanyakan pandatang selain PATI yang datang ke Malaysia atas permit bekerja di sektor yang spesifik. Mereka mesti bekerja dengan orang, bukan jadi tauke.
Hanya pendatang professional dan mempunyai skill yang datang mungkin bekerja dalam profesion yang agak berbeza dari pendatang tanpa skill.
Kita sebagai rakyat Malaysia tidak menghalang hak asasi manusia untuk hidup dan bekerja cuma yang mereka perlu bekerja mengikut kebenaran dan permit yang telah ditetapkan.
Sebagai contoh semua pandatang yang diambil bekerja di Jepun diletakkan dalam sau asrama yang khas dan bekerja dalam industry yang dikehendaki sahaja. Mereka tidak bebas sesuka hati tinggal di mana-mana atau bekerja dimana-mana tanpa mengikut majikan yang telah ditetapkan oleh pihak Jepun. Sekiranya pendatang ini tinggal lebih lama dari tempoh visa yang ditetapkan, mereka akan dihantar pulang. Wajib.
Berbeza dengan di Malaysia kita lihat pendatang ini masuk menderu-menderu samada melalui pintu yang sah atau tidak. Tiada pemantauan yang berterusan terhadap mereka serta tindakan yang dibuat sebaiknya tamat tempoh mereka bekerja disini.
Tanpa perasaan malu atau segan silu mereka boleh pula berniaga sendiri dan menjadi tauke. Kerajaan sepatutnya memelihara kebajikan rakyat terlebih dahulu sebelum menutup sebelah mata terhadap kebanjiran pendatang asing yang tidak terkawal.
Suatu program menaikkan semula minat rakyat Malaysia dalam sector yang dianggap profesion bawahan atau kotor ini perlu dibina bagi membendung kekosongan pekerja dibidang-bidang seperti pembersihan, pembinaan, perladangan perlu dimulakan dari sekarang. Bidang ini perlu diberi branding yang baru, disediakan latihan serta skim gaji yang menarik bagi membawa minat anak muda untuk menyertai bidang pekerjaan yang halal ini.
Tiada penyertaan rakyat tempatan bermakna, industry akan terus menerus bergantung kepada pekerja asing yang sebenarnya tidak menjanjikan penyelesaian total. Ini adalah kerana rakyat asing tidak ada rasa tanggungjawab mendalam terhadap negara dan ada yang berkerja separuh jalan dan hilang serta menyertai pekerjaan yang lain pula. Kemudian pekerja asing baru diambil dan direkrut pula. Kemasukan baru ini tidak akan habis-habis dan tiada penghujungnya.
Kecelaruan pendatang asing ini memberi pandangan kepada umum dan antarabangsa terhadap langkah kawalan pihak berkuasa kerajaan Malaysia terhadap anasir-anasir luar yang menjalar dalam masyarakat.
Pemantauan dan kawalan yang lebih ketat perlu dikenakan terhadap keberadaan pendatang asing yang ada di Malaysia.
Berita lanjut dibawah bukti menunjukkan bagaimana pendatang asing PATI tanpa izin bermaharajalela tanpa segan silu dan tiada rasa hormat terhadap undang-undang kerajaan Malaysia.
Baca lanjut di: www.msn.com
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://affiliatesecretfornewbie.com/macamana-pati-myanmar-bangla-nepal-boleh-jadi-tauke/