Macam Silap Taktik Tu Abah Din


 

Muhyiddin Yassin mahu masyarakat Cina menyokong Bersatu yang dipimpinnya. Namun beliau tahu orang Cina tidak suka PAS, pasangan Bersatu dalam Perikatan Nasional. Bukan setakat tidak suka, rata-rata masyarakat Cina tidak percaya, bimbang, dan takut akan PAS (saya tekankan “rata-rata” atau dalam lain perkataan “secara am” orang Cina tidak gemar PAS walaupun dalam parti itu ada satu sayap yang dianggotai orang bukan Islam). Tetapi Muhyiddin perlukan PAS untuk membantu partinya melawan Umno untuk menjadi jagoan orang Melayu-Islam. Ini kita semua tahu.
Kesimpulannya Muhyiddin mahu sokongan orang Cina dan mahu sokongan orang PAS. Dua-dua beliau mahu demi kelangsungan politik. Lantas Muhyiddin cuba mententeram dan menenangkan kegusaran orang Cina terhadap PAS dengan menggambarkan kepada orang Cina bahawa PAS tidaklah se-ekstrem seperti yang mereka fikirkan. Strateginya pada hemat saya ialah tenangkan orang Cina dan pada masa yang sama “make PAS look good”.
Lalu berkatalah Muhyiddin pada satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina di Johor tempoh hari: ”Ada orang Cina takut PAS. Takut cerita potong potong potong”. Tetapi katanya, semasa beliau menjadi Perdana Menteri dahulu, ada tiga menteri daripada PAS. Begitu juga kerajaan sekarang ada tiga Menteri PAS dan beberapa Timbalan Menteri PAS.
“Ada dengar dia (PAS) cerita potong potong? Tak ada lagi cerita. Pasal bila PAS sudah jadi kerajaan dia faham dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada Islam, ada Buddhist, ada Hindu, dia kena jaga.”
Jelas kata-kata itu bertujuan mereda atau kalau boleh menghapuskan kebimbangan orang Cina terhadap PAS dan kerjasama Bersatu dengan parti itu. “Potong potong, potong” yang beliau katakan itu merujuk kebimbangan orang Cina terhadap hudud yang PAS (khususnya pada masa lalu) desak dilaksanakan.
Adakah kata-kata Muhyiddin itu berkesan? Adakah orang Cina sudah boleh menerima PAS setelah mendengar “penjelasan” Muhyiddin? Lihat reaksi mereka menerusi ruangan komen di portal-portal berita yang mengiringi laporan ucapan Muhyiddin itu.
Ada yang kata memang sudah tidak dengar PAS kata “potong potong” tetapi parti itu pada pandangan mereka tetap “ekstrem”. Mereka memberi contoh tindakan dan kenyataan pemimpin PAS berhubung penjualan arak dan judi yang menurut mereka “dipaksa” ke atas orang bukan Islam.
Lebih membimbangkan mereka ialah pendirian PAS mengenai pertukaran agama terutama membabitkan kanak kanak bawah umur. Bagi PAS kanak-kanak boleh memeluk Islam dengan izin hanya salah seorang ibu bapa mereka. Ibu ATAU bapa boleh, kata PAS. Menurut Perlembagaan izin ibu DAN bapa diperlukan untuk pertukaran agama dilaksanakan.
Kata orang Cina bukan sekadar hudud yang mereka bimbangkan. Langkah-langkah yang pada pandangan mereka menuju ke arah ‘mentalibankan’ negara amat menakutkan.
Seorang kawan saya keturunan Cina berkata hudud dan segala bentuk pentadbiran yang pada kaca mata PAS “cara Islam” akan dilaksanakan apabila PAS berkuasa mutlak atau parti itu menguasai gabungan politik yang memerintah negara. Kata beliau, orang Cina bukan antiislam tetapi interpretasi PAS mengenai Islam “menakutkan”.
Apa yang dapat difahami ialah masyarakat Cina percaya ada banyak cara untuk PAS melaksanakan impian dan perancangan parti itu – “there’s more than one way to skin a cat”.
Bermacam pandangan lagi yang mereka utarakan. Kesimpulannya, kata-kata Muhyiddin untuk mententeramkan masyarakat Cina supaya menerima PAS, tidak berhasil.
Pada masa yang sama, kata-kata Muhyiddin itu memberi kesan kepada PAS sendiri. Teliti semula apa yang beliau katakan: “Ada dengar dia cerita potong potong? Tak ada lagi cerita. Pasal bila dia (PAS) sudah jadi kerajaan dia faham, dia kena ambil kira ini ada Cina, Melayu, India. Ada agama Islam, ada Buddhist, ada Hindu dia kena jaga”.
Adakah ini bermaksud semasa PAS tidak duduk dalam kerajaan, parti itu tidak faham, tidak ambil kira ada Cina, Melayu dan India? Adakah ertinya semasa di luar kerajaan PAS tidak tahu ada agama Islam, Buddhist, Hindu yang mereka kena jaga?
Perlu ditanya juga adakah kenyataan Muhyiddin itu boleh membawa erti apabila PAS sudah selesa duduk dalam kerajaan, segala aspirasi termasuk pendirian parti itu dalam pelaksanaan hudud sudah diketepi malah dilupakan?
Secara kebetulan (atau sebaliknya) PAS pun sudah lama tidak berbicara mengenai hudud dan juga RUU 355 yang dahulunya tidak henti-henti dilaungkan.
Beberapa hari lalu pula Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man apabila ditanya media mengenai kata-kata Muhyiddin (dan juga Dominic Lau, Presiden Gerakan, yang bersama PAS duduk dalam Perikatan Nasional) mengelak menyentuh isu hudud.
Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air meminta media menumpukan soalan kepada isu air dan tandas sesuai dengan tujuan lawatannya ke Kelantan selaku menteri Kabinet.
Tuan Ibrahim dipetik media berkata: “Saya fikir kita selesaikan isu air dulu. Isu yang kita bawa kali ini adalah isu yang walaupun orang sebut tandas, dari segi impak kesihatan ia sangat besar. Sebab itu kalau boleh kita fokus yang ini dulu.”
Benar isu air dan tandas mempunyai impak kesihatan yang besar. Namun, apa yang juga nyata ialah Tuan Ibrahim tidak mahu dilihat menempelak Muhyiddin, walaupun kenyataan bekas Perdana Menteri itu songsang dengan pendirian PAS.
Akhirnya, dalam usaha Muhyiddin mahu dekatkan orang Cina dengan PAS, beliau secara sedar atau tidak menjauhkan Melayu sendiri daripada PAS, khususnya penyokong tegar perjuangan parti itu.
Apa pun, yang ingin diperkatakan ialah ucapan Muhyiddin ketika berkempen untuk undi Cina tempoh hari bagai langkah sumbang. Ia tidak dapat memikat hati orang Cina dan pada masa yang sama melukai hati PAS dan menyukarkan parti pimpinan Abdul Hadi Awang itu.
Teringat peribahasa Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran”. Jangan jadi macam itu sudah…  - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/03/macam-silap-taktik-tu-abah-din.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Watak Macam Tu Lakonan Dikritik Over Ramai Back Up Kim Taeri Dalam Twenty Five Twenty One

Dah Watak Macam Tu Lakonan Dikritik Over Ramai Back Up Kim Taeri Dalam Twenty Five Twenty One

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 160 hits
Boleh tahan popular Twenty Five Twenty One kini kan Meskipun meraih rating yang baik kerana menggabungkan pelkon popular dan plot yang padat drama ini tanpa sengaja menerima sedikit kritikan baru baru ini Katanya lakonan Kim Tae ri dan Kim ...
Hiburan Dah Macam Syarat Sah Solat Pulak Masjid Tetapkan Syarat Lengkap Booster Baru Boleh Masuk

Hiburan Dah Macam Syarat Sah Solat Pulak Masjid Tetapkan Syarat Lengkap Booster Baru Boleh Masuk

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 157 hits
Semalam tular video memaparkan beberapa jemaah Masjid yang kecewa kerana niat mereka untuk solat jumaat secara berjemaah di masjid terhalang Menerusi video yang dimuat naik di laman ramai yang mempersoalkan syarat baru yang dikuatkuasakan p...
Senyum Sama Macam Papa Tak Kekok Di Dapur Gelagat Anak Shukri Yahya Curi Perhatian

Senyum Sama Macam Papa Tak Kekok Di Dapur Gelagat Anak Shukri Yahya Curi Perhatian

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 128 hits
Si comel Aaira Ameena anak sulung kesayangan pasangan selebriti Shukri Yahaya dan Tya Adnan sering sahaja mencuri perhatian wargamaya dengan aksi comelnya Setiap kali muncul di Instagram ibu dan bapanya ada sahaja gelagat comelnya bersama a...
Imun Bayi Tak Sama Macam Kita Tak Perlu Cium Elakkan Perkara Ni Kalau Ziarah Bayi

Imun Bayi Tak Sama Macam Kita Tak Perlu Cium Elakkan Perkara Ni Kalau Ziarah Bayi

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 154 hits
Disaat negara dilanda jangkitan Covid 19 yang tidak berkesudahan adalah disarankan untuk kita berjaga jaga dan sentiasa menjaga SOP lebih lebih lagi ketika menziarahi bayi baru lahir Paling penting tak perlulah memegang jauh sekali mencium ...
Tak Macam Dulu Melodrama Kini Penuh Kisah Curang Luahan Lee Jungjae Dipersetujui Ramai

Tak Macam Dulu Melodrama Kini Penuh Kisah Curang Luahan Lee Jungjae Dipersetujui Ramai

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 141 hits
Perasan tak bahawa kebanyakan naskhah melodrama melibatkan pasangan pertengahan usia sering menyelitkan elemen kecurangan Disebabkan itu kata kata Lee Jung jae ketika program You Quiz On The Block kembali menjadi sebutan ramai Ulasnya Ianya...
Resepi Nugget Ayam Homemade Rasa Macam Kat Kedai Mudah Nak Buat Anak Confirm Berebut

Resepi Nugget Ayam Homemade Rasa Macam Kat Kedai Mudah Nak Buat Anak Confirm Berebut

papar berkaitan - pada 25/2/2022 - jumlah : 127 hits
Nugget memang antara makanan kesukaan anak anak Kalau nak lebih sihat sebaiknya mama buat sendiri di rumah menggunakan bahan bahan mudah Paling best boleh buat banyak banyak dan simpan Tiap kali anak nak makan tinggal goreng sahaja Confirm ...
Macam Inilah Kalau Hidup Bermadu Suami Belikan Vellfire Untuk 4 Isterinya

Macam Inilah Kalau Hidup Bermadu Suami Belikan Vellfire Untuk 4 Isterinya

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 138 hits
The ReporterTidak semua wanita yang mahu suaminya diambil orang tetapi jika ditakdirkan suaminya memilih untuk berpoligami maka terpaksalah menerima ketentuan itu Suka atau tidak bersedialah dari segi mental dan fizikal Si suami juga perlu ...
Tak Nak Vaksin Terpulang Jangan Berlagak Macam Tuhan Uyaina Arshad Selar Komen Golongan Anti Vax Type Palatao

Tak Nak Vaksin Terpulang Jangan Berlagak Macam Tuhan Uyaina Arshad Selar Komen Golongan Anti Vax Type Palatao

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 172 hits
Tak nak vaksin Terpulang Jangan berlagak macam Tuhan Uyaina Arshad selar komen golongan Anti Vax type palataoPelakon Uyaina Arshad 30 baru baru ini dilaporkan positif Covid 19 dan mengalami gejala teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospi...
Tak Pernah Lagi Malaysia Jadi Negara Separiah Macam Ini

Tak Pernah Lagi Malaysia Jadi Negara Separiah Macam Ini

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 232 hits
MOHD SHAH RIMWisma Putra lembab Menteri lembab macam siput negara lain dah arahkan rakyat dan diplomat meninggalkan Ukraine nilah nasib rakyat Msia dibawah rejim kerajaan sekarang KERANA ITU RAKYAT PERLU SERAHKAN MANDAT PADAPAKATAN HARAPAN
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Ppim Sedia Bantu Cari Penyelesaian Harian Metro 17 05 2024



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri

Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq