Dah Watak Macam Tu Lakonan Dikritik Over Ramai Back Up Kim Taeri Dalam Twenty Five Twenty One
Boleh tahan popular “Twenty Five, Twenty One” kini kan?
Meskipun meraih rating yang baik kerana menggabungkan pelkon popular dan plot yang padat, drama ini tanpa sengaja menerima sedikit kritikan baru-baru ini.
Katanya, lakonan Kim Tae-ri dan Kim So-hyun yang membawa watak Na Hee-do ketika remaja dan dewasa menerima kecaman sesetengah penonton.
Kim So-hyun yang merupakan pelakon veteran dalam dunia muzikal sepertinya tidak sesuai berlakon di dalam drama. Ini kerana nada suara, ekspresi wajah dan gerak geri yang berlebihan membuatkannya nampak seperti sedang berlakon di dalam muzikal.
Muncul kali terakhir di dalam drama menerusi “The King” pada 15 tahun lalu, rata-rata penonton menganggap bahawa pihak produksi “Twenty Five, Twenty One” tersilap pilih pelakon untuk membawa watak Na Hee-do ketika dewasa.
Bukan itu sahaja, Kim Tae-ri yang dikenali dek lakonan yang hebat turut terpalit dengan kritikan apabila dikatakan sedikit ‘over’ apabila menggambarkan watak Na Hee-do ketika remaja. Kritikan diberikan buat nada suara tinggi serta ekspresi wajah yang tidak selari dengan dialog yang dilontarkan. Pun begitu, ramai yang turut menyalahkan pihak produksi kerana membina watak Na Hee-do seperti itu.
Walau bagaimanapun, kebanyakan penonton sepertinya tidak bersetuju dengan kritikan yang dilemparkan. Malah mereka menyukai lakonan yang ditonjolkan oleh Kim Tae-ri,
Kim Tae-ri ialah pelakon yang baik. Cuma Na Hee-do yang bermasalah.
Kemahiran lakonan Kim Tae-ri sangat baik. Kim So-hyun nampak sedikit janggal namun tidak memberi kesan memandangkan babaknya hanyalah sedikit sahaja.
Apa yang awak cakap ni? Kim Tae-ri sangat hebat berlakon.
Kim Tae-ri nampak seperti pelajar sekolah sebenar di dalam drama ini. Dia sangat comel!
Secara peribadi, Kim Tae-ri merupakan pelakon yang bagus namun saya memahami mengapa ada yang tak sukakan lakonannya.
Saya sukakan Kim Tae-ri, tapi saya tak sukakan wataknya di dalam drama ini.
Suaranya apabila dia menjerit agak menjengkelkan. Selain itu, saya menyukai semuanya tentang drama ini.
Ianya agak berlebihan semasa episod pertama, namun ianya kelihatan semakin natural kini.
Apa pula pendapat korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://kimchidaily.my/dah-watak-macam-tu-lakonan-dikritik-over-ramai-back-up-kim-taeri-dalam-twenty-five-twenty-one/