Macam Mana Nak Tahu Mimpi Tu Betul Atau Tidak
Macam mana nak tahu mimpi tu betul atau tidak? | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini aku nak bercerita tentang mimpi. Mesti korang pun pernah atau tertanya-tanya, macam mana nak tahu mimpi itu benar atau tidak? Selalu kita akan dengar, yang mimpi itu hanyalah mainan tidur, namun tahukah korang, yang ada mimpi membawa maksud tertentu?
Mimpi benar atau mainan tidur? Tidak aku nafikan, ada mimpi yang sekadar mainan tidur. Tak membawa maksud apa-apa. Contohnya, jika fikiran kita selalu memikirkan sesuatu perkara, tidak mustahil ianya akan terbawa-bawa hingga ke dalam mimpi.
Contoh fikirkan kerja yang tak pernah habis. Fikir punya fikir, sampai terbawa dalam mimpi. Kemudian kita pun fikir, mesti ada maksud yang tersirat ni sebab mimpi kan? Dalam keadaan ini, mimpi itu hanyalah sekadar mainan tidur sahaja ya.
Namun ada mimpi yang memberi maksud tertentu. Dan ianya sememangnya terjadi. Dan macam mana nak tahu mimpi itu benar atau tidak? Ha, hari ini aku nak kongsikan dengan semua. Dan jika semua ini ada, maka, ada benarlah mimpi korang itu membawa maksud ya.
Macam mana nak tahu mimpi tu betul atau tidak? Baik, biasa kalau kita bercerita mengenai mimpi, mesti orang akan Tanya, kau terjaga dari tidur pukul berapa? Kerana katanya, kalau mimpi sebelum subuh itu benar? Persoalan sekarang, betul ke? Dan apakah mimpi selepas subuh itu tidak benar?
Dan menjadi persoalan lagi, mimpi yang benar pada pukul berapa? Banyak persoalan kan? Jadinya aku kongsikan 6 tanda mimpi itu benar, hasil perkongsian daripada seorang ustaz terkenal.
#1. Dalam keadaan berwuduk
Baik, point pertama nak tahu mimpi tu betul atau tidak, adalah korang dalam keadaan berwuduk. Makna kata, sebelum tidur tu, korang ada ambil wuduk, atau mungkin baru lepas solat dan terus tidur. Dan jika ini berlaku, makna, mimpi korang adalah benar dan membawa maksud yang tersirat.
#2. Tidak dalam keadaan hadas besar.
Dah mandi wajib ke belum? Kalau belum, maknanya mimpi korang itu sekadar mainan tidur sahaja. Jika badan kita tidak bersih, pastinya banyak benda benda tidak elok suka dekat kan?
#3. Lepas mimpi terus terjaga
Habis sahaja mimpi tu, terus terjaga! Dan biasanya, boleh kata waktu kita terjaga tu mesti awal pagi kan? Dan apakah mimpi pada awal pagi itu adalah benar? Kalau betul, maknanya mimpi sebelum subuh itu benar la kan? Sabar, sila baca point seterusnya
#4. Mesti berlaku tengah malam ke atas
Kita semakin menghampiri kepada point, mimpi sebelum subuh adalah benar. Macam mana nak tahu mimpi tu betul atau tidak, adalah mimpi tersebut berlaku pada tengah malam ke atas.
#5. Ingat mimpi itu sampai bila-bila
Dan aku sebenarnya suka dengan point no 5 ini. Nak tahu mimpi itu betul atau tidak adalah kita akan ingat mimpi itu sampai bila-bila. Tak lupa sedikit pun. Kalau kita mimpi sesuatu pada hari semalam, dan hari ini, kita lupa akan mimpi tersebut, maka boleh jadi mimpi itu tidak membawa apa-apa makna dan mimpi itu hanyalah mainan tidur sahaja.
#6. Mimpi yang berulang-ulang.
Dan selepas kita mampu ingat semua mimpi kita itu dan mimpi tersebut sentiasa berulang-ulang, pastinya ada sesuatu yang Allah ingin sampaikan kepada kita. Bertanyakanlah kepada alim ulama akan pertanda tersebut, dan mohon pandangan daripada mereka.
Jika ianya sesuatu yang tidak elok, mohon Allah jauhkan. Dan jika ianya adalah perkara yang baik, Mohon Allah permudahkan, insyaAllah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mrejoy.com/2021/04/macam-mana-nak-tahu-mimpi-tu-betul-atau.html