Ke Eco Lagi Cari Wallpaper Nak Pasang Wallpaper Di Mana Tu
Sambung misi pasang wallpaper dinding untuk area tempat makan pula. Mood mr hubby tengah rajin. Jadi boleh lah proceed pasang wallpaper dinding kat area situ pula. Hehe. K.fiezz nak deko wallpaper di area tempat makan ni sebab (sila rujuk gambar di bawah). Kadang-kadang k.fiezz ada buat shoot video atau tangkap gambar juga area tempat makan ni. Senang nak letak handphone atas meja cuma background tak cantik sebab dinding kosong. Bila adjust sikit, nampak bahagian bawah tu yang macam cat dah tanggal.
Tu yang sebab k.fiezz nak pasang wallpaper dinding kat area tempat makan ni. Haritu dah pasang wallpaper bilik. Dah ada lah experience pasang wallpaper. Cewah. Padahal baru sekali tu pasang. Nak kata susah, tak lah susah sangat. Nak kata senang pun, tak lah senang. Just nice lah orang putih cakap. Kena teliti sikit masa nak tanggalkan gam di bahagian belakang wallpaper masa nak lekat ke dinding. Tu je lah. Overall okey je nak pasang wallpaper ni.
CARI DI ECO
Seperti biasa, cari wallpaper kedai ECO saja. Murah & banyak juga pilihan. Walaupun kawan ofis & adik k.fiezz beritahu di Ninso lagi banyak pilihan. Memandangkan di kawasan rumah k.fiezz ni tak tahu kat mana entah ada Ninso. Jadi kita cari di ECO saja lah. Dah tahu kat situ. Situ je lah kita tuju. Di ECO area rumah k.fiezz ni banyak juga pilihan wallpaper. Pening juga lah nak memilih corak yang mana senang nak pasang.
Masa nak beli wallpaper kedai ECO untuk pasang area meja makan ni, mr hubby tak turun. Tunggu dalam kereta. K.fiezz je masuk ECO. Eh. Pening juga lah hai nak pilih yang mana berkenan di hati & nak pasang tu tak susah sangat. Pilih punya pilih. Pilihan k.fiezz. Jom check it out.
Sebelum
Selepas. Halaaaaa...Boleh kurang lah pula. Tak cukup 2 side sebelah sana & sini (dalam gambar)
Total k.fiezz beli mula-mula 6 roll je. Jadi kena beli 1 roll lagi baru cukup. Duk harap lah dalam hati corak ni ada lagi sebab beli wallpaper ni dah 2 minggu. Jadi tak tahu lah kisahnya tak cukup pula. Nasib masa pasang wallpaper area tempat makan ni hari Sabtu. Esoknya Ahad, terus ke ECO semula cari design ni. Nasib baik banyak lagi ada. Legaaaa...Kalau tak lopong lah kat area yang tak cukup tu.
Tadaaa.. Selepas. Dah tambah 1 roll lagi. baru cukup keseluruhan dinding.
Cantik ke tidak?
Honestly corak yang ni k.fiezz tak berkenan. haha. Tapi udah pasang weiii & sendiri yang pilih. #pasrah je lah konsepnya. K.fiezz pilih corak ni sebab ada antara warna-warna dia sama dengan dinding sebelah. Dinding kat situ tak pasang wallpaper jadi tak matching pula dengan warna wallpaper yang pasang di area tempat makan ni. Masa pilih wallpaper ni memang k.fiezz kena imagine juga dinding sebelah yang tak pasang wallpaper. Dari banyak pilihan wallpaper k.fiezz pilih corak ni walaupun tak berapa berkenan sebabkan warna dia ada yang sama dengan dinding sebelah.
Tapi tak kisah lah kan. Lagipun sebab asal pasang wallpaper nak tutup area yang tak berapa nak cantik di situ. Apapun yeayyyy dah pasang wallpaper dinding area tempat makan ni. Boleh lah video shoot atau photoshoot kat area situ sebab background dah elok dari sebelum ni. Dah rasmi pun semalam video shoot kat situ. Sejenis tak menyabor. hehe.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.fiezasani.xyz/2021/03/Ke-ECO-Lagi-Cari-Wallpaper-Nak-Pasang-Wallpaper-Di-Mana-Tu.html