Macai Najib Serang Kerana Kebodohan
Berdedai machai Najib serang post aku yang pasal penyamun tu. Marah betul dorang. Padahal aku tak mention nama siapa-siapa pun. Aku tulis penyamun je. Kenapa dorang rasa aku tulis pasal Najib? Sebab dorang sendiri anggap Najib penyamun ke?
Sesungguhnya aku seronok bila machai Najib serang posting aku. Sebab itu bererti posting aku memberi kesan. Mereka terasa akan kebenarannya. Kalau tak, takkanlah meroyan begitu sekali. Jadi kepada machai Najib, teruskanlah menyerang.
Sebenarnya semalam masa pergi beraya, ada satu rumah tu tengah tengok drama di tv. Cerita tentang seorang penipu yang disayangi orang kampung. Aku tulis pasal cerita tu. Mana aku sangka machai Najib anggap yang Najib tu penyamun. Hahaha...
Kemudian ada yang tanya, banyak ke duit aku kena samun dek Najib. Hahaha... Inilah contoh golongan ketiga yang aku sebut dalam posting aku tu. Dia sendiri tak sedar dia disamun sebab dapat dua tiga biji durian sedangkan kebunnya sedang diceroboh.
Najib curi dana SRC. Yang ini dah disabitkan oleh mahkamah. Najib bersalah. Jadi bukan fitnah ya. Dana SRC tu guna duit kerajaan. Kerajaan tu adalah rakyat. Rakyat pula adalah kita. Bukan pemerintah. Jadi bila dana kerajaan dicuri, itu bermakna duit kita yang dicuri.
Duit yang sepatutnya dilaburkan untuk perkara yang menguntungkan rakyat, seperti sekolah, hospital, projek yang boleh menambah peluang kerja atau juga subsidi dan bantuan kepada rakyat, digunakan untuk dia bermewah-mewah. Oleh itu, duit itu tak dapat disalurkan kepada rakyat. Tak rasa disamun?
Bila dana negara dicuri, kerajaan perlukan lebih duit. Jadi diperkenalkan GST. Maka rakyat pun terpaksa membayar lebih untuk barang yang kurang. Tak cukup dengan itu subsidi juga dikurangkan dan ada yang ditarik. Lupa ke harga petrol berapa masa tu?
Masih tak rasa duit kita dicuri? Duit yang patutnya kita belanja untuk beli kelengkapan bagi keluarga kita, terpaksa kita beri kepada kerajaan. Kalau dulu RM100 cukup seminggu, jadi tak cukup. Itu juga satu bentuk kecurian. Takkan tak terasa?
Sebab tu aku kata, penyamun disamun kerana ramai rakyat yang bodoh. Dan aku kata rakyat itu bodoh kerana tak sedar diri mereka disamun.
Akhir sekali, mereka bangkitkan nama Mahathir. Yang ini aku gelak. Betul machai Najib tak ikut perkembangan politik semasa. Majoriti penyokong PH bencikan Mahathir. Kecuali ada segelintir yang tahap bodohnya sama macam machai Najib.
Sebab itu aku menolak idea khemah besar. Nama Mahathir adalah ibarat cela di wajah PH. Selagi nama itu melekat dengan PH, selagi itu PH akan tampak jelek dan ditolak rakyat. Kalau PH mahu bangkit, PH kena tunjuk mereka tolak Mahathir.
Pemimpin PH kena selar Mahathir secara terbuka. Biar semua rakyat baca. Isytihar perang kepada pasukan Mahathir seperti mana mereka isytiharkan perang terhadap DS Anwar. Dengan itu barulah PH dapat bebas dari sumpahan nama Mahathir ini.
Selagi itu tidak dibuat, Mahathir akan jadi perosak kepada usaha untuk memikat rakyat. Cuba tengok Mahiaddin. Nama Mahiaddin tak ada pun dikaitkan dengan PH. Kenapa? Kerana jelas pemimpin PH tunjukkan kebencian kepadanya.
Lebih kemas, Najib sendiri serang Mahiaddin walau pun ketika itu BN menyokong Mahiaddin. Kerana Najib tak mahu kebodohan Mahiaddin merosakkan identitinya. Itu baru namanya politik. Bukan macam apa yang sesetengah pemimpin PH buat!
Sayangnya pemimpin PH terlalu takut untuk tolak idea khemah besar. Yang berani cuma Rafizi dan Nurul Izzah. Tapi mereka bukan pemimpin utama parti. Kalau begini, jangankan 2 PRU, 2 dekad pun belum tentu PH dapat memerintah kembali. Sebab itu penting untuk jadikan Rafizi pemimpin utama PH. Guane boh?
Raja Gelap
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2022/05/macai-najib-serang-kerana-kebodohan.html