M Kewangan Keliru Nyatakan Fakta Tepat Seperti Ap Pasir Mas



Hutang langsung K’jaan Pusat hampiri RM1 bilion

SAYA telah menerima jawapan bertulis dari Menteri Kewangan berhubung soalan yang telah dikemukakan mengenai jumlah terkini hutang negara. Fokus soalan adalah berkaitan dengan hutang langsung sahaja dan tidak termasuk liabiliti lain seperti jaminan kerajaan, hutang 1MDB serta inisiatif kerjasama awam swasta atau inisiatif pembiayaan swasta. 

Berdasarkan jawapan Menteri Kewangan tersebut, hutang langsung Kerajaan Persekutuan sehingga akhir bulan Jun 2019 adalah berjumlah RM799.1 bilion (52.7 peratus daripada KDNK). Peningkatan sebanyak RM58.1 bilion berbanding tahun 2018 iaitu RM741 bilion (51.2 peratus daripada KDNK). Jumlah pinjaman kasar keseluruhan sejak 1 Januari 2018 hingga 30 Jun 2019 ialah RM212.9 bilion. 

Daripada RM212.9 bilion itu, sejumlah RM54 bilion telah diterbitkan sebelum PRU Ke-14. Saya mengandaikan ia adalah untuk membiayai defisit fiskal pada tahun 2018 (3.7 peratus daripada KDNK). Sebanyak RM77.6 bilion telah diterbitkan selepas 9 Mei 2018 hingga akhir Disember 2018. Ia bertujuan untuk membayar pokok hutang yang telah matang bagi tahun 2018. 

Selanjutnya, sejumlah RM81.3 bilion pula diterbitkan sepanjang enam bulan pertama 2019. Mengapa Kerajaan Persekutuan membuat pinjaman sebanyak RM81.3 bilion tersebut? Berikut adalah perincian berdasarkan kepada jawapan yang telah diberikan oleh Menteri Kewangan; 
a.Bayaran Pokok Hutang Matang (Jan ‘19 – Jun ‘19) RM23.2 bilion b.Pre-Funding Hutang Akan Matang (Jul ’19 – Dis ’19) RM35.7 bilion c.Biaya Defisit Fiskal (Jan ‘19 – Jun ‘19) RM22.4 bilion Saya mengandaikan Kerajaan Persekutuan akan membuat lagi pinjaman kasar (terbitan hutang) lebih kurang RM29.5 bilion untuk membiayai baki defisit fiskal bagi enam bulan kedua 2019 bagi melengkapi anggaran awal keseluruhan iaitu sebanyak RM51.9 bilion (3.4 peratus daripada KDNK). 

Walau bagaimanapun, saya juga ingin merujuk kepada siaran media Menteri Kewangan bertajuk, “Sasaran Defisit Fiskal Bagi Tahun 2019” yang bertarikh 2 November. Saya ingin memetik kenyataannya pada paragraf yang keempat; 

“Untuk tempoh Januari – Oktober 2019, Kerajaan telah menerbitkan RM121 bilion hutang langsung secara kasar. Ia merangkumi Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) bernilai RM51.5 bilion, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) bernilai RM50.5 bilion, Bil Perbendaharaan bernilai RM11.5 bilion dan instrumen-instrumen lain termasuk Bon Samurai bernilai RM7.5 bilion. Pada masa yang sama, Kerajaan telah menebus RM61.7 bilion, Kerajaan telah menebus RM61.7 bilion…” 

Saya membuat dua perbandingan dalam Jadual 1 seperti di bawah. Pertama, jawapan bertulis yang diberikan kepada saya, manakala yang kedua siaran media Menteri Kewangan. 
Berdasarkan kepada perbandingan tersebut, kerajaan perlu memberi penjelasan berapakah sebenarnya jumlah penebusan yang telah dan akan dibayar pada tahun 2019? Mengapa terdapat dua perbezaan ketara dalam penjelasan yang diberikan oleh Menteri Kewangan? 

Bagi memenuhi sasaran defisit fiskal berjumlah RM51.9 bilion pada tahun 2019, Kerajaan Persekutuan memerlukan lagi RM14.2 bilion dan ia menjadikan jumlah keseluruhan pinjaman kasar adalah RM135.2 bilion. Jumlah ini jauh berbeza berbanding kiraan awal berdasarkan jawapan bertulis yang telah diberikan iaitu lebih kurang RM110.8 bilion. Perbezaan tersebut kerana jumlah penebusan yang sepatutnya dibayar pada tahun 2019. 

Sekiranya Kerajaan Persekutuan komited untuk memenuhi sasaran pinjaman bersih RM51.9 bilion, mengapa pula jumlah hutang langsung pada akhir Suku Ketiga 2019 (September) telah mencecah RM804.8 bilion? Jumlah semasa ini membuktikan pinjaman bersih Kerajaan Persekutuan telah mencecah RM63.8 bilion atau defisit 4.2 peratus daripada KDNK. 

Isu hutang langsung Kerajaan Persekutuan perlu dijelaskan dengan sistematik oleh Menteri Kewangan. Penyelarasan data perlu dilakukan supaya maklumat yang disampaikan kepada rakyat betul dan tepat. Artikel ini bukan menyanggah tetapi menuntut penjelasan dari Menteri Kewangan. 

Ia berasaskan kebimbangan saya bahawa sekali lagi Menteri Kewangan keliru dalam menyatakan fakta yang tepat seperti isu wang pendahuluan kepada Kerajaan Kelantan pada tahun 2018 di mana awal tahun ini beliau nyatakan dalam jawapannya kepada saya bahawa jumlah wang pendahuluan kepada Kelantan tahun 2018 ialah RM22.5 juta namun dalam kenyataannya yang ‘bertajuk panjang itu’ baru-baru ini dinyatakan sebanyak RM91.5 juta. 

AHMAD FADHLI SHAARI 
Ahli Parlimen Pasir Mas 
19 Disember 2019 – HARAKAHDAILY 19/12/2019



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/12/mkewangan-keliru-nyatakan-fakta-tepat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Benar Misteri Restoran Sate Ghaib Lebuhraya Pasir Mas Salor Berhampiran Kubur Ujit

Kisah Benar Misteri Restoran Sate Ghaib Lebuhraya Pasir Mas Salor Berhampiran Kubur Ujit

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 3580 hits
Misteri Restoran Sate Ghaib Lebuhraya Pasir Mas Salor Berhampiran Kubur Ujit Kubur Ujit Di sinilah wujudnya Restoran Sate Enak milik makhluk halus di laluan Lebuh raya Pasir Mas Salor Misteri laluan Lebuh raya Pasir Mas Salor pernah terjadi...
Hiburan Ingin Melancong Ke Lokasi Yang Unik Seperti Lanzhou Gansu Ikuti Pengalaman Seorang Jurugambar Dari Malaysia Ini

Hiburan Ingin Melancong Ke Lokasi Yang Unik Seperti Lanzhou Gansu Ikuti Pengalaman Seorang Jurugambar Dari Malaysia Ini

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 328 hits
Pernah tak anda teringin untuk melancong ke sebuah lokasi percutian yang unik dan lain daripada yang lain Mungkin ada yang belum pernah terdengar lagi tentang Lanzhou wilayah Gansu di China ini Untuk yang belum familiar dengan tempat ini ja...
Widi Vierratale Akui Hubungannya Dengan Kevin Aprilio Seperti Suami Istri

Widi Vierratale Akui Hubungannya Dengan Kevin Aprilio Seperti Suami Istri

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 424 hits
Vokalis band Vierratale Widi mengatakan bila hubungannya dengan Kevin Aprilio sudah seperti suami istri
Pengemudi Bus Kini Berseragam Seperti Pilot

Pengemudi Bus Kini Berseragam Seperti Pilot

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 272 hits
Direktur Jenderal Perhubungan Darat Kementerian Perhubungan Budi Setiyadi menyebutkan dengan adanya seragam tersebut diharapkan para pengemudi akan menjadi lebih bangga terhadap profesinya
Najib Pak Lah Tak Hina Kaum India Cina Seperti Tun M

Najib Pak Lah Tak Hina Kaum India Cina Seperti Tun M

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 310 hits
Datuk C Sivarraajh KUALA LUMPUR Ketika kempen PRU 14 rata rata pengundi dalam kalangan Cina dan India begitu teruja apabila Tun Dr Mahathir Mohamad mahu kembali menerajui negara sebagai perdana menteri semula Malah setiap kesilapan terdahul...
Kita Boleh Jadi Seperti Uyghur Jika Parti Cauvinis Kuasai Negara

Kita Boleh Jadi Seperti Uyghur Jika Parti Cauvinis Kuasai Negara

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 376 hits
Ikut sejarah komunis dan evangelis amat bermusuh dengan IslamBANGI 24 Rabiulakhir 1441H Sabtu Tidak mustahil umat Islam di Malaysia akan menerima nasib sama seperti etnik minoriti Islam Uyghur di China sekiranya parti cauvinis menguasai sep...
Kereta Ini Kelihatan Seperti Terbalik Tetapi Boleh Bergerak

Kereta Ini Kelihatan Seperti Terbalik Tetapi Boleh Bergerak

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 302 hits
Kereta ini pun kelihatan sangat unik kerana bila dilihat kereta tersebut seperti kereta yang terbalik dengan kedudukan roda di bahagian atas Dalam modivikasi ini si pemilik juga membuat roda bahagian bawah hampir tidak kelihatan jadi apabil...
Lumpuh Selepas Ambil Air Tulang Belakang Itu Mitos Kaedahnya Sama Seperti Epidural

Lumpuh Selepas Ambil Air Tulang Belakang Itu Mitos Kaedahnya Sama Seperti Epidural

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 457 hits
Kebanyakkan ibu bapa akan merasa sangat risau apabila doktor memberitahu akan mengambil air tulang belakang anak kerana khuatir anak akan lumpuh setelah prosedur dijalankan Proses pengambilan air tulang belakang adalah bertujuan untuk menge...
Wp Kpk Ingin Dewas Punya Integritas Seperti Artidjo Alkostar Dan Albertina Ho

Wp Kpk Ingin Dewas Punya Integritas Seperti Artidjo Alkostar Dan Albertina Ho

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 207 hits
WP KPK menyambut baik jika dua nama yang beredar yaitu Pak Artidjo Alkostar dan Ibu Albertina Ho akan menjadi Dewan Pengawas yang ditunjuk Presiden Jokowi
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti

Petua Mengatasi Rambut Gugur Secara Tradisional

Kalendar Kuda 2025 Kalendar Akademik Sesi 2025 2026 Cuti Sekolah Cuti Perayaan Bagi Sekolah Seliaan Kpm