Lumpuh Selepas Ambil Air Tulang Belakang Itu Mitos Kaedahnya Sama Seperti Epidural


Kebanyakkan ibu bapa akan merasa sangat risau apabila doktor memberitahu akan mengambil air tulang belakang anak (lumbar puncture) kerana khuatir anak akan lumpuh setelah prosedur dijalankan. 
Proses pengambilan air tulang belakang adalah bertujuan untuk mengenal pasti jenis kuman/penyakit yang menyerang anak/pesakit.
Lumbar puncture adalah merupakan satu prosedur perubatan. Ia tidak melibatkan sebarang pembedahan.
Air tulang belakang dikeluarkan dengan cara memasukkan jarum khas yang sangat kecil pada bahagian bawah tulang belakang untuk mengesahkan penyakit yang berkaitan dengan otak dan saraf tunjang yang merupakan sebahagian dari sistem saraf pusat.
Air tulang belakang yang dikeluarkan tidak akan berkurangan kerana ia sentiasa dihasilkan di dalam otak.

Gambar 1: Kawasan di mana lumbar puncture dilakukan
Sumber: NHS website
Mitos berkaitan Lumbar Puncture. Adakah ia akan menyebabkan seseorang itu lumpuh?
Lumbar puncture seringkali dikaitkan lumpuh atau tidak boleh berjalan sesudah ia dilakukan. Kepercayaan ini sangat mendalam terutamanya pada generasi-generasi lama.
Apa yang berlaku sebenarnya, penyakit-penyakit yang melibatkan otak dan saraf tunjung itu sendiri yang berpotensi untuk menyebabkan lumpuh, terutamanya jika lambat dirawat atau rawatan yang kurang tepat diberikan. Penyakit-penyakit yang berkaitan otak dan saraf tunjang inilah yang memerlukan lumbar puncture dijalankan untuk tujuan diagnosia.
Jika terdapat sebarang keraguan, sila berbincang dengan doktor anda untuk penerangan yang lebih lanjut. Mereka sedia membantu terutamanya dalam memberikan rawatan yang terbaik kepada anda dan juga mereka yang anda sayang. Ia mungkin boleh menyelamatkan nyawa.
Adakah prosedur lain yang sekan-akan Lumbar Puncture?
Ada.
Prosedur ‘Lumbar puncture’ adalah sama dengan pemberian bius separuh badan (Spinal Anaesthesia) dan seakan-akan ‘Epidural Anaesthesia” yang diberikan semasa melahirkan anak.
Jika ramai yang memilih untuk ‘Epidural Anaesthesia’ dan Spinal Anasthesia, tidak ada sebab anda perlu takut dengan ‘Lumbar puncture’
Bilakah doktor akan menasihatkan untuk menjalani pemeriksaan “Lumbar Puncture”?
Apabila doktor mengesyaki ada peyakit berkaitan dengan otak dan saraf tunjang. Contohnya:
-Jangkitan pada otak/selaput otak (meningitis, encephalitis) yang diakibatkan oleh bakteria, virus, parasit atau kulat)
-Lymphoma
-Leukemia
-Kanser otak
-Inflamasi pada salur darah otak (vasculitis)
-Penyakit ‘auto-immune’ seperti Multiple sclerosis, Neuromyelitis Optica
Lumbar puncture juga boleh digunakan untuk tujuan perawatan untuk pemberian ubat kemoterapi dan antibiotic dalam kes-kes tertentu.
Apakah yang dilakukan dengan air tulang belakang yang diambil?
Ia akan dihantar ke makmal untuk dianalisa untuk mengesahkan penyakit-penyakit berkaitan otak dan saraf.
Bagaimanakah prosedur ini dilakukan?
Prosedur biasanya dilakukan di dalam ward atau sebagai rawatan harian ‘daycare’
Biasanya pesakit akan berbaring di atas katil dalam keadaan mengiring. Tetapi ia juga boleh dilakukan dalam keaadan duduk dan tunduk sedikit kehadapan untuk membuka ruang diantara tulang belakang.

Sumber: Atlas ADAM
Pesakit biasanya dalam keaadan sedar. Doktor akan menerangkan bagaimana prosedur dilakukan dan kebenaran bertulis akan diambil.
Bahagian bawah belakang akan dibersihkan menggunakan cecair antiseptik khas dan ubat bius setempat akan diberikan secara suntikan di kawasan bahagian bawah tulang belakang. Selepas kawasan tersebut menjadi kebas, doktor akan memasukkan jarum khas di kawasan tersebut. Kebanyakan pesakit tidak akan merasai sebarang kesakitan tetapi masih boleh merasai pergerakkan jarum semasa ia dimasukkan.
Apabila sampel air tulang belakang sudah didapati, tekanan air di dalam otak akan diukur dan sampel akan diambil dan dihantar ke makmal untuk mengesahkan penyakit-penyakit yang disenaraikan seperti soalan 4.

Sumber: Sampel di sebelah kiri merupakan contoh air tulang belakang yang normal dan di sebelah kanan merupakan cecair tulang belakang yang tidak normal
Setelah sampel didapati, jarum akan dikeluarkan semula dan plaster akan dilekatkan dikawasan tersebut. Pesakit dikehendaki berbaring dan tidak digalakkan berjalan dan duduk selama 4-6 jam selepas prosedur selesai dilakukan.
 
Pemeriksanan CT scan kepala juga biasanya akan dilakukan sebelum ‘lumbar puncture’ dilakukan untuk memastikan keselamtan prosedur ‘lumbar puncture’ tersebut.
Sumber: Wikipedia
Adakah ia menyakitkan?
Tidak. Ubat bius setempat akan diberikan sebelum presedur ini dilakukan
Berapa lama masa untuk prosedure ini dilakukan?
Biasanya sekitar 30-45 minit.
Apakah persedian yang perlu dilakukan oleh pesakit sebelum dan selepas prosedur?
Pesakit diminta bertenang dan dinasihatkan untuk ke tandas untuk membuang air dahulu kerana selepas prosedur mereka tidak digalakkan untuk bergerak.
Lebih mudah sekiranya terdapat ahli keluarga/ penjaga yang menemani selepas prosedur dilakukan.
Sila beritahu doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang alahan terhadap ubat bius sebelum prosedur dilakukan
Apakah risiko-risiko “Lumbar puncture”?
Secara umumnya ‘lumbar puncture’ adalah selamat dan risiko untuk komplikasi serius berlaku adalah sangat rendah. Sebelum presedur dilakukan doktor akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan risiko-risiko dari berlaku.
Risiko-risiko yang boleh berlaku termasuklah:
-Sakit kepala (biasanya untuk sementara waktu sahaja)
-Kebas pada bahagian belakang atau kaki (biasanya untuk sementara waktu sahaja)
-Pendarahan atau jangkitan pada tempat prosedure dilakukan (sangat jarang)
-Kegagalan untuk mendapatkan sampel
Bilakah kepututusan untuk “lumbar puncture” boleh diperolehi?
Keputusan Lumbar punture biasanya boleh diperolehi kurang dari 48 jam untuk ujian yang biasa. Untuk ujian-ujian yang khas, biasanya masa yang lebih lama diperlukan bergantung kepada jenis-jenis ujian tersebut
Rujukan:
Johns Hopkins Medicine Health Library.
ADAM Atlas of Anatomy, Cambridge University Press
National Health Institute (NIH) official website
Sumber: Myhealth  PORTAL KKM, Dr.Ahmad Shahir b. Mawardi
The post Lumpuh Selepas Ambil Air Tulang Belakang Itu Mitos, Kaedahnya Sama Seperti Epidural appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/lumpuh-selepas-ambil-air-tulang-belakang-itu-mitos-kaedahnya-sama-seperti-epidural/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemeriksaan Air Tulang Belakang

Pemeriksaan Air Tulang Belakang

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 509 hits
Apa itu lumbar puncture Lumbar puncture adalah merupakan satu prosedur perubatan Ia tidak melibatkan sebarang pembedahan Air tulang belakang dikeluarkan dengan cara memasukkan jarum khas yang sangat kecil pada bahagian bawah tulang belakang...
Nenek Lahirkan Bayi Selepas 46 Tahun Kerana Mitos Zuriat Jadi Batu

Nenek Lahirkan Bayi Selepas 46 Tahun Kerana Mitos Zuriat Jadi Batu

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 453 hits
Pelik Seorang wanita di Casablanca Moroko didakwa hamil sehinggalah melahirkan bayinya 46 tahun kemudian Zahra Aboutalib dilaporkan hamil sejak tahun 1955 namun dia tidak pernah memeriksa kandungannya kepada pasukan perubatan tempatan Pada ...
Padah Kerap Guna Telefon Sambil Baring Mengiring Tulang Belakang Wanita Ini Membengkok

Padah Kerap Guna Telefon Sambil Baring Mengiring Tulang Belakang Wanita Ini Membengkok

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 499 hits
Pasti ramai di luar sana yang menghabiskan banyak masa terluang dengan bermain telefon Lebih lebih lagi ketika sedang berbaring dan mengiring Kadang kadang sehingga berjam jam masa dihabiskan begitu sahaja hanya dengan bermain telefon Kesel...
Atasi Masalah Badan Bongkok Dengan 4 Senaman Asas Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang

Atasi Masalah Badan Bongkok Dengan 4 Senaman Asas Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 1298 hits
Badan Bongkok Lakukan 4 Senaman Asas Ini Untuk Tegakkan Semula Tulang Belakang Badan anda mula membongkok Sudah seringkali kita diingatkan supaya menjaga postur badan kita dengan betul terutama sekali apabila kita melakukan kerja berjam jam...
Etnik Uighur Menangis Lambai Kaabah Sayu Pulang Ke Tanah Air Selepas Tunai Umrah

Etnik Uighur Menangis Lambai Kaabah Sayu Pulang Ke Tanah Air Selepas Tunai Umrah

papar berkaitan - pada 19/12/2019 - jumlah : 339 hits
Sumber gambar dari Nikkei Asian ReviewSama seperti masyarakat muslim dinegara lain etnik Uighur turut menunaikan ibadah umrah ke Tanah Suci Namun apa yang menyayat hati keatas etnik ini adalah penindasan yang berlaku keatas mereka di tanah ...
Jalan Mula Dipenuhi Air Selepas Hujan Lebat Viral Keadaan Kota Tinggi Di Johor Dilanda Banjir

Jalan Mula Dipenuhi Air Selepas Hujan Lebat Viral Keadaan Kota Tinggi Di Johor Dilanda Banjir

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 1023 hits
Banjir yang melanda sekitar kawasan Kelantan dan Terengganu seakan telah reda Namun kawasan di sekitar Johor pula telah mengalami hujan lebat di beberapa kawasan Ekoran daripada hujan lebat yang melanda di negeri Johor beberapa kawasan di s...
Parti Komunis Dan Dap Itu Sama Lucunya Kata Abdullah Cd

Parti Komunis Dan Dap Itu Sama Lucunya Kata Abdullah Cd

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 388 hits
BERITAWAWANCARA Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya menyifatkan persepsi sesetengah rakyat Malaysia yang menyamakan parti itu sama dengan DAP adalah perkara lucu Bekas pengerusi PKM Abdullah CD melalui jurucakapnya Indrajaya Abdullah berkat...
Selepas 6 Bulan Susu Sahaja Tak Cukup Untuk Tampung Keperluan Anak Sebab Itu Makanan Diperkenalkan Kepada Bayi

Selepas 6 Bulan Susu Sahaja Tak Cukup Untuk Tampung Keperluan Anak Sebab Itu Makanan Diperkenalkan Kepada Bayi

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 282 hits
Memberi makan bayi baru lahir adalah cabaran besar kerana keperluan pemakanan mereka berubah mengikut masa Anda perlu memberi perhatian kepada setiap perubahan kecil dalam bayi anda dan memastikan bahawa makanan yang anda sediakan untuknya ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp