Mereka Boleh Guna Sesuka Hati Faceapp Miliki 150 Juta Data Muka Dan Nama Pengguna Ini Bahaya Yang Ramai Tak Tahu
Korang perasan tak sekarang ramai yang ‘main’ FaceApp, malah siap share lagi kat media sosial
FaceApp ni kira boleh tunjukkan muka korang waktu dah tua lah dalam bahasa mudahnya
Memetik Forbes, aplikasi yang kini viral itu memiliki lebih daripada 150 JUTA data muka dan nama pengguna
Aplikasi FaceApp membolehkan pengguna untuk mengubah mimik muka, rupa bentuk dan terbaru perubahan rupa bila menginjak usia. Tapi sedar atau tidak pada masa sama pengguna dah memberi ‘kebenaran’ kepada FaceApp untuk menggunakan gambar korang untuk apa-apa tujuan mereka..Alamak camne ni
Menurut statistik lebih 100 juta pengguna dah download aplikasi tersebut dari Google Play dan FaceApp kini dah jadi top-rank app kat iOS App Store di 121 negara
Tapi kawan-kawan semua, tahukah korang yang gambar yang korang guna untuk FaceApp itu membolehkan mereka untuk guna bagi apa-apa sahaja tujuan selama mana yang dorang nak
Lebih teruk lagi korang takkan dapat satu sen pun royalti pada gambar yang diberikan tu jika mereka guna untuk promosi mereka, seperti yang dilaporkan page Public Health Malaysia ni
Mesti korang pelik, kenapa pulak tak boleh nak claim? Guna gambar kitorang kot. Well kalau itu yang korang persoalkan, baca ni
Ianya terkandung di dalam terma dan syarat- syarat penggunaan aplikasi tersebut
You grant FaceApp a perpetual, irrevocable, nonexclusive, royalty-free, worldwide, fully-paid, transferable sub-licensable license to use, reproduce, modify, adapt, publish, translate, create derivative works from, distribute, publicly perform and display your User Content and any name, username or likeness provided in connection with your User Content in all media formats and channels now known or later developed, without compensation to you. When you post or otherwise share User Content on or through our Services, you understand that your User Content and any associated information (such as your [username], location or profile photo) will be visible to the public.
Bagaimanapun korang tak perlu risau sebab pihak FaceApp tampil untuk menjelaskan perkara sebenar
Aplikasi yang dibangunkan syarikat Rusia, Wireless Labs itu kenyataannya mengatakan bahawa FaceApp tidak mempunyai akses kepada foto pengguna di dalam telefon tanpa kebenaran
Malah mereka katakan kebanyakan foto pengguna akan dipadam daripada server dalam tempoh 48 jam setelah ia dimuat naik
Mereka juga menafikan yang pihaknya telah menjual atau berkongsi sebarang maklumat kepada pihak ketiga
Justeru, pihak FaceApp mengesyorkan kepada pengguna, untuk penggunaan yang lebih baik, pengguna boleh memilih “Settings->Support->Report a bug” dengan perkataan “privacy”
Tapi semua ni terpulang kepada individu, kalau korang rasa okay je continue je lah. Admin tak halang, just nak berkongsi info untuk semua je okay
Sumber: Lobakmerah.com
from Sehinggit Media https://ift.tt/2LzGsmy
via Merah Hati Cintaku
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://merahhaticintaku.blogspot.com/2019/07/mereka-boleh-guna-sesuka-hati-faceapp.html