Lutfi Pejuang Media Bebas Negara



Allahyarham menghadiahkan 
buku barunya kepada saya.
BELASUNGKAWA 
SEORANG demi seorang rakan penulis dan wartawan telah pergi menyahut panggilan Ilahi. Jelang pagi tadi, kira-kira jam 2.30 pagi, seorang lagi rakan dan teman penulisan politik telah dipanggil pulang ke Rahmatullah. 

Sdr Ahmad Lutfi Othman rakan seperjuangan pernah duduk sebumbung menerbitkan akhbar Siasah, telah pergi menyahut panggilan Ilahi saat jemaah sedang berwukuf di Arafah. Al Fatihah. 
Allahyarham Lutfi tutup usia dalam 59 tahun, tepat pada hari kelahirannya 9 Julai 1963. Beliau menghembuskan nafas terakhir di hospital Uitm Puncak Alam, Selangor.
Kira-kira tiga bulan lalu, tepatnya 10 April 2022, teman dan rakan sepenulisan Norzah Kepol yang mengusahakan akhbar Buletin Rakyat telah meninggal dunia. Norzah adalah satu-satu wartawan dan penulis buku politik wanita yang rajin. 
Lama sakit. 
Lutfi sudah lama menderita sakit kencing manis sehingga terpaksa menjalani hemodialisis tiga kali seminggu. Beliau dimasukkan ke hospital Sungai Buluh kerana masalah jantung. Sebelum ini beliau pernah menjalani pembedahan jantung. 
Disebabkan jangkitan kuman, menyebabkan beliau terpaksa dipindah ke hospital Uitm di Puncak Alam untuk mendapat rawatan lanjut. 
Beliau yang kerap berulang alik ke hospital ekoran masalah kencing manis dan sebelumnya jantung. Kemasukannya ke hospital kali ini agak lama kira-kira sebulan, kerana jangkitan kuman. Kerana masalahnya kritikal beliau terpaksa ditidurkan untuk merehatkan bagi membolehkan hemodialisis dijalankan. 
Tiga hari lepas, Rabu, saya sempat menziarahinya. Ketika itu beliau sedar daripada ditidurkan tetapi keadaanya sangat lemah. Bagaimana pun beliau sedar dan dapat berintraksi dengan pelawatnya. Beliau sedar dan dapat mendengar suara dan memberi reaksi. Paling menyayukan saat tangan kami bergenggaman antara satu sama lain, dia seperti sukar untuk melepaskannya. 
Tidak sangka kunjungan saya itu adalah kali terakhir, bertemu dan berintraksi dengannya, dan persalaman kami persis persalaman perpisahan.
Menurut anak lelaki sulongnya Luqman, ayahnya sempat menjalani hemodialisis selama empat jam, tetapi keadaanya tidak banyak berubah. Hinggalah jam 2:27 pagi tadi penulis kelahiran Kedah itu menghembuskan nafas terakhir. 
Sentimental.

Saya menghadiahkan buku baru
saya ketika itu kepadanya.Beliau meninggalkan seorang isteri Siti Hawa bersama empat orang cahaya mata, Luqman, Syafik, Omar dan Nurin. Anak kedua Allahyarham Syafikah telah kembali lebih awal pada 1 Ramadhan 2005. Kematian puteri keduanya sangat meninggalkan kesan buatnya sehinggakan setiap tahun beliau akan menyediakan tulisan "tribute" buat Syafikah. Lutfi seorang yang berjiwa sentimental.
Seperti para seniman dan penulis lain, Lutfi pergi tanpa meninggalkan apa-apa harta dan kekayaan. Beliau juga tidak mempunyai atau sempat mempunyai zuriat yang ramai. Belum seorang pun anaknya berumah tangga. Namun apa yang membanggakan beliau banyak meninggalkan khazanah berupa buku-buku politik yang dihasilkan sejak awal meninggalkan kampus sekitar tahun 1987. Buku-buku itulah menjadi legasinya. Buku-buku peninggalan itulah kenangan dan harta buatnya. 
Buku terakhir beliau, Revolusi Tanpa Darah yang diterbitkan 2019. Dalam masa menjadi penerbit, beliau juga berkhidmat dengan akhbar Harakah media Pas sebagai Editor. Perkembangan Harakah ini banyak diusaha olehnya. Semasa beliau memegang jawatan inilah, Harakah menjadi satu-satunya akhbar milik pembangkang yang menyaingi jumlah edaran akhbar arus perdana khasnya diera Reformasi.  
Dalam dunia penulisan politik dan penerbitan, nama Lutfi sebaris dengan nama-nama sasterawan dan penyair agung negara yang dianugerahkan berbagai gelaran. Penglibatannya dalam dunia penulisan seharusnya diikhtiraf. Beliau boleh dinobatkan sebagai pelopor kewartawanan dan penerbitan media bebas Malaysia. 
Sepanjang hayatnya beliau tidak pernah berkerja dengan media mainstream, dan bertindak menerbit akhbar dan majalah tidak berkala sendiri. Semua penerbitannya mengkritik pemerintah, khasnya dalam menuntut kebebasan bersuara.  Pendirian Lutfi sangat jelas beliau seorang penulis dan karyawan media yang indenpendent. Sifat yang menjadi rupa dirinya ialah sifat tegas dan tidak mudah gentar menghadapi cabaran birokrasi. Sepanjang dia mengusahakan akhbar bebas (no permit) beberapa kali beliau naik turun ke mahkamah.
Membalik sejarah pengenalan saya dengan beliau, bermula pada tahun 1986, ketika itu saya bekerja di Mingguan Islam. Beliau yang merupakan aktivis siswa yang mempertahankan isu purdah di UTM, sering kali berjumpa dengan saya untuk minta menyiarkan artikel dan tulisan-tulisannya. Diwaktu ini beliau sudah mempamerkan minatnya dalam dunia penulisan dan mengkritik pihak senat universiti yang mengharamkan pemakaian purdah. 
Keberanian dan kegigihan Lutfi terserlah ketika melawan senat dalam isu purdah ini. Gara-gara memperjuangkan purdah inilah beliau bersama lapan siswa lain dipecat dari universiti ketika berada di tahun akhir dalam jurusan Kejuruteraan Awam. 
Ketika beliau sedang berhadapan dengan tindakan kampus, saya pernah memberi nasihat kepadanya agar menumpukan kepada pengajian terlebih dahulu sebelum berjuang. Namun beliau seorang yang mempunyai pendirian dan prinsip, apa yang saya sebut itu hanya diangguk sahaja tetapi tidak sedia akur. 
Seperti dikatakan, saya sempat berada di satu bumbung dengan beliau semasa menerbitkan akhbar Siasah (2004).  Apabila beliau diminta kembali untuk menguruskan Harakah, akhbar Siasah ditinggalkan kepada saya kemudian bergabung bersama Zulkifli Sulong.
Lutfi bagi saya seorang yang berprinsip, tidak mudah tunduk dengan tekanan. Disebalik sifatnya pendiam, berjiwa sentimental dia miliki sekeping hati  "bugis" menyakini apa yang diperjuangkan dan tidak sedia berkompromi dengan ketidakadilan khasnya menghalang kebebasan bersuara dan halangan untuk mendapatkan permit penerbitan. Lutfi adalah lambang pejuang kebebasan bersuara dan media bebas Malaysia. 
Semoga apa yang telah diperbuat dan ditinggalkan untuk negara dan dunia ini akan diperkirakan Allah sebagai imbuhan pahala buat menghadapi Rabul Jalil. Takziah, Amin.  [wm.kl.1:39 pm 09/07/2022]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/07/lutfi-pejuang-media-bebas-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berakhirlah Sakit Ahmad Lutfi Tapi Deritanya Menuntut Media Bebas Kitalah Yang Menanggung

Berakhirlah Sakit Ahmad Lutfi Tapi Deritanya Menuntut Media Bebas Kitalah Yang Menanggung

papar berkaitan - pada 10/7/2022 - jumlah : 279 hits
NOOR AZAM SHAIRI July 9 2022Ahmad Lutfi Othman sudah lama sakit Bertahun tahun dia menanggungnya berulang alik ke hospital selang dua atau tiga hari sekali untuk cuci darah Selepas mencuci darah kerana buah pinggangnya bermasalah dia akan s...
Bank Negara Bebas Laksana Dasar Monetari Termasuk Opr Kata Menteri

Bank Negara Bebas Laksana Dasar Monetari Termasuk Opr Kata Menteri

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 265 hits
Bank Negara bebas laksana dasar monetari termasuk OPR kata menteri Dikemas kini 18 minit yang lalu Diterbitkan pada 7 Jul 20
Protes Kembalikan Subsidi Di Jalan Raya Cemarkan Imej Negara

Protes Kembalikan Subsidi Di Jalan Raya Cemarkan Imej Negara

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 272 hits
bharian com myOleh Julai 7 2022 2 31pm Flash mob protes kenaikan harga barang di Johor Bahru semalam NSTP NUR AISYAH MAZALANKuala Terengganu Desakan menuntut kerajaan supaya mengembalikan subsidi barangan makanan anjuran parti politik di te...
Umno Youth Objects To Bank Negara S Interest Rate Hike

Umno Youth Objects To Bank Negara S Interest Rate Hike

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 177 hits
Umno Youth does not support Bank Negara s decision to raise interest rates and expressed doubt if doing so would affect inflation Wing leader Asyraf Wajdi Dusuki said although the increase appeared minimal the effects on society were huge A...
Mengapa Naikkan Opr Bank Negara Sebulan Sekali

Mengapa Naikkan Opr Bank Negara Sebulan Sekali

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 173 hits
Mengapa naikkan OPR Bank Negara sebulan sekali Posted By on July 08 2022Kenaikan kadar dasar semalaman oleh Bank Negara Malaysia yang diumumkan semalam dikritik oleh Angkatan Muda KEADILAN Cabang Kemanan Terengganu Menurut kenyataan AMK Kem...
Patriot Bangsa Dan Negara Vs Penyamun Duit Rakyat

Patriot Bangsa Dan Negara Vs Penyamun Duit Rakyat

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 222 hits
Untung dan cari kekayaan dengan perniagaan secara jujur dan telus
Hentikan Ketirisan Dana Negara Putrajaya Diberitahu

Hentikan Ketirisan Dana Negara Putrajaya Diberitahu

papar berkaitan - pada 9/7/2022 - jumlah : 181 hits
Kerajaan perlu memastikan semua jenis bantuan dan insentif kepada rakyat sampai kepada golongan sasar dan tidak disalahguna kata Pertubuhan Ikram Malaysia PETALING JAYA Sebuah badan bukan kerajaan menggesa kerajaan untuk mencegah semua keti...
Kurang Guna Gajet Rahsia Kejayaan Anjanaa Cipta Rekod Dunia Namakan 230 Bendera Negara Kurang 5 Minit

Kurang Guna Gajet Rahsia Kejayaan Anjanaa Cipta Rekod Dunia Namakan 230 Bendera Negara Kurang 5 Minit

papar berkaitan - pada 7/7/2022 - jumlah : 242 hits
Hebatnya si kecil ini Baru berusia lapan tahun tetapi Anjanaa Rhea Ganeson berjaya menembusi Rekod Dunia Kanak kanak Kanada dan Buku Rekod Dunia Jackhi India apabila membuat catatan masa terpantas bagi mengenal pasti 230 bendera negara dala...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya