Jangan Politik Kepentingan Menjaga Keselamatan Rakyat


Manzaidi Mohd Amin Dr. Asmah razalli 
KUALA LUMPUR – Pergerakan Wirawati Putra Malaysia kesal sikap sesetengah pihak mempersoalkan tindakan pasukan keselamatan tidak membenarkan bot yang membawa sejumlah pelarian Rohingya mendarat ketika negara sibuk menangani serangan wabak pandemik Covid-19.

Apa yang dilakukan polis, anggota tentera dan Imigresen itu adalah tanggungjawab mereka memantau sebarang aktiviti pencerobohan bagi memastikan kedaulatan dan keamanan negara terjaga.

Ketuanya, Dr. Asmah Razalli berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan lagi, Malaysia telah menutup sempadan antarabangsa dari kemasukan pelancong asing demi memutuskan rantaian Covid-19.

Hasilnya kata beliau, Malaysia antara negara yang berjaya mengawal peratusan peningkatan kes Covid-19 dan setakat ini masih mengekalkan kadar kematian minimum berbanding negara lain.
“Ini satu pencapaian mengkagumkan dan penahanan serta tindakan dari sebarang bentuk pencerobohan sempadan negara di perairan antarabangsa harus dipuji.

“Malaysia tidak memerlukan risiko tambahan wabak dari segi faktor kesihatan dan bebanan kewangan jangka panjang yang memerlukan penjagaan serta pembelaan setiap pelarian yang datang tanpa diundang.

“Malaysia juga tidak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 mahupun Protokol 1967, sekali gus tidak mempunyai rangka kerja perundangan atau pentadbiran yang mengawal status dan hak pelarian,” katanya kepada media, hari ini.

Semalam, Duta Majlis Rohingya Eropah ke Malaysia, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi menggesa kerajaan Malaysia mempertimbangkan semula keputusan menolak sekumpulan kira-kira 200 etnik Rohingya dalam sebuah bot yang cuba memasuki perairan negara ini.

Beliau turut meminta kerajaan Malaysia mengubah fikiran atas dasar kemanusiaan bagi membolehkan minoriti tertindas itu mendapat perlindungan di negara ini.

Sementara itu, Presiden Organisasi Hak Asasi Manusia Rohingya Myanmar, Malaysia (MERHROM), Jabar Ahmad Abdul Ghani pula meminta Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNCHR) menghulurkan bantuan untuk membantu kira-kira 200,000 pelarian etnik itu yang berada di negara ini.

Menurut Dr. Asmah, sekarang ini bukan masa sesuai untuk barisan hadapan Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan berdepan dengan kerenah atau kelompok pendatang asing tanpa izin (Pati).

Yang pasti, ujar beliau, ia membebankan tanggungjawab pihak berkuasa ketika negara perlu menjaga rakyat sendiri serta mengekang wabak Covid-19 daripada berleluasa.

“Lebih menyedihkan apabila PKPD di beberapa kawasan di Lembah Klang ini adalah kawasan yang majoritinya warga asing bermaustatin seperti Selangor Mansion dan Taman Sri Murni Fasa 2.

“Kita juga dapati 70 hingga 80 peratus Pati yang mendominasi pasar borong Kuala Lumpur dan sekitar Taman Seri Murni Fasa 2 adalah etnik Rohingya dan warga Myanmar.

“Rakyat tempatan mulai kurang senang apabila sesetengah mereka ini tidak mengikut peraturan dan gagal menjaga kebersihan sepanjang PKP dilaksanakan,” katanya.

Kata beliau, satu kes kematian akibat Covid-19 melibatkan warga asing juga meresahkan rakyat mengenai tahap kesihatannya kerana kebanyakan mereka tidak berani membuat saringan disebabkan takut ditangkap.

Beliau memberitahu, Wirawati Putra sentiasa menyokong barisan keselamatan, kesihatan dan pertahanan negara dari diceroboh serta diperlekehkan oleh mana-mana pihak yang tidak tahu menghargai nilai kemanusiaan serta jasa baik kerajaan selama ini terhadap penindasan serta ketidakadilan dunia.

“Kita sentiasa peduli rakyat dan rakyat Malaysia adalah fokus utama parti Putra dalam menjaga kebajikan, kesihatan serta keselamatan tanpa membelakangkan nilai kemanusiaan dunia,” katanya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/jangan-politik-kepentingan-menjaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Muak Cerita Cerita Politik Cara Muhyiddin Menyindir Dan Mula Rimas Terhadap Umno

Rakyat Muak Cerita Cerita Politik Cara Muhyiddin Menyindir Dan Mula Rimas Terhadap Umno

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 339 hits
Setelah hampir dua bulan memegang jawatan Perdana Menteri melalui pengkhianatan tebuk atap kepada PH Muhyiddin Yassin tak semena mena berkata rakyat kini sudah muak mendengar cerita cerita politik Katanya rakyat lebih ingin tahu apa yang di...
Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

Rakyat Sudah Muak Dengan Politik Mahu Kerajaan Selesaikan Covid 19 Dahulu Pm

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 476 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil pendekatan untuk tidak memberi tumpuan kepada soal politik kerana beliau merasakan rakyat sudah cukup muak dengan pertelingkahan yang tidak berkesudahan Ahli Parlimen Pagoh itu be...
Muhyiddin Rakyat Dah Muak Dengar Cerita Politik

Muhyiddin Rakyat Dah Muak Dengar Cerita Politik

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 1072 hits
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata rakyat Malaysia kini sudah muak untuk mendengar cerita cerita politik Menurutnya beliau kini memberi tumpuan dalam menangani krisis Covid 19 berbanding mengulas isu isu politik seperti keabsahan kera...
Anwar Ibrahim Bagaimana Mendidik Rakyat Negara Ini Supaya Mengamalkan Politik Matang Yang Beradab

Anwar Ibrahim Bagaimana Mendidik Rakyat Negara Ini Supaya Mengamalkan Politik Matang Yang Beradab

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 341 hits
Membicarakan tentang maki hamun dan fitnah orang Perlu pertahankan budaya ilmu jika kita tidak bersetuju atau ada sokongan dengan upah maka ianya tidak ada akhlak Saya tidak peduli tentang maki hamun lucah biadab dan sebagainya Tokoh sepert...
Terus Kurung Rakyat Adalah Mudah Tapi Kesusahan Rakyat Jangan Ambil Mudah

Terus Kurung Rakyat Adalah Mudah Tapi Kesusahan Rakyat Jangan Ambil Mudah

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 727 hits
1 Perdana Menteri umum malam tadi PKP disambung 2 minggu lagi selepas 28 April ini 2 Kita terima keputusan kerajaan ini tetapi jangan jadikan ianya satu kelaziman dan rutin Ianya keputusan mudah bagi PM orang2 besar orang2 kaya Tapi ia buka...
Jangan Sia Siakan Pengorbanan Rakyat Psbb Harus Berhasil

Jangan Sia Siakan Pengorbanan Rakyat Psbb Harus Berhasil

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 255 hits
Dara mengingatkan pemerintah untuk melaksanakan dua hal penting supaya PSBB berhasil secara maksimal mengurangi wabah sehingga pengorbanan rakyat yang menderita karena kehilangan penghasilan selama PSBB tidak sia sia
Rakyat Jatuh Miskin Kerajaan Jangan Kedekut

Rakyat Jatuh Miskin Kerajaan Jangan Kedekut

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 380 hits
WALAUPUN sudah dua kali pakej rangsangan diumumkan dalam tempoh 2 minggu namun kesan kelewatan memberi bantuan dan strategi yang tidak menyeluruh sudah meninggalkan kesan kepada rakyat lebih awal dari jangkaan Ramai pekerja sudah hilang mat...
Covid 19 Jangan Sampai Rakyat Hilang Tempat Tinggal Pemuda Umno Tawar Khidmat Nasihat Perundangan

Covid 19 Jangan Sampai Rakyat Hilang Tempat Tinggal Pemuda Umno Tawar Khidmat Nasihat Perundangan

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 376 hits
Nalyaz Dama KUALA LUMPUR Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Nik Saiful Adli Burhan tertarik dengan kenyataan Ketuanya Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki mengenai nasib penyewa rumah yang tidak mempunyai pendapatan pada waktu Perintah Kawalan Pe...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai