Lunch Di Madam Kwan S Johor Premium Outlet



Assalamualaikum...

Sebenarnya sampai- sampai je kami makan dulu....dah ter publish plak entry shopping...gambar yang ni dah masuk dalam draft awal- awal...suami cari ada satu restoran western ntah apa nama dah..xde dah tutup plak katanya...ada steak apa segala la...dia tau bini dia hantu steak...last- last kami makan kat Madam Kwan's ni...dalam hati tertanya- tanya, Madam Kwan's ni masih ada ke..i mean aunty ni masih hidup lagi ke..

Madam Kwan Dari Gunting Rambut ke Pinggan Nasi Lemak
Sambil menikmati Stir Fried Beef Noodle dia yang memang tak pernah mengecewakan, tiba-tiba SA terfikir siapa sebenarnya Madam Kwan ni? Nama dia ada di setiap cawangan, tapi jarang kita tahu kisah sebenar di sebalik wajah yang jadi ikon restoran ni

Jadi SA pun mulalah “mengorek” dari ChatGPT sedikit cerita, dan serius, kisah hidup beliau memang sumber inspirasi

Rupanya Dulu Madam Kwan Seorang Pendandan Rambut
Rupa-rupanya Madam Kwan ni, atau nama sebenarnya Kwan Swee Lian, berasal dari Kluang, Johor. Zaman muda dulu, beliau bukanlah chef atau pemilik restoran pun tapi beliau seorang pendandan rambut

Beliau buka salon kecantikan sendiri sekitar tahun 1950-an, nama salon dia Sakura Salon. Tapi lama-lama, minat memasak tu makin kuat, dan akhirnya beliau ubah salon tu jadi Sakura Café. Dari situlah bermulanya perjalanan beliau dalam dunia makanan

Bermula Dari “Sakura” ke “Madam Kwan’s”
Sakura Café dulu memang terkenal di Johor, ramai pelanggan tetap datang sebab nasi lemak dia sedap gila! Tapi selepas beberapa tahun, restoran tu tutup dan Madam Kwan pun berehat

Tapi semangat dan resepi beliau tak pernah hilang. Pada tahun 1999, anak bongsunya buka restoran Madam Kwan’s untuk meneruskan legasi ibu tersayang. Dari satu cawangan, kini dah ada di merata pusat beli-belah terkemuka seperti Suria KLCC, Mid Valley, Pavilion KL, One Utama… pendek kata, memang jenama Malaysia sejati

Madam Kwan Masih Cergas di Usia Emas
Yang paling SA kagum walaupun sekarang Madam Kwan dah berusia sekitar 90 tahun, beliau masih hidup dan aktif! Masih turun tengok dapur, masih pastikan setiap hidangan ikut resepi asal. 
Serius, bukan senang nak jumpa orang yang begitu teliti dan konsisten macam tu

Hampir 50 Tahun Dalam Dunia Makanan
Kalau dikira dari zaman beliau mula buka Sakura Café tahun 1977, maknanya Madam Kwan dah hampir 48 tahun dalam dunia makanan. Dari gunting rambut ke senduk nasi, perjalanan hidup yang panjang tapi penuh semangat

Sedikit Renungan Santai
Bila SA tahu kisah ni, terus rasa lain bila makan di Madam Kwan’s. Setiap suapan nasi lemak atau makanan lain dari resepinya terasa ada nilai sentimental hasil tangan beliau dan semangat seorang wanita yang tak pernah berhenti berusaha

Kadang-kadang kita tak perasan, di sebalik jenama besar yang kita kenal, ada cerita kecil yang menyentuh hati. Madam Kwan ni lah salah satunya. 
Jom tengok gambar kenangan SA di salah satu outlet Madam Kwan's di Johor Premium Outlet



masa ni tak berapa ramai yang makan...tapi pengunjung silih berganti la..just tak sesak maybe dah lepas peak hour
















Keropok ubi ni sedap...tapi dania habiskan..mama ngan uncle makan 2 keping je..







Stir Fried Beef Noodle -tukar ke Wantan mee for SASedap sama macam dulu...ni menu fav SA.


Nasi lemak Beef Rendang for Dania

Char Kuew Teow for Suami

Cili potong is a must
 Total damage kat sini RM137

Apa SA Belajar dari Kisah Madam Kwan ni?

Bagi SA, kisah  Madam Kwan ni merupakan satu perkongsian yang hebat bahawa tak ada jalan singkat untuk berjaya. Kadang kita mula dari bawah, buat kerja yang orang tak pandang, tapi kalau ada semangat dan keikhlasan, insyaAllah hasilnya akan nampak juga suatu hari nanti

Madam Kwan buktikan yang umur bukan penghalang, dan perubahan bukan sesuatu yang perlu ditakuti. Dari pegang gunting ke pegang senduk, beliau teruskan langkah, dan akhirnya meninggalkan legasi yang membanggakan Malaysia

Dan ya… lepas tahu cerita ni, SA rasa makin semangat nak usaha sehabis baik untuk berjaya, x kisah la bidang apa, kerjaya SA atau minat memasak SA...bukan lah nak jadi kaya raya tapi cukuplah hidup selesa seadanya...mana tau...impian SA nak ada kedai makan jadi kejayaan...mulakan dari bawah kan...nampakkkk....besar impian SA tu tapi banyak benda nak kena belajar dan focus...dulu pernah borak- borak kosong dengan arwah Makcik SA, dia pandai masak lauk- lauk kampung...why not kita meniaga masakan atau lauk pauk...dia pun berminat tapi allah lebih sayangkan dia...impian dia pun terkubur tapi SA yang hidup ni makin bersemangat..cuma belum sampai masa untuk impian tu kita turn jadi kenyataan...InsyaAllah...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.suriaamanda.com/2025/10/lunch-di-madam-kwans-johor-premium.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sampai Jb Dan Singgah Cuci Mata Di Johor Premium Outlet

Sampai Jb Dan Singgah Cuci Mata Di Johor Premium Outlet

papar berkaitan - pada 6/10/2025 - jumlah : 235 hits
Assalamualaikum Lepas amik Dania dalam pukul 12 lebih tu kami teruskan perjalanan Dania masuk masuk kereta je tak sampai 2 min dah lelap erm anak dara tu kan nak borak pun x dan Kami sampai JB dalam pukul 3 lebih rasanya jalan smooth aje ta...
Makan Menu Korea Di Dubuyo Genting Premium Outlet

Makan Menu Korea Di Dubuyo Genting Premium Outlet

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 463 hits
Ini kisah selepas kami berkelah di Khaii Estate Janda Baik bulan lepas Baru nak update hari ini bila terjumpa semula gambar di galeri handphone kak ana Nampak sangat dah kian keemasan usia yer Lupa manjang hehe nbsp Kak ana ni susah sikit n...
Jabatan Meteorologi Mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Ribut Petir Di Pahang Dan Johor Petang Ini

Jabatan Meteorologi Mengeluarkan Amaran Hujan Lebat Ribut Petir Di Pahang Dan Johor Petang Ini

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 511 hits
PETALING JAYA Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat ribut petir serta angin kencang di lima negeri hingga pukul 6 petang ini Menurut MetMalaysia cuaca buruk dijangka melanda Pahang di Tanah Tinggi Cameron Lipis dan Raub manaka...
Johor Bersatu Urges Disciplinary Action Against Wan Saiful

Johor Bersatu Urges Disciplinary Action Against Wan Saiful

papar berkaitan - pada 30/9/2025 - jumlah : 480 hits
Johor Bersatu has called for immediate disciplinary action against supreme council member Wan Saiful Wan Jan while reaffirming its full support for party president Muhyiddin Yassin to continue leading both Bersatu and Perikatan Nasional In ...
Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

Sheraton Johor Bahru Opens A New Luxury Landmark For Families Foodies Weekend Getaways

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 351 hits
Johor Bahru just got an upgrade On October 2 2025 the first ever Sheraton Johor Bahru Hotel officially opened its doors bringing modern design family friendly suites and world class dining to the heart of JB Whether you re a local looking f...
Johor Floods Worsen As Evacuees Rise Perak And Kedah See Decline

Johor Floods Worsen As Evacuees Rise Perak And Kedah See Decline

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 158 hits
Flooding in Johor has worsened increasing the number of evacuees while Perak and Kedah have seen a decline as of this afternoon Bernama picKUALA LUMPUR Flooding in Johor has worsened increasing the number of evacuees while Perak and Kedah h...
Jauhar Child Care Centre Permohonan Taska B40 M40 Johor

Jauhar Child Care Centre Permohonan Taska B40 M40 Johor

papar berkaitan - pada 5/10/2025 - jumlah : 222 hits
Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta zim mempelawa ibu bapa yang mempunyai anak kecil berumur 3 bulan hingga 4 tahun untuk kemasukan ke Jauhar Child Care Centre iaitu taska di bawah YPKDT Taska ini dikhaskan untuk kemasukan anak daripada k...
Police Tracking Down Suspects Behind Johor Tesla Break In Rm100 000 Stolen

Police Tracking Down Suspects Behind Johor Tesla Break In Rm100 000 Stolen

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 283 hits
Balveer said that initial investigations found that the incident took place at about 10 11am when the victim parked his electric car with the doors locked Picture via FacebookJOHOR BAHRU Sept 28 Police are tracking down several individuals ...
Ziarah Pusara Arwah Mak Sebelum Balik Johor

Ziarah Pusara Arwah Mak Sebelum Balik Johor

papar berkaitan - pada 4/10/2025 - jumlah : 207 hits
Assalamualaikum SA singgah kubur arwah mak sebelum gerak ke Johor Alhamdulillah terjaga kubur arwah mak Abah selalu pergi pagi dan petang kami ni harap weekend je la dapat pergi selebihnya hantarkan doa dari kejauhan aje Tiap kali ke sini t...
Drama Bad Cop

Why A Sunway Ijm Merger Must Be Opposed

Lrt3 Line Set For Dec 31 Launch Pending Final Safety Tests Says Transport Minister

Kuasai Kesihatan Anda Demi Mencegah Diabesiti

Majlis Pelancaran Nafesa Dan Koleksi The Alhambra Monogram

Buasir Otak Tv Roblox Undi Pilihan Raya Dan Melawat Pameran Di Smk Mys Live

Ayu Raudhah Nafi Hamil Lagi Cukup Dah Tujuh Orang Ni

Anthony Joshua Akan Bertarung Dengan Jake Paul Dalam Pertarungan Tinju Di Miami


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rumahkueh Kak Zu Traditional Malaysian Kuih Haven In Kajang Authentic Since 2000

Rahsia Di Sebalik Reka Bentuk Kotak Yang Buat Pelanggan Tertarik Untuk Beli

Mihun Goreng

Skuad Futsal Harimau Malaya Memulakan Kem Latihan Pusat Di Arena Futsal Fam

Swan Bench Keindahan Seni Besi Di Tepi Maze Taman

Pilihan Raya Sabah Paling Gila