Lunch Di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor
Salam Jumaat semua, mama baru nak panas enjin dan nak setelkan post2 basi mama. Mama Lunch di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor ni sebelum puasa aritu. Mama dan en hubby ada urusan dan kami sempat lunch kat sini sebab perut dah lapar.
Lunch di Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor Tempat ni berdekatan aje dengan opis mama. En hubby yg teringin nak makan kat sini so mama ikut aje
Lunch time memang ramai orang
Inilah menu kami berdua. Kami tak ambil kepala ikan pun sebab masa tu yg ada besar betul saiznya. Lagipun mama bukan reti sangat makan kepala ikan hihi. Kami gilir-gilir ambil lauk, tetiba perasan eh sama pula lauk kami
Cuma en hubby ada ambil ikan bawal kecil goreng krup krap ni, mama takde
Tengoklah saiz kepala ikan ni. Besar pinggan.
Makan dengan ulam-ulaman
Total harga makanan kami ialah RM 34.20 termasuk air Nescafé ais yg kami tapau sebab nampak ada orang tapau nampak sedap. Hakikatnya biasa aje rasanya di tekak mama hihi..
Harga Kari Kepala Ikan RM 40-70 ikut saiz. Yg dlm gambar tu berharga RM 70 penuh pinggan tu. Mama rasa boleh makan3-4 orang. Bila sedang makan kat sini tetiba baru mama teringat yg boss mama pernah belanja makan kat sini. Dia yg seorang foodie juga yg bgtau kari kepala ikan sini sedap. Memang sedap kari dia pekat. Masa kami datang beberapa tahun dulu memang ramai org sangat.
Maklumat Don Kari Kepala Ikan Seksyen 16 Shah Alam Shah Alam Selangor
Don Kari Kepala Ikan Shah AlamAlamat: Suria Avenue, Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 7 am–7 pm
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mamapipie.com/2024/04/lunch-di-don-kari-kepala-ikan-seksyen.html