Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden Hq
Masih lagi tak boleh move on
dengan percutian kami di Alor Setar. Kali ni Diah nak kongsikan pengalaman kami
makan tengahari di Ayam Gepuk Pak Raden HQ, Restoran Mama yang terletak di Jalan
Sultanah Kedah.
Pertama kali cuba dan baru tahu
tentang kewujudan Ayam Gepuk Pak Raden HQ. Dekat Kedah banyak cawangan Ayam
Gepuk Pak Raden ni ya.
Kalau di Kuala Lumpur, selalu
dengar orang makan di restoran Ayam Gembus je. Sungguh sedikit
pengetahuan diri ini.
Macam-macam jenis eh ayam ni.
Ayam Gepuk, Ayam Penyet, Ayam Kicap 3 Budak Gemuk. Masing-masing ada peminat
tersendiri.
Bercuti Ke Alor Setar
Lunch Di Ayam Gepuk Pak Raden HQ
Kami singgah makan Ayam Gepuk Pak
Raden HQ lepas selesai jalan-jalan di Menara Alor Setar. Rancangan awal nak
makan Nasi Kuning tapi masa amat mencemburui.
Memandangkan lokasi Ayam Gepuk
Pak Raden ni satu hala balik ke Kuala Lumpur jadi anggap saja memang rezeki
kami sekeluarga.
Waktu kami sampai sekitar jam
satu petang. Ada pelanggan yang dah siap makan dan bergambar di hadapan kedai.
Tak lama lepas tu kedai mula
dipenuhi orang ramai. First impression bila melangkah masuk ke kedai ialah rasa
teruja. Kedai dia luas, kemas dan bersih.
Susun atur kedai pun menarik. Tandas
dia besar dan bersih. Disediakan juga surau untuk digunakan oleh pengunjung.
Kaunter bayaran dan ada dapur yang
berasingan. Lagi teruja bila nampak salah satu dapur dia buat open kitchen.
Nampak la sotong celup tepung
saiz XL di susun dalam pinggan. Dekat sini menu sotong diberikan nama Sotong
Gajah. Sebab saiz dia yang besar. Bertambah lapar jadinya. Dekat sini konsep
dia layan diri.
Signature Menu Ayam Gepuk Pak
Raden HQ
Duduk je di meja, pelayan akan
beri buku menu, kertas dan pensel. Pilih makanan yang kita nak dan kemudian
boleh buat pesanan di kaunter bayaran.
Singnature menu Pak Raden ialah
Nasi Ayam Gepuk, Nasi Sotong Gajah, Maggi Ayam Gepuk & Maggi Sotong Gajah.
Boleh pilih set single, set kid, set couple atau set family.
Meriah betul menu, rasa macam nak
cuba semua. Pilihan sambal dia pula ada tiga tahap; Biasa, Pedas dan Extra
Pedas.
Tapi kami ambil jalan selamat
makan sambal biasa je takut sakit perut dalam perjalanan. Tak mahu ambil
risiko. Naya nak cari tandas dan la jalan raya sesak.
Kami ambil Nasi Sotong Gajah set single
dan Combo yang ada Ayam Gepuk dan Maggi Sotong Gajah termasuk dua air. Untuk
anak kecil kami pesan Honey Popcorn Nasi Ayam. Tambah lagi air bandung dan
sirap limau.
Kalau tak mahu makan nasi boleh makan
Chili Pan Mee. Maaf tak dapat nak kongsi lebih sebab kami fokus makan nasi.
Anak-anak pun enjoy waktu makan dekat sini.
Harga Ayam Gepuk Pak Raden HQ
Murahnya lah makanan dekat Utara
ni. Geram je rasa. Jumlah bil untuk kami adalah RM 76.68 termasuk service
charge.
Nasi Sotong Gajah set single –
RM17
Set Combo – RM 38
Honey Popcorn Nasi Ayam – RM10
Bandung – RM 3
Sirap Limau – RM 3
Dalam set Ayam Gepuk dan Maggi Sotong
Gajah lengkap dengan tempe goreng, kobis, timun dan sup. Dapat juga Keropok sayur.
Memang tersandar kekenyangan
lepas makan. Kalau ada rezeki kami nak singgah lagi. Penduduk sekitar mesti dah
tahu tentang kewujudan Ayam Gepuk Pak Raden HQ ni.
Jadi aku cadangkan untuk yang
bercuti di Kedah tolong singgah dan support kedai ni. Layanan bagus, makanan
cepat, environment dia pun nice, makanan pun sedap.
Berbaloi untuk dicuba. Nak datang
sini waze saja Ayam Gepuk Pak Raden HQ. Alamat lengkap Diah kongsi dekat bawah.
Jalan Sultanah, Taman Bayu,
05350
Alor Setar, Kedah
HP: 019 - 9531690
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.rodiahamir.com/2023/05/lunch-di-ayam-gepuk-pak-raden-hq.html