Ayam Tempura Homemade Mesra Bayi Sesuai Dihidang Dalam Apa Jua Keadaan
Nak makan ayam tempura sekarang dah tak perlu beli. Boleh buat sendiri je dekat rumah. Mudah pula tu. Rasa sedap macam beli dekat kedai. Boleh makan puas- puas dengan seisi keluarga dan mesra untuk bayi juga tau. Boleh dijadikan snekking untuk anak pada waktu sarapan dan waktu petang.
Ayam tempura juga sesuai untuk dihidangkan untuk anak kerana mengandungi protein yang diperlukan untuk bayi membesar dengan baik. Vitamin B12 dan Choline yang terdapat dalam daging ayam berfungi untuk meningkatkan perkembangan otak anak- anak dan membantu sistem saraf berfungsi dengan baik.
Kesihatan mata dapat dijaga dengan adanya nutrien retinol, alfa, dan beta- kerogen dari Vitamin A. Penglihatan anak akan menjadi sangat baik dengan adanya nutrien ini dalam badan mereka.
Ayam dapat buatkan anak berasa lebih kenyang. Ayam boleh membantu menjaga berat badan anak dan menjaga kesihatan jantungnya. Berat badan yang normal dan seimbang dapat menjaga kesihatan jantung dengan lebih baik.
Sumber foto: Facebook Leyana Lee
Jom lihat resipi ayam tempura homemade yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Leyana Lee di Kumpulan Facebook Resepi Makanan Bayi.
RESIPI AYAM TEMPURA HOMEMADE
Homemade Chicken Tempura Baby Friendly! Sesuai untuk bayi seawall 8 bulan ke atas. Hidangan lengkap untuk bayi dan kanak- kanak! Dan sesuai untuk sarapan, kudapan, makan tengahari dan makan malam! Boleh dijadikan sebagai juadah berkelah, makanan mengembara, sebagai bekal makanan anak ke pengasuh, taska atau sekolah. Tapi psssss! Seluruh ahli keluarga boleh makan sambal cicah sos cili memang sedap sangat tau. Save dulu resipi ini nanti boleh cuba untuk anak.
Bahan- bahan:
– Fillet ayam dipotong dadu (tanpa tulang dan dibuang kulit)
– 1 biji telur besar
– Bawang holland (dipotong dadu)
– Ikan bilis dan serbuk ayam untuk rasa masin semula jadi
– Lada hitam
Sumber Foto: Facebook Leyana Lee
Cara- cara:
1. Kisarkan semua bahan sekali.
2. Seterusnya, sediakan 2 biji kentang dilecek dan ½ cawan tepung jagung dan kacau sebati dengan bahan yang telah dikisar.
3. Akhir sekali, bentukkan ayam tempura dan salut dengan serbuk roti! Dan siap untuk digoreng! (untuk ayam tempura yang disejuk bekukan boleh goreng separuh masuk sebelum dibekukan)
Untuk salutan:
– Serbuk roti homemade 7 bulan ke atas
– Serbuk oat homemade 7 bulan ke atas
– Serbuk roti pasaraya 2 tahun ke atas
Selamat memasak Mommies!
Baca Juga:
Sup Ayam Singo Pear, Baik Untuk Batuk Dan Selesema, Mudah Dan Sedap!
Pancake Pisang Dua Bahan, Sesuai Untuk Bayi 6 Bulan Ke Atas, Mudah Dan Sedap!
Resipi Bubur Oat Sihat, Sesuai Untuk Ibu Diet Tapi Nak Makan Best!
Nantikan lebih banyak resipi yang saya akan kongsikan.
Selain dari ayam, ibu juga boleh gunakan udang, ikan, ketam dan sumber protein yang lain. Ibu juga boleh letakkan sayur bagi menambah nutrien lain ke dalam tempura. Lebih sihat dan sedap. Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.
The post Ayam Tempura Homemade Mesra Bayi, Sesuai Dihidang Dalam Apa Jua Keadaan! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ayam-tempura-homemade-mesra-bayi-sesuai-dihidang-dalam-apa-jua-keadaan/