Lunavie Home Travel Bottle Warmer Mudahnya Panaskan Makanan Dan Susu Anak
hai assalammualaikum
Lunavie Home Travel Bottle Warmer, Mudahkan Kerja Panaskan Makanan Dan Susu Anak Lunavie Home Travel Bottle Warmer, Mudahkan Kerja Panaskan Makanan Dan Susu Anak - Nad selalu kalau nak panaskan makanan anak, atau panaskan susu anak, mestilah panaskan dengan periuk semua tu. Banyak kerja, dahla banyak benda nak kena buat..Rasa renyah je..hahaa. Kalau pergi jalan-jalan pun sama. Masalah mak-mak, bila anak menyusu botol, nak bagi panas, mestilah sentiasa bawak botol air panas tu. Dah banyak barang pulak nak bawak kan. Sampaila nad ternampak seorang kawan post berkenaan Lunavie Home Travel Bottle Warmer, memang nampak menarik, sebab ia dapat memanaskan susu, memanaskan makanan malah boleh buat juice sekali. Jadi nad pun cepat-cepat dapatkan di website Lunavie.
Benda bagus, benda elok, benda yang memudahkan kerja nad, memang nad akan kongsi dengan korang. Paham sangatla kerja mak-mak ni, kalau boleh semua nak yang mudah dan cepat. Barang sampai, budak-budak ni pun berebut nak pegang, sebab diaornag tau tu barang diaorang..hahaa.
Ni la antara barang yang ada. Ada tempat warmer, plug dua, satu untuk dekat rumah, satu untuk dalam kereta, bekas, penutup, tempat buat juice, dan buku manual. Produk ni ada Warranti selama setahun..
Home Travel Bottle Warmer ni bukan sahaja boleh digunakan di rumah, malah boleh digunakan di dalam kereta. Sebab tu disediakan plug untuk kereta. Syok kan bila ada pemanas yang boleh digunakan dalam kereta. Cucuk aje kat tempat cucuk api tu.
Selalunya, kita mesti nak bagi anak makan atau bagi susu, biar rasa suam atau panas sikit kan, baru rasa sedap je nak makan. Kalau sejuk kebanyakan anak dah tak suka. Samalah macam kita, dapat makanan yang panas, lagi sedap nak makan.
Memang mudah kerja panaskan makanan dan susu anak sekarang sejak ada Lunavie Home Travel Bottle Warmer ni. Kalau kita panaskan dekat dapur tu, allahu, kadang api besar la, kadang terlupa sampai kering air..haishh..bahaya..tapi dengan Home Travel Bottle Warmer semasa panaskan tu, ia masih mengekalkan nutrien dan vitamin makanan atau susu melalui proses pemanasan yang lembut. Penting untuk bagi makanan dan susu dengan kekalkan nutrien yang ada.
Ada bekas ni yang memudahkan kita nak ambil
Oh produk ni juga bukan sahaja boleh panaskan makan dn susu malah boleh sterilize barang baby.
Apa yang nad suka dengan Home Travel BottleWarmer ni:
1) Digunakan di mana -mana sahaja - Boleh digunakan di rumah serta di dalam kereta, pergi travel pun boleh.
2) Selamat: Pemanasan secara perlahan-lahan dan BPA Free
3) Mudah digunakan - Tambah air dan sesuaikan tetapan.
4) Menampung kebanyakan botol dan baldi makanan bayi - Sesuai untuk semua botol bayi dan botol konvensional.
Cara menggunakan Home Travel Bottle Warmer
Ni nad tunjukkan cara menggunakannya, semudah A, B C je..heehhe..
1) Jika pakai di rumah, gunakan plug rumah , jika pakai di dalam kereta, gunakan plug kereta.
2) Isi air dahulu di dalam bekas Lunavie warmer ni. Sukatan air ada dekat buku manual, boleh tengok atau korang boleh agak je.
3) On suis plug
4) Letakkan botol susu, atau makanan atau sterilize baby aksesori
5) Putar suhu. Ni suhu untuk setiap apa yang kita nak panaskan.
40 ° C - untuk memanaskan susu
70 ° C - untuk memanaskan makanan bayi
100 ° C - untuk mensterilkan aksesori makan
Dwi-fungsi - Panaskan & Simpan hangat
5) Bila dah letak suhu, lampu akan keluar warna merah. Warna akan menjadi merah apabila digunakan di rumah atau di dalam kereta
6) Bila sampai suhu yang dikehendaki, lampu akan mati dengan sendirinya secara automatik semasa dalam suhu malar. Dekat situ keselamatan diutamakan.
7) Makanan atau susu akan siap hangat dalammasa 5 hingga ke 8 minit.
Operasi Penggunaan Rumah
Pemanasan: Makanan cepat / cepat makanan / minuman bayi dalam 5 hingga 8 minit.
Simpan hangat: Pastikan makanan / minuman sentiasa hangat. Lampu perintis akan dihidupkan semasa pemanasan. Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar.
Operasi Penggunaan Kereta
Simpan hangat: Putarkan kunci ke kedudukan penggunaan kereta, pasangkan dengan cerut ringan. Letakkan botol di tempat yang lebih panas kemudian laraskan suhu supaya sentiasa hangat. Ia akan dimatikan secara automatik semasa dalam suhu malar.
Juicing
Masukkan juicer pada mangkuk makanan, kemudian tekan jus buah separuh pemotong. Untuk menyimpan jus, atau makanan dan minuman lain, letakkan penutup pada mangkuk makanan.
Cara Bersihkan dan penjagaan
- Setiap barang semestinya perlu dibersihkan dan dijaga dengan elok. Ni cara untuk bersihkan Home Travel Bottle Warmer Lunavie.
- Sentiasa cabut plag perkakas selepas menggunakan.
- Pastikan ia sejuk sebelum membersihkan sebarang bahagian.
- Lap bersih dengan kain lembap.
- Descale semakin hangat. setiap empat minggu
Tengok video nad gunakan Lunavie Home Travel Bottle Warmer ni. Hah!!, mudah dan senangkan panaskan makanan, susu dan sterilize aksesori barang anak ni. Tekan je plug, masukkan air, putar suhu dah tunggu panas. Bentuk dia pun comel dan tak berapa berat. Mudah kalau nak pergi bercuti bawak Home Travel Bottle Warmer ni je..Anak-anak pun takdala makan, makanan yang sejuk atau susu yang sejuk.
Korang kalau nak boleh je pergi ke
Website : www.lunavie.com
Facebook: https://www.facebook.com/mylunavie
Instagram: https://www.instagram.com/mylunavie/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/01/lunavie-home-travel-bottle-warmer.html