Biarlah Saya Susah Tak Apa Asal Susu Anak Tak Putus


Setiap manusia pastinya diuji dengan pelbagai ujian dalam hidup ini. Salah-satunya diuji dengan kesusahan hidup. Ini adalah realiti kehidupan yang harus diterima. Tetapi apa yang menimpa keluarga ini membuatkan hati kami menjadi sayu.
Kehidupan yang daif pada mulanya diharap mungkin akan berubah dengan kelahiran Amar yang menjadi harapan mereka. Namun siapa sangka, anak yang dilahirkan normal kini hanya mampu terbaring lemah di toto lusuh kerana menghidap penyakit cerebral palsy di usia 9 bulan.
Umpama sudah jatuh dtimpa tangga, suami yang hanya bekerja sebagai penoreh getah manakan mampu menyara isteri dan anak yang memerlukan penjagaan rapi.
Lebih menyedihkan, rumah tempat mereka berteduh mengudang hiba mereka yang melihat. Usah katakan kelengkapan asas, tempat tidur yang selesa juga tidak mampu disediakan. Hanya tilam dan bantal yang sudah uzur menjadi tempat tidur anak ini dan ibu ayahnya.
Ikuti luahan Puan Natipah Abu seperti di bawah, sukarelawan yang aktif membantu mereka yang hidup dalam kepompong kemiskinan. Sebak!

AHMAD AMMAR BIN IBRAHIM -4 THN ( CEREBRAL PALSY ) Kita kata kita susah . Hakikatnya di luar sana ada lagi yang lebih susah dari kita. Inilah realiti kehidupan. Menitik air mata saat pertama kali menjejakkan kaki ke dalam rumah anak syurga ini.
Dua bidang tikar lusuh menyambut kedatangan kami. Halkum bagaikan tersumbat untuk terus melontarkan soalan demi soalan seperti lazimnya. Rasanya … inilah antara anak syurga yang paling dhaif pernah diziarahi setakat ini. Melihatkan keadaan dari luar rumah batu yang di sewa dengan harga RM200 ini , nampak biasa saja.
Tetapi bila melangkah ke dalam… spontan hati berbisik .. “ Ya Allah .. kesiannya “ Lihatlah tempat tidur anak syurga ini .. hanya beralaskan sehelai toto dengan bantal yang sangat lusuh. Tiada tilam yang selesa untuk dia pun. “ Nak tak kita beli katil khas untuk dia, macam katil hospital tu ? “ Terasa ingin sekali memberikan keselesaan buatnya yang hanya mampu terlantar.
Anak Tidak mahu Renggang
Ayahnya , Ibrahim bin Abdul ( 52 thn ) hanyalah seorang penoreh getah , pawah. Tetapi jawapan si ibu ini ada benarnya … “ Tak payahlah Kak Pah. Anak saya tak mau renggang langsung dari saya. Saya nak kena tidur sebelah dia. Kalau katil tu .. mana muat … “
Sepanjang di kami berada di rumahnya .. Ammar asyik menangis kerana enggan berenggang sedikit pun dengan ibunya , Maszelina Binti Othman ( 39 thn ). Kasihan ibu… tercungap nafas menampung berat badan anaknya.
Di saat anak kita yang lain bermewah dengan berbagai jenis alat permainan yang canggih…. Ammar hanya ada sebilah batang buluh sebagai mainan. Batang buluh itu diketuk perlahan di lantai untuk mengeluarkan bunyi atau bila dia tidur di dalam buaian… buluh itu diketuk pula ke besi buaian. Bunyi yang dihasilkan itu menyebabkan anak ini diam.
Menjeling ke dalam bilik tidur… hanya ada sehelai toto lusuh terbentang di atas lantai buat mengalas belakang. Tiada peti sejuk atau lain-lain perhiasan pun dalam rumah ini. Yang ada hanya sebuah peti tv kecil lama yang di sedekahkan orang dan sebuah jam dinding.
Kelihatan di satu sudut rumah pula sebuah stroller usang … yang mungkin juga disedekahkan orang tetapi sudah tidak muat lagi untuk anak ini. Terasa untungnya ibu bapa anak syurga lain di luar sana yang sekurang-kurangnya masih mampu selesa makan tidurnya. Masih ada kereta ibu ayahnya. Masih ada wasap ibu-ayah sehingga dengan mudahnya memuat naik status meminta bantuan untuk anak mereka.
Anak Syurga
Tapi anak syurga ini, tiada semua itu. Tiada tempat tidur yang selesa pun. Makan minum entah bagaimana. Tiada juga telefon canggih. Berulang alik ke hospital pun dengan teksi saja.
Anak tunggal pasangan ini, lahirnya normal .. namun ketika usia 9 bulan .. segalanya berubah bila dia diserang demam panas dan disusuli dengan sawan. Ibu yang ketika itu bekerja sebagai tukang cuci di sebuah sekolah di sini akhirnya terpaksa berhenti kerja kerana terpaksa keluar masuk hospital merawat dia yang disahkan jangkitan kuman. 2016 … dua kali darah beku disedut keluar dari kepalanya.
Akhir sekali… 2 April 2018 … anak ini ada menjalani pembedahan membuang darah beku di kepalanya. Kesembuhan yang diharapkan belum menampakkan tandanya. Namun buat si ibu .. dia tetap redha menerima segala yang telah ditakdirkan. Selain susu Ammar diberi makan “ roti empat segi “ atau biskut yang direndam dengan air.
”Saya tak mau duit, saya hanya nak susu dan pampers untuk anak saya.. Biarlah saya susah.. tak apa.. asal susu anak tak putus.”
Keluarga ini ada menerima wang bantuan JKM… dengan wang itulah ibu mencatu segala keperluan kerana berapa lah sangat pendapatan suami. Kita di sini, akan menyumbang bekalan susu dan lampin pakai buang utk anak ini setiap bulan. Berapa lama.. bergantung kepada jumlah sumbangan yang kita terima.
Semoga Allah permudahkan urusan keluarga ini … Ibu Ammar boleh dihubungi di nombor 013 459 4253.
Sumber : Natipah Abu
The post ”Biarlah Saya Susah.. Tak Apa.. Asal Susu Anak Tak Putus.” appeared first on .


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/biarlah-saya-susah-tak-apa-asal-susu-anak-tak-putus/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Susah Sangat Ke Nak Bawa Anak Ke Tandas Netizen

Susah Sangat Ke Nak Bawa Anak Ke Tandas Netizen

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 488 hits
Susah sangat ke nak bawa anak ke tandas NetizenViral di media sosial video seorang kenak kanak lelaki membuang air kecil secara terbuka di dalam sebuah restoran menimbulkan rasa kurang senang orang ramai Dalam kejadian yang berlaku pada 26 ...
2 3 Hari Tak Mahu Makan Dan Minum Susu Dia Menangis Mencari Ibunya Sayu Si Ibu Meninggal Selepas Melahirkan Anak Kedua

2 3 Hari Tak Mahu Makan Dan Minum Susu Dia Menangis Mencari Ibunya Sayu Si Ibu Meninggal Selepas Melahirkan Anak Kedua

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 634 hits
2 3 hari tak mahu makan dan minum susu dia menangis mencari ibunya Sayu si ibu meninggal selepas melahirkan anak kedua Dua tiga hari dia tidak mahu makan dan minum susu Dia berlari ke dapur mencari ibunya Lepas itu menangis kerana tidak jum...
Lunavie Home Travel Bottle Warmer Mudahnya Panaskan Makanan Dan Susu Anak

Lunavie Home Travel Bottle Warmer Mudahnya Panaskan Makanan Dan Susu Anak

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 751 hits
hai assalammualaikumLunavie Home Travel Bottle Warmer Mudahkan Kerja Panaskan Makanan Dan Susu Anak Lunavie Home Travel Bottle Warmer Mudahkan Kerja Panaskan Makanan Dan Susu Anak Nad selalu kalau nak panaskan makanan anak atau panaskan sus...
Koma Selepas Bersalin Sampai Saat Ini Anak Belum Dapat Rasa Pelukan Dan Susu Ibu

Koma Selepas Bersalin Sampai Saat Ini Anak Belum Dapat Rasa Pelukan Dan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 10/1/2019 - jumlah : 1453 hits
Berat mata memandang berat lagi bahu memikul Akibat komplikasi semasa bersalin seorang ibu dilaporkan koma dan sehingga kini masih belum sedar Beliau yang selamat melahirkan bayi lelaki November lalu sehingga ke hari ini sudah 54 hari berad...
Buat Benda Baik Memang Susah Ds Shahida Akui Dulu Tak Sedia Ambil Anak Susuan Kini Harap Anak Berjaya

Buat Benda Baik Memang Susah Ds Shahida Akui Dulu Tak Sedia Ambil Anak Susuan Kini Harap Anak Berjaya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 300 hits
Datin Sri Nurshahida ibu yang penyayang kini dua anak angkatnya telah pun menjadi anak susuan Kalau dulu tidak bersedia tapi hasil dorongan suami kini dia ibu yang sangat menyayangi malah berharap anak anaknya berjaya dunia akhirat Usahawan...
Hanya 43 Hari Dipinjamkan Anak Hari Terakhir Nurse Pulangkan Susu Yang Tak Sempat Diminum

Hanya 43 Hari Dipinjamkan Anak Hari Terakhir Nurse Pulangkan Susu Yang Tak Sempat Diminum

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 439 hits
Hanya 43 hari sahaja sempat bersama anak itulah antara luahan Puan Aida Syahafiza menerusi sebelum bayinya meninggal dunia pada 1 Januari 2019 atas beberapa masalah kesihatan Ikuti perkongsian yang dikongskian beliau SEMPAT PELUK ANAK SELEP...
Biarlah Ada Petua Kata Anak Lebih Bijak Tidur Meniarap Tolong Jangan Biasakan Bahaya

Biarlah Ada Petua Kata Anak Lebih Bijak Tidur Meniarap Tolong Jangan Biasakan Bahaya

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 803 hits
Kebanyakan bayi suka tidur meniarap dan mereka suka dengan gaya tidur itu Malah ada segelintir ibu bapa berpendapat anak tidur pada posisi ini lebih lena dan lama berbanding posisi tidur yang biasa Tapi adakah anda tahu anak tidur dalam kea...
Tukar Botol Susu Bila Sampai Limitnya Jangan Sayang Sebab Mahal Hingga Kesihatan Anak Terjejas

Tukar Botol Susu Bila Sampai Limitnya Jangan Sayang Sebab Mahal Hingga Kesihatan Anak Terjejas

papar berkaitan - pada 23/12/2018 - jumlah : 410 hits
Mahal macam mana pun botol tukarlah dengan kerap Jangan kedekut Menjadikan botol susu sebagai satu koleksi sangat sangat tidak relevan Perkongsian dari cukup membantu ibu bapa supaya tidak bersikap acuh tak acuh atau dalam kata lainnya teng...
Tengok Kerja Bodoh Lelaki Bahayakan Anak Kerana Mahu Dapat Likes Tak Da Kemanusiaan Langsung

Tengok Kerja Bodoh Lelaki Bahayakan Anak Kerana Mahu Dapat Likes Tak Da Kemanusiaan Langsung

papar berkaitan - pada 30/12/2018 - jumlah : 594 hits
Tengok Kerja Bodoh Lelaki Bahayakan Anak Kerana Mahu Dapat Likes TAK DA KEMANUSIAAN LANGSUNG INILAH contoh bapa yg bodoh Dia sanggup membahayakan nyawa anaknya sendiri semata mata mahu mendapatkan likes dalam Facebook Lelaki berkenaan yg be...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Skill Up Steam Curator

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera