Lumos Float Projektor Putaran 360 Pertama Untuk Dinding Dan Siling
Dalam era masa kini yang menuntut keseimbangan antara kerja dan kehidupan, hiburan berkualiti menjadi suatu keperluan. Namun, setelah penat bekerja, seringkali kita tidak mempunyai tenaga lagi untuk keluar menonton wayang. Apa yang kita idamkan hanyalah saat-saat santai menikmati tontonan sambil berbaring di atas katil, tanpa perlu duduk terkial-kial di sofa.

LUMOS FLOAT : Projektor Putaran 360° Pertama untuk Dinding dan Siling!
TV selalunya terpaku di ruang tamu dan ianya terlalu besar dan berat untuk dialihkan. Bayangkanlah, sekadar untuk memindahkan TV 50 inci ke bilik tidur pun mungkin memerlukan bantuan dua tiga orang!
Jadi, apakah penyelesaiannya?
Projektor adalah jawapan tepat!
Ia ibarat TV pintar yang mudah alih yang mudah dipasang, mudah disesuaikan, dan mudah dibawa ke mana sahaja. Dengan projektor, anda boleh menikmati pengalaman menonton yang fleksibel sama ada di ruang tamu, bilik tidur, atau di mana-mana ruangan yang anda gemari.
Tambahan pula, paparan projektor boleh disesuaikan mengikut saiz dinding dan keinginan anda. Ianya menawarkan pengalaman skrin besar yang lebih mengasyikkan berbanding TV biasa.
Bagi anda yang menginginkan kemudahan tanpa mengorbankan kualiti, LUMOS FLOAT adalah pilihan terbaik. Ringan, padat, dan berkualiti tinggi dan ianya amat sesuai untuk mereka yang menghargai kepraktisan dan hiburan terbaik.
LUMOS FLOAT
LUMOS FLOAT dengan size yang kecil dan sangat mudah alih, sesuai juga untuk travel
Dilengkapi dengan gantian SkyTrack yang unik untuk pemasangan di atas katil atau dinding. Ianya dapat menjimatkan ruang sekaligus membolehkan anda menikmati rancangan dengan selesa di atas katil.
LUMOS FLOAT Terdapat dalam tiga warna menarik iaitu Emas, Perak, dan Merah Jambu, yang sesuai dengan estetika rumah anda.
Pandangan hadapan LUMOS FLOAT
Pandangan belakang LUMOS FLOAT (multiple port) beserta item yang akan anda dapat seperti remote control,power cable, HDMI cable, AV cable & manual
Harga yang luar biasa bermula daripada RM599 dengan ciri-ciri terhebat seperti resolusi 1080p, kecerahan 3,000 lumens, dan pembesar suara terbina dalam. Nikmati potongan harga sehingga 50% berbanding projektor setara dalam lingkungan harga RM1,500 – RM3,000!
Untuk mendapatkan hasil paparan yang menakjubkan, anda dikehendaki untuk memancarkan pada dinding putih dalam keadaan gelap sepenuhnya. Hasilnya pasti memukau dan seolah olah anda berada di pawagam.
Untuk dapatkan hasil paparan yang menakjubkan, anda dikehendaki untuk
memancarkan pada dinding putih dalam keadaan gelap sepenuhnya
Untuk dapatkan hasil paparan yang menakjubkan, anda dikehendaki untuk
memancarkan pada dinding putih dalam keadaan gelap sepenuhnya Untuk dapatkan hasil paparan yang menakjubkan, anda dikehendaki untuk
memancarkan pada dinding putih dalam keadaan gelap sepenuhnya
8 Sebab Mengapa LUMOS FLOAT
Ciri pembetulan keystone automatik terbina dalam membolehkan anda
menikmati filem dengan selesa sambil berbaring dengan skrin diatas
siling
Projektor Putaran 360 Darjah yang Pertama
1. Projektor Putaran 360 Darjah yang PertamaDengan LUMOS FLOAT, anda boleh memancarkan skrin ke dinding atau siling dengan mudah tanpa perlu mengubah kedudukan projektor. Ciri pembetulan keystone automatik terbina dalam membolehkan anda menikmati filem dengan selesa sambil berbaring dengan skrin diatas siling. Ianya pasti memberi pengalaman unik buat anda.
2. Boleh Digantung dengan SkyTrackReka bentuk kompak FLOAT (750g) dengan pendirian yang boleh digantung dapat memudahkan pemasangan di mana-mana sahaja menggunakan cangkuk 3M. Anda tidak perlu lagi menebuk dinding atau membeli alat tambahan untuk meletakkan projektor!
Anak-anak buah Cik iena memang enjoy tengok kartun gunakan LUMOS FLOAT
3. Nikmati Pengalaman Skrin Lebar 150 InciPenuhi keseluruhan dinding anda dengan paparan skrin sehingga 150 inci berdasarkan dimensi bilik. Anda hanya memerlukan jarak pendek 1.5 meter untuk memancarkan paparan besar bersaiz 50 inci! Paparan besar ini pasti membuatkan anda seolah olah berada di dalam "Private Cinema Eksklusif" namun lebih privasi dan anda bebas menonton seberapa lama pun siaran kegemaran anda tanpa perlu membayar lebih.
Anak buah Cik iena memang enjoy tengok kartun gunakan LUMOS FLOAT
4. Kejernihan Visual yang HebatLUMOS FLOAT dilengkapi dengan resolusi sokongan 1080p yang mengagumkan (asal 720p). Ini menjadikan FLOAT 225% lebih jelas berbanding projektor standard lain di pasaran.
3,000 Lumens yang Terang. Kecerahan tinggi ini memberikan kualiti grafik dan warna yang lebih hidup dan kaya (bukan seperti gambar yang pucat atau pudar).
Antara build in apps yang ada dalam LUMOS FLOAT
5. Dilengkapi dengan Netflix, YouTube, Wi-Fi, Bluetooth dan OS AndroidAnda boleh menghidupkan projektor dan terus menggunakannya untuk menonton video, filem, dan rancangan kegemaran anda sepenuhnya. Ianya tidak memerlukan peranti lain. Hanya 'plug and play'. Ianya amat mudah untuk digunakan tanpa perlu sambungan ke peranti lain. Namun jika anda memerlukan untuk disambung ke peranti lain, anda masih boleh membuat sambungan sama seperti projektor yang lain.
Fungsi 'plug and play' ini menjadikan projektor ini sangat mesra pengguna. Anda perlu mengawal projektor hanya menggunakan remote control yang tersedia.
6. Cerminan Wayarles (Wireless Mirror Casting)Gunakan aplikasi cerminan skrin telefon untuk memaparkan kandungan anda ke projektor dengan mudah. Nikmati permainan, Instagram, TikTok, dan Spotify pada skrin lebar tanpa wayar! Ciri ini juga amat menarik jika anda ingin melihat paparan di talifon bimbit anda dalam resolution yang besar. Sekiranya anda tertinggal Remote control, anda tidak perlu risau. Anda boleh menggunakannya menggunakan phone
7. Sistem Dua Pembesar SuaraDengan sistem dua pembesar suara, FLOAT menyampaikan bunyi surround yang memukau dan sinematik tanpa perlu membeli pembesar suara tambahan untuk pengalaman pusat hiburan rumah yang lengkap. Ciri ini juga menarik kerana jika anda ingin bawa travel, anda tidak perlu bawa speaker. Terdapat build in speaker pada LUMOS FLOAT.
LUMOS FLOAT pink menjadi pilihan CIk iena
8. Jenama yang DipercayaiSejak dilancarkan, siri Projektor LUMOS telah menerima banyak ulasan positif daripada pen
gguna di Malaysia di laman webnya, termasuk ribuan ulasan berbintang lima. #supportlocal . Jadi jenama ini sememangnya dipercayai dari segi kualiti dan juga servis selepas jualan yang ditawarkan.
Anak-anak buah Cik iena memang enjoy tengok kartun gunakan LUMOS FLOATOleh itu, projektor LUMOS FLOAT bukan sekadar alat untuk memancarkan gambar , malahan ianya adalah pintu masuk kepada sebuah dimensi hiburan yang mengasyikkan seakan-akan di panggung wayang. Dengan gabungan kejernihan visual yang memukau dan kualiti audio yang "sedap" didengar, setiap detik tontonan menjadi lebih hidup.
Anak-anak buah Cik iena memang enjoy tengok kartun gunakan LUMOS FLOAT
Ditambah pula dengan ciri mudah alihnya yang unik, fleksibiliti untuk menikmati paparan besar di mana-mana sahaja kini berada di hujung jari anda. Jadi, jika anda mengidamkan pengalaman tontonan yang sempurna tanpa perlu keluar rumah, LUMOS FLOAT adalah pilihan yang tepat.
Anak-anak buah Cik iena memang enjoy tengok kartun gunakan LUMOS FLOAT
Sejujurnya Cik iena sangat suka akan LUMOS FLOAT. Cik iena akan bawa LUMOS FLOAT bercuti untuk menonton bersala keluarga dan rakan di waktu malam. Ianya amat mudah untuk dibawa kemana-mana. Walaupun pernah terjadi CIk iena tertinggal remote control namun ianya masih boleh digunakan bersama phone. Hanya perlu screen cast di phone anda.
LUMOS FLOAT antara item wajib Cik iena bawa jika Travel bersama keluarga
Jangan tangguh lagi! Dapatkan LUMOS FLOAT anda hari ini. Jangan lupa siapkan ‘popcorn’, dan saksikan bagaimana ruang living atau bilik tidur anda bertukar menjadi panggung wayang peribadi yang menakjubkan. Bukan sekadar pawagam dirumah . Ianya juga mudah alih dan boleh dibawa travel kemana-mana. Boleh juga untuk kegunaan Camping di campsite yang mempunyai sambungan elektrik.
LUMOS FLOAT antara item wajib Cik iena bawa jika Travel bersama keluarga
Harga LUMOS FLOAT
Model Regular ditawarkan pada harga RM599 manakala Model Smart (dengan aplikasi) pada harga RM649. Kedua-duanya disertakan dengan jaminan tempatan selama satu tahun.Ianya tersedia dalam tiga pilihan warna: Emas, Perak, dan Merah Jambu.
Pandangan belakang LUMOS FLOAT (multiple port) beserta item yang akan
anda dapat seperti remote control,power cable, HDMI cable, AV cable
& manual
Kini boleh didapati terus melalui:
Laman Web LUMOS Malaysia: https://www.lumosprojector.my/collections/home-cinema-projectors/products/lumos-float-home-cinema-projector
Shopee: https://shopee.com.my/lumosprojectormyofficialstore
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ienaeliena.com/2025/09/lumos-float-projektor-putaran-360.html