Lulusan Graduan Kaum India Perempuan Bertudung Ditindas Sukar Dapat Temuduga




KUALA LUMPUR: Graduan kaum India dan perempuan bertudung antara kumpulan yang paling tertindas dalam proses pengambilan pekerja bagi sektor swasta, menurut kajian terbaharu oleh pusat penyelidikan swasta Centre for Governance and Political Studies (Cent-GPS).

“Adakah diskriminasi etnik wujud? Ya, namun bukan sahaja bagi kaum Melayu, tetapi kumpulan etnik India yang paling ditindas,” kata penyelidik Cent-GPS, Zaidel Baharuddin.

Bagi membuktikan berlaku penindasan dalam isu ini, Zaidel berkata, Cent-GPS tidak hanya melakukan kajian secara rambang, sebaliknya, pihaknya turut mengambil inisiatif melalui pengalaman ditindas.

Untuk itu, beliau berkata, dua kakitangan Cent-GPS berbangsa Melayu yang terdiri daripada seorang lelaki dan perempuan telah diberi tugasan 'berlakon' sebagai tujuh individu lain yang mewakili jantina dan kumpulan kaum berbeza dalam resume mereka.

Bagaimanapun, jelasnya, kelayakan akademik, penguasaan bahasa dan pengalaman bekerja mereka setaraf dari segi kelayakan dalam tuntutan kerjaya.



Hasil kaji selidik Cent-GPS itu, kata Zaidel, mendapati individu yang paling kurang dipanggil temuduga ialah lelaki India diikuti oleh lelaki Melayu, perempuan India dan perempuan Melayu bertudung.

Menurut Zaidel, dalam kajian itu, sebanyak 3,289 resume telah dihantar bermula Disember 2018 hingga Februari 2019.

Kesemua jumlah resume itu mewakili permohonan tujuh individu berkenaan yang watak mereka dilakonkan oleh dua kakitangan Cent-GPS.

"Setiap seorang (daripada tujuh individu) menghantar sebanyak 547 resume kepada pelbagai syarikat memohon pekerjaan. Kesemua resume berkenaan memaklumkan pemohon mempunyai latar belakang akademik atau lulusan perniagaan," ujar Zaidel lagi. 



Zaidel juga berkata, kajian Cent-GPS mendapati, pemohon kaum Cina paling banyak mendapat panggilan temuduga.

Bukti itu diperoleh berdasarkan pengalaman kakitangan Cent-GPS yang berlakon sebagai seorang individu berbangsa Tionghua bernama 'Nicola Yeoh'.

Resume 'Nicola Yeoh' sangat laku sehingga dia dipanggil menghadiri temuduga sebanyak 240 kali manakala individu lelaki Cina bernama 'Gabriel Liew’ pula dipanggil 179 kali temuduga daripada 547 permohonan yang dihantar.

Bagi pemohon kaum India bernama ‘Thivakar’, dia perlu memohon sebanyak 28 kali untuk mendapat satu panggilan temuduga manakala ‘Nicola’ hanya perlu memohon dua kali untuk mendapat satu temuduga.

Selain itu, kajian Cent-GPS mendapati pemohon perempuan bertudung juga menerima nasib yang sama.

“Pemakaian hijab memainkan peranan untuk graduan wanita memohon pekerjaan,” tegas Zaidel.

Kajian firma berkenaan mendapati perempuan Melayu bertudung hanya mendapat 50 panggilan temuduga daripada 547 pemohonan berbanding perempuan Melayu tidak bertudung yang mendapat 70 panggilan temuduga.



Antara penemuan lain daripada kajian itu yang turut menarik perhatian adalah faktor kefasihan dalam bahasa Mandarin.

Walaupun sesetengah persepsi menyatakan bahawa kekuatan berbahasa Mandarin yang menjadi kelebihan bagi graduan kaum Cina, namun kesemua tujuh pemohon turut fasih berbahasa Mandarin dan masih gagal mendapat kadar panggilan temuduga yang setaraf dengan pemohon kaum Cina.

Berikutan kajian itu, Cent-GPS menyarankan agar syarikat-syarikat swasta mengambil iktibar untuk mengurangkan jurang peluang pekerjaan antara kaum.

“Pihak swastu perlu sedar bahawa mereka yang rugi dan kehilangan bakat apabila kaum-kaum tertentu diabaikan hanya sebab warna kulit mereka yang berbeza,” tambah Zaidel.

Cent-GPS menegaskan, kerajaan juga tidak patut menetapkan kuota etnik dalam sektor swasta, sebaliknya, menawarkan insentif kepada pihak swasta serta menggunakan kuasa pasaran untuk menegakkan keadilan bagi semua kaum.


Sumber : Astro Awani © copyright 2018 – All rights reserved
BLOGMAZEER.COM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.blogmazeer.com/2019/03/lulusan-graduan-kaum-india-perempuan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

Graduan India Paling Teruk Didiskriminasi Dalam Permohonan Kerja

papar berkaitan - pada 10/3/2019 - jumlah : 509 hits
KEADILAN DAILY Lepasan universiti berbangsa India paling teruk didiskriminasikan dalam permohonan kerja di sektor swasta demikian dapatan firma kajian sains sosial dan tingkah laku The Centre for Governance and Political Studies Cent GPS me...
Perempuan Ni Unik Kadang Kadang Fikiran Diorang Sukar Nak Difahami

Perempuan Ni Unik Kadang Kadang Fikiran Diorang Sukar Nak Difahami

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 481 hits
Perempuan Ni Unik Kadang Kadang Fikiran Diorang Sukar Nak Difahami Perempuan seringkali dikaitkan dengan makhluk yang penuh complicated Adakalanya fikiran dorang susah nak difahami Perempuan lebih mementingkan relationship ataupun hubungan ...
Program Daycare Dinilai Bentuk Perhatian Jokowi Untuk Kaum Perempuan

Program Daycare Dinilai Bentuk Perhatian Jokowi Untuk Kaum Perempuan

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 209 hits
Wanda mengatakan program penitipan anak ini sebenarnya telah menjadi prioritasnya semenjak berada di DPRD DKI Namun ternyata program tersebut mendapatkan sambutan hangat baik dari eksekutif maupun legislatif
Budak Perempuan Disyaki Hilang Rupa Rupanya Sudah Meninggal Dunia

Budak Perempuan Disyaki Hilang Rupa Rupanya Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 425 hits
KANAK KANAK perempuan berusia tiga tahun yang disyaki hilang dari jagaan pengasuhnya di Kuarters Hospital Langkawi Kedah hujung bulan lalu dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua minggu lalu Rahsia itu terbongkar selepas soal siasat terh...
Perbuatan Terkutuk Anak Perempuan Terbongkar Apabila Ibu Melihat Kesan Lebam

Perbuatan Terkutuk Anak Perempuan Terbongkar Apabila Ibu Melihat Kesan Lebam

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 353 hits
Hancur hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuan tunggalnya telah melakukan perbuatan terkutuk Ini berlaku apabila seorang ibu terkejut melihat kesan lebam pada leher anaknya dan mengetahui bahawa remaja terbabit telah melakukan hu...
Polisi Sebut Saat Andi Arief Digerebek Perempuan L Ditemukan Di Dalam Toilet

Polisi Sebut Saat Andi Arief Digerebek Perempuan L Ditemukan Di Dalam Toilet

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 258 hits
Mabes Polri membenarkan ada seorang perempuan di kamar hotel saat Andi Arief ditangkap polisi karena penggunaan narkoba Minggu lalu Kadiv Humas Mabes Polri Irjen Pol M Iqbal menyatakan perempuan itu ditemukan petugas di kamar mandi hotel
Ada Ijazah Tak Dapat Kerja Anak Perempuan Parah Ditukul Bapa

Ada Ijazah Tak Dapat Kerja Anak Perempuan Parah Ditukul Bapa

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 431 hits
Apa yang merasuk seorang bapa sehingga tergamak menukul kepala anak perempuannya yang berusia 24 tahun sehingga parah Laporan Sinar Harian menyatakan kejadian berlaku di Parit Sungai Melan Kuala Kurau Parit Buntar Menurut pihak polis mangsa...
406 178 Kasus Kekerasan Pada Perempuan Terjadi Di Tahun 2018

406 178 Kasus Kekerasan Pada Perempuan Terjadi Di Tahun 2018

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 495 hits
Ketua Komnas Perempuan Azirana Manalu mengatakan terjadi peningkatan angka kekerasan terhadap perempuan pada tahun 2018 Sepanjang tahun 2018 tercatat 406 178 kasus kekerasan sementara di tahun sebelumnya hanya 348 466 kasus
Lahirkan Anak Lelaki Lebih Mencabar Berbanding Anak Perempuan Benarkah Anak Lelaki Boleh Memendekkan Usia Ibu

Lahirkan Anak Lelaki Lebih Mencabar Berbanding Anak Perempuan Benarkah Anak Lelaki Boleh Memendekkan Usia Ibu

papar berkaitan - pada 8/3/2019 - jumlah : 950 hits
Melahirkan cahaya mata lelaki atau perempuan ada cabarannya tersendiri Namun perkongsian daripada perunding keibubapaan ini mendedahkan hasil dua kajian dari luar negara ini agak mengejutkan Kajian menunjukkan ibu melahirkan anak lelaki ber...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang

Bufet Ramadan 2025 Warna Rasa Ramadan Buffet Di Royale Chulan Hotels Resorts

Noah Feat Ramengvrl Suara Dalam Kepala Chord

Lirik Lagu Aku Yang Dulu Daniesh Suffian

Official Pemenang Ajl39 T A H N I A H

Gula Gula Gummy Berisiko Menyebabkan Tercekik

Singgah Makan Tengah Hari Di Restoran Beriani Salai Taman Melati Kuala Lumpur


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Huge Cylindrical Aquarium Housing 1 500 Exotic Fish Bursts In Berlin The Guardian

Resume Kraf

Buying A Used Car In Sydney Here S Why Mr Car Sydney Should Be Your First Choice

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Dokumen Standard Kurikulum Pentaksiran Terkini

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn