Lulus Peruntukan Pembangunan Perlis Ratusan Juta Lambang Pm Berjiwa Besar Tapi Dalam Ceramah Tibai Pmx Zalim Bagai
Lawatan Perdana menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perlis
kelmarin dan membawa ratusan juta ringgit peruntukan pembangunan melambangkan jiwa
besar PM terhadap semua rakyat Malaysia tanpa kecuali.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan Perlis, Azzin Izzad
Bahanudin, meski pun negeri paling utara Semenanjung itu merupakan kubu
pembangkang namun PM tidak melupakan Perlis untuk dibangunkan dengan lebih
cemerlang.
"Susulan daripada lawatan kelmarin, PM telah meluluskan
peruntukan projek pembangunan negeri bernilai ratusan juta ringgit.
Azzin Izzad Bahanudin
"Antaranya peruntukan mesin mengimbas Pelabuhan Darat Perlis
(PIP) bernilai RM40 juta yang akan diangkat ke mesyuarat kabinet dan peruntukan
tambah sebanyak RM14 juta bagi Projek Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan
Keselamatan (ICQS ) Wang Kelian.
"Selain itu, permohonan Kerajaan Negeri Perlis bagi
mendapatkan tambahan peruntukan mengurus bernilai kira-kira RM100 juta akan
dibawa oleh PM bagi diluluskan di peringkat mesyuarat kabinet dan PM juga telah
menyerahkan sumbangan bernilai RM505,000 kepada 101 Masjid di seluruh negeri
Perlis," katanya dalam satu kenyataan.
Bagi Azzin, PMX merupakan satu satunya ketua kerajaan yang tidak
menganaktirikan negeri pembangkang dalam sejarah negara.
Katanya, jiwa besar Anwar senantiasa mahukan pembangunan yang
selaras dengan konsep Malaysia Madani, iaitu menitikberatkan keseimbangan
komuniti dalam pembangunan supaya pemacuan pertumbuhan ekonomi dirasai semua
golongan.
"Kelulusan peruntukkan yang diberikan oleh PM kepada negeri
pembangkang ini membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang pemimpin
yang matang dalam politik dan profesional kerana sentiasa bersiap siaga
membantu sesebuah negeri walaupun berlainan nakhoda.
"Inilah sifat yang perlu ditunjukkan sebagai seorang pemimpin
yang adil dan lebih mementingkan kebajikan rakyat berbanding ideologi politik
semata-mata," katanya lagi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://wrlr.blogspot.com/2024/04/lulus-peruntukan-pembangunan-perlis.html