Tak Masuk Akal Nak Bunuh Rakan Senegara Dari Isreal Kerana Masalah Keluarga Tapi Guna Enam Pistol Dan 200 Peluru




Pertama sekali diucapkan syabas dan tahniah kepada PDRM kerana berjaya menahan seorang lelaki warga Israel bersama enam pucuk pistol dan 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang, Kuala Lumpur pada Rabu lepas.


Menurut Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, suspek berusia 36 tahun itu masuk ke Malaysia dengan menggunakan pasport Perancis.


Katanya, siasatan awal mendapati suspek mendakwa dia datang ke negara ini untuk mencari dan membunuh rakan senegaranya dari Israel kerana masalah keluarga.


“Lelaki berkenaan telah masuk ke negara ini pada 12 Mac lalu melaui Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA).


“Dia duduk di dua, tiga hotel sebelum ini,” katanya.


Razarudin memberitahu, pihak polis telah mendapatkan perintah tahanan reman terhadap suspek bermula 27 Mac lalu hingga 31 Mac depan.


Beliau berkata lagi, suspek telah membeli kesemua senjata dan peluru yang dimilikinya itu dengan menggunakan wang crypto.


Ada beberapa persoalan meragukan berdasarkan siasatan awal polis terhadap penahanan lelaki warga Israel itu.


Pertama, bagaimana lelaki Israel itu begitu mudah dapat membeli sehingga enam pistol dan 200 peluru di negara ini?


Tidak mustahil ada rangkaian lain, mungkin di Israel, yang menghubungkannya dengan pihak yang menjual senjata itu di Malaysia.


Tidak mungkin dia yang baru sampai ke negara ini boleh begitu mudah berurusan untuk membeli senjata dan peluru dengan jumlah sebanyak itu.


Kedua, langsung tidak masuk akal pengakuan lelaki Israel itu bahawa kedatangannya ke negara ini adalah untuk membunuh rakan senegaranya kerana masalah keluarga.


Jika hanya seorang lelaki yang ingin dibunuh kerana masalah keluarga, kenapa perlu membeli sampai enam pistol dan 200 peluru?


Untuk membunuh seorang lelaki biasa, sepucuk pistol dan beberapa butir peluru sudah memadai.


Ketidakmunasabahan ini menyebabkan pengakuan lelaki itu tertolak dengan sendirinya.


Ketiga, tidak munasabah kedatangannya ke negara ini untuk membunuh rakan senegaranya daripada Israel yang dikatakan berada di negara ini.


Persoalannya, mana mungkin warga Israel boleh ada di Malaysia kerana kita tidak mempunyai hubungan diplomatik, malah menguatkuasakan larangan kedatangan warganya ke Malaysia.


Keempat, oleh kerana lelaki Israel itu memiliki enam pistol dan 200 peluru, adalah dipercayai dia mempunyai beberapa rakan kumpulannya yang masih bebas berkeliaran di negara ini.


Dengan dipercayai berkumpulan sebegitu, adalah tidak masuk akal yang ingin dibunuh hanya seorang rakan senegaranya atas masalah keluarga semata-mata.


Beliau dipercayai ada agenda lain yang lebih besar yang hanya menunggu masa untuk melakukannya.


Dalam hal ini, sebagaimana dimaklumkan oleh Razarudin, adalah tepat sekali bila mana pihak polis mengambil pendirian tidak mempercayai pengakuan lelaki Israel itu.


Pihak polis kini akan terus menjalankan siasatan menyeluruh terhadap lelaki Israel itu untuk mengetahui motif kedatangannnya dan tujuannya memiliki sejumlah senjata serta peluru yang dirampas daripadanya.


Serentak dengan itu, pihak polis juga mula mengambil sikap berwaspada tentang keselamatan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan beberapa VVIP yang lain.


Sekali lagi, tahniah serta syabas kepada PDRM dan mengetatkan lagi aspek keselamatan kepada VVIP negara ini, khususnya Perdana Menteri yang diketahui lantang bersuara dalam isu Palestin, adalah langkah paling wajar sekali. – ShahbudinHusin 30/03/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/03/30/tak-masuk-akal-nak-bunuh-rakan-senegara-kerana-masalah-keluarga-dengan-guna-enam-pistol-200-peluru.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/03/tak-masuk-akal-nak-bunuh-rakan-senegara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rumah Dipecah Masuk Senapang Bersama 200 Peluru Hilang

Rumah Dipecah Masuk Senapang Bersama 200 Peluru Hilang

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 355 hits
BERNAMASeremban Selaras senapang bersama peluru milik seorang penoreh getah dilaporkan hilang selepas rumahnya dipecah masuk di Kampung Air Kuning Selatan Tampin dekat sini semalam Ketua Polis Daerah Tampin Superintendan Amiruddien Sariman ...
Mengapa Miliki Enam Pistol Untuk Bunuh Seorang

Mengapa Miliki Enam Pistol Untuk Bunuh Seorang

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 457 hits
Safeek Affendy Razalisafeek bh com myKUALA LUMPUR Mengapa warga Israel yang ditahan dipercayai perisik memiliki enam pucuk pistol bersama 200 peluru hidup Pada masa ini siasatan masih giat dijalankan bagi mendapatkan maklumat mengapakah sus...
Air Rm8 Burger Rm16 Bazar Ttdi Terlalu T20 Pengunjung Tak Sangka Harga Makanan Amp Minuman Tak Masuk Dek Akal

Air Rm8 Burger Rm16 Bazar Ttdi Terlalu T20 Pengunjung Tak Sangka Harga Makanan Amp Minuman Tak Masuk Dek Akal

papar berkaitan - pada 22/3/2024 - jumlah : 434 hits
Rasanya sejak bermulanya bulan Ramadan minggu lalu pengunjung yang pergi membeli di bazar Ramadan pasti akan meluahkan rasa tidak puas hati sama ada dari segi harga ataupun kualiti makanan Harga tak masuk akal Terbaru di platform TikTok seo...
Banglo Seram Yang Tular Di Media Sosial Akhirnya Terjual Harga Jualan Tak Masuk Akal

Banglo Seram Yang Tular Di Media Sosial Akhirnya Terjual Harga Jualan Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 20/3/2024 - jumlah : 294 hits
Sebuah banglo mewah yang terletak di Bukit Gasing di sini yang sebelum ini dibiarkan terbiar dan sepi tanpa pembeli akhirnya telah terjual Sebelum ini banglo terbiar itu sering dikaitkan dengan cerita mengenai wujudnya makhluk halus Terutam...
Hunian Jarak 200 M Dari Gudang Peluru Meledak Warga Komplek Di Cibubur Usul Ada Relokasi Karena Trauma

Hunian Jarak 200 M Dari Gudang Peluru Meledak Warga Komplek Di Cibubur Usul Ada Relokasi Karena Trauma

papar berkaitan - pada 1/4/2024 - jumlah : 181 hits
Mereka was was potensi serupa masih bisa kembali terjadi karena informasi mereka dapat ada beberapa bunker di gudang amunisi tersebut
Lelaki Warga Israel Ditahan Di Ampang 6 Senjata Api Dan 200 Peluru Dirampas

Lelaki Warga Israel Ditahan Di Ampang 6 Senjata Api Dan 200 Peluru Dirampas

papar berkaitan - pada 30/3/2024 - jumlah : 231 hits
hmetro com myRAZARUDIN gambar fail FOTO NSTPKuala Lumpur Seorang lelaki warga Israel ditahan bersama enam senjata api serta kira kira 200 peluru di sebuah hotel di Jalan Ampang di sini pada 27 Mac lalu Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin H...
Top News Kubu Prabowo Cecar Saksi Ahli Amin Serda Adan Bunuh Casis Tni Al Kuras Harta Keluarga

Top News Kubu Prabowo Cecar Saksi Ahli Amin Serda Adan Bunuh Casis Tni Al Kuras Harta Keluarga

papar berkaitan - pada 2/4/2024 - jumlah : 153 hits
Dalam sidang saksi ahli dari dihadirkan tim hukum Timnas Anies Muhaimin dicecar pertanyaan tim hukum Prabowo Gibran
Terkedu Bila Tahu Perangai Sebenar Suami Tapi Aku Nekad Nak Kahwin Harap Dia Berubah

Terkedu Bila Tahu Perangai Sebenar Suami Tapi Aku Nekad Nak Kahwin Harap Dia Berubah

papar berkaitan - pada 17/3/2024 - jumlah : 272 hits
Assalamualaikum admin dan para pembaca sekalian Kisah yang aku nak ceritakan ni berkaitan aku dan suami aku Tapi sekarang ni dia bukan suami aku Bermakna kami sudah berpisah Aku namakan suami aku sebagai Fad Bila dah rapat aku pun start per...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah

Moment Empat Beradik Berkumpul Masak Mee Kari Resepi Arwah Mak

Ada Yang Setahun Jagong Memandai Palatao