Fadhlina Minta Maaf Tapi Tiada Kompromi Pada Pemfitnah


malaysiakini.com
Diterbitkan: Mar 31, 2024 11:10 AM
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek hari ini membuat permohonan maaf susulan tularnya klip video pendek memaparkannya kononnya dia menolak penggunaan perkataan "kafir"

Menurut Fadhlina selain klip video yang ringkas itu, turut disebarkan ialah rekaan poster menunjukkan seolah-olah dia menafikan ungkapan yang memang ada dalam Islam.

Dakwaan tersebut, katanya, dibuat di luar konteks sebenar dan menyimpang daripada apa yang dimaksudkannya.

“Saya ingin memohon maaf sekiranya ada mengguris perasaan mana-mana pihak atas kesalahfahaman, keterlanjuran kata dan khilaf yang datang daripada kelemahan diri saya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Fadhlina, pandangan yang diberikannya itu dibuat dalam majlis tertutup ketika dia menyentuh kemelut penyebaran sentimen kebencian, sikap ghuluw (melampau) dan gejala takfiri dalam kalangan segelintir masyarakat.

Katanya sentimen jahat tersebut menular sehingga kepada anak-anak di sekolah dan ia tercetus hasil interaksi mereka dengan orang lebih dewasa yang mengambil pendekatan ekstrem.

"⁠Saya sebutkan bahawa saya tidak membenarkan anak-anak saya menyebut istilah 'kafir' yang mempunyai konotasi kebencian terhadap warga non-Muslim yang hidup bersama-sama dalam negara tercinta," jelasnya.

Pada masa sama ahli parlimen Nibong Tebal itu juga mengingatkan dia tidak akan berkompromi dengan siapa atau mana-mana pihak yang terlibat dalam fitnah terhadapnya.

“Saya tidak kompromi soal fitnah dan tuduhan jahat, serta kesengajaan penyelewengan konteks, lebih-lebih lagi ancaman keselamatan terhadap diri saya dan keluarga.

“Hakikatnya, ia adalah suatu salah faham dan kesengajaan penyelewengan konteks sebagaimana dinyatakan sebelum ini,” katanya.

Sejak semalam tular dakwaan Fadhlina "mengharamkan" penggunaan kalimah kafir termasuk di rumah dan dalam kalangan anak-anaknya.

Pengkritik kemudian mengecam dan menyindir menteri terbabit. Semalam juga Fadhlina dilaporkan menerima ugutan melalui alam maya susulan isu berkenaan.

Justeru dia sudah membuat aduan kepada polis sebagai langkah keselamatan, selain agar membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan.

Ujar Fadhlina, isu sebutan kafir atau non-Muslim bukanlah bermakna dia melarang penggunaan perkataan yang memang dalam al-Quran itu.

Sebaliknya, Fadhlina berkata, ia adalah isu memilih panggilan bersesuaian dalam kehidupan seharian.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/03/fadhlina-minta-maaf-tapi-tiada-kompromi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Maaf Diterima Tapi Siasatan Perlu Diteruskan Ulama Umno

Permohonan Maaf Diterima Tapi Siasatan Perlu Diteruskan Ulama Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 224 hits
hmetro com myDr Khairuddin Aman RazaliKuala Lumpur Permohonan maaf daripada KK Super Mart diterima namun pihak berkuasa diminta menyiasat kes kalimah Allah pada stoking kerana ia mengguris perasaan umat Islam di negara ini lebih lebih lagi ...
Beras Tempatan Tak Hilang Tapi Diseleweng

Beras Tempatan Tak Hilang Tapi Diseleweng

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 175 hits
SAUDARA PENGARANG MUKA depan Utusan Malaysia pada 15 Mac lalu memaparkan misteri kehilangan beras tempatan di pasaran seluruh negara termasuk di Kedah negeri jelapang padi Sudah beberapa kali diperkatakan tentang wujudnya tangan tangan ghai...
Walaupun Rasa Down Sunyi Dan Hancur Tapi Ada Anak Anak Ni Bella Astillah

Walaupun Rasa Down Sunyi Dan Hancur Tapi Ada Anak Anak Ni Bella Astillah

papar berkaitan - pada 29/3/2024 - jumlah : 257 hits
Pelakon Bella Astillah mengakui dirinya tidaklah sekuat seperti yang dilihat peminat dan orang di luar sana Menerusi video di Tiktok hijabistahub official Bella bersyukur kerana mempunyai anak anak Ayden Adrean 7 dan Ara Adreana 4 yang menj...
Kami Rapat Tapi Pelakon Crash Course In Romance Akui Tak Tahu Lee Chaemin Ryu Dain Bercinta

Kami Rapat Tapi Pelakon Crash Course In Romance Akui Tak Tahu Lee Chaemin Ryu Dain Bercinta

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 233 hits
Betul lah Lee Chae min dan Ryu Da in bercinta senyap senyap Artikel Berkaitan Terbaru pelakon Kang Na eon ditemubual oleh media Korea di mana dia berbual tentang hubungan bersama rakan pelakon Crash Course In Romance Malah dia turut ditanya...
Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

Bersahur Dengan Sup Ayam Simple Tapi Sedap

papar berkaitan - pada 28/3/2024 - jumlah : 251 hits
Hai korang Makin hari bersahur makin tak berselera nak makan Selalunya aku beli makanan di bazar simpan untuk sahur Tapi semalam memang tak selera makanan bazar Decide masak sup ayam air asam dan ayam goreng Haaa barulah berselera sikit Nas...
Bukan Zahid Tapi Khairy Yang Dua Kali Jadi Biawak Hidup

Bukan Zahid Tapi Khairy Yang Dua Kali Jadi Biawak Hidup

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 194 hits
Oleh Adam MalikCubaan Khairy Jamaluddin untuk melabelkan Presiden Umno sebagai biawak hidup gagal kerana orang dilontarkan soalan itu Saifuddin Nasution enggan terperangkap dan bijak membaca permainan Khqiry Dalam menyoal Saifuddin Khairy s...
Optimal Iron Filtration For Well Water A Guide To Clean Water

Rethink Strategy To Increase Organ Donation Rate

Senarai Terkini Universiti Terbaik Malaysia 2025

Corn Seller Goes Viral For Racist Notice Sorry Ini Jagung Tiada Jual Sama Orang Keling

Our Soft Offer

Mau Ngembangin Brand Biar Makin Cuan Saatnya Pakai Pendekatan Digital Campaign

Lelaki Misteri Pujuk Singa Terlepas Pulang Ke Kandang

Spm 2025 Trial Paper Questions Answers


echo '';
Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton

Senarai Keputusan Pemenang AJL 2025 Anugerah Juara Lagu 39 Live Di TV3 Dan Tonton

AJL 2025 Senarai Finalis Tarikh Cara Undi Hadiah Tiket Dan Segala Info Live Di TV3 Dan Tonton Anugerah Juara Lagu 39

Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia


Menatap Indahnya Gunung Fuji Dari Tepian Tasik Kawaguchi

Lawatan Penyelidik Universiti Sains Islam Malaysia Ke Center Of Technology Politeknik Ungku Omar Ipoh

Singgah Lunch Di Kafe Olla Janda Baik

Gambaran Suit Power Rangers X Digimon Adventure Bergabung Meletop

Ipang Sahabat Kecil Chord

Lyla Kamu Cantik Kamu Baik Chord