Luka Jahitan Bersalin Terbuka Ini 7 Tips Cepat Sembuh


C-section adalah pembedahan besar yang boleh menyebabkan luka jahitan bersalin.
Bagi sesetengah wanita, parut in mungkin akan pudar dari semasa ke semasa. Manakala sesetengahnya yang lain, mereka mempunyai parut yang menonjol, kekal, dan berbeza warnanya dengan warna kulit.
Justeru artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan luka jahitan bersalin dari segi cara untuk merawatnya sehingga sembuh dan tips elak parut yang ketara.
Baca juga:
Bentan Induce Bersalin Tempoh Cuti Bersalin  Apa itu luka jahitan bersalin Luka jahitan bersalin adalah luka berjahit apabila prosedur episiotomi dilakukan. Episiotomi adalah teknik memotong bahagian perineum di antara vagina dan anus ibu untuk memudahkan melahirkan bayi ketika bersalin.
Apabila seorang ibu itu melalui proses bersalin secara pembedaan seperti ini, mereka perlu lebih berjaga-jaga dan mengamalkan penjagaan rapi untuk memastikan luka tersebut segera sembuh.
Jenis luka jahitan bersalin Biasanya dalam proses melahirkan menggunakan kaedah C-section, doktor akan membuat dua hirisan.
Yang pertama adalah melalui kulit di bahagian bawah abdomen anda iaitu kira-kira satu atau dua inci di atas garis bulu kemaluan anda.
Mendatar: Hirisan melintang hampir 95% digunakan dalam C-section hari ini. Ia dilakukan di bahagian bawah rahim, yang lebih nipis dan kurang pendarahan.
Menegak: Juga dikenali sebagai hirisan “klasik” iaitu berada di bahagian tengah rahim. Hirisan ini dikhususkan atas sebab-sebab tertentu. Misalnya jika kelahiran pramatang, apabila bayi terletak rendah di dalam rahim atau ketika bayi berada dalam kedudukan luar biasa. Potongan jenis ini mungkin lebih menyakitkan sedikit dan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Jenis parut C-section Selalunya, parut C-section boleh sembuh dengan sempurna walaupun ia sering kelihatan lebih gelap daripada kulit sekeliling.
Walau bagaimanapun, kadangkala proses penyembuhan yang terlalu cepat ini boleh juga menyebabkan masalah parut.
Antara jenis parut yang selalu terjadi dari C-section adalah seperti:
Keloid: Parut keloid berlaku apabila tisu parut melepasi sempadan asal luka. Ia mungkin mengakibatkan ketulan tisu parut di sekeliling hirisan. Parut keloid biasanya sedikit tebal, timbul dan gatal. Parut hipertonik: Parut hipertonik lebih tebal berbanding keloid, lebih tegang dan biasanya lebih timbul daripada parut biasa. Berbeza dengan keloid, parut jenis ini ia kekal dalam sempadan garis hirisan asalnya. Berapa lama luka jahitan bersalin sembuh? Secara umumnya, luka jahitan bersalin boleh sembuh dalam masa dua hingga empat minggu.
Benang yang digunakan itu akan larut sendiri tanpa perlu dibuang selepas luka sembuh.
Luka akan menjadi lambat dan sukar untuk sembuh sekiranya anda mengabaikan penjagaan diri terutamanya dalam minggu-minggu awal selepas melahirkan anak.
Cara untuk luka bersalin cepat sembuh Pegawai Perubatan Klinik Ibu dan Anak MBBS, Dr Farhanah Ibrahim ada berkongsi beberapa cara untuk luka jahitan bersalin anda cepat sembuh:
1. Jaga kebersihan luka Bersihkan luka selepas setiap kali ke tandas. Alirkan air di tempat luka bagi mengelak jangkitan. Lalukan air bersih dan lap luka.
2. Dedahkan luka sekali sekala Jika berpeluang, ambil masa dalam sehari untuk membiarkan luka terdedah supaya luka dapat melalui pengudaraan yang baik.
3. Rapatkan punggung Rapatkan punggung ketika mengubah posisi untuk elak luka meregang.
4. Rendam dengan air garam Ambil segenggam air garam dan larutkan dalam satu bekas air panas. Campurkan dengan air biasa supaya menjadi suhu suam dan tuangkan ke dalam besen. Duduk di dalam besen itu dalam tempoh 10 hingga 15 minit.
5. Elak dari sembelit Minum air secukupnya dua hingga tiga liter sehari dan makan makanan yang kaya dengan fiber.
6. Lakukan senaman kemutan Tekan kawasan perineum dengan tuala wanita bersih ketika membuang air besar. Kerap meneran ketika membuang najis boleh menyebabkan luka meregang dan terbuka semula.
7. Lakukan sedikit tekanan ketika buang air besar Lakukan senaman kemutan untuk menguatkan semua otot pelvik yang mengembang sepanjang kehamilan.
Tips elak luka jahitan berparut Umumnya, hampir semua pembedahan akan meninggalkan beberapa bentuk parut
Namun anda boleh mengurangakn saiz parut dan kesan parut di peringkat awal proses pemulihan dengan:
Sapukan tempat luka anda dengan jeli petroleum atau lapisan gel silikon selepas pembedahan. Ambil antiobiotik untuk merawat luka dari dalam. Selepas luka tertutup, sapukan krim parut topikal untuk mengekalkan kelembapan kulit yang baru sembuh  Bila perlu jumpa doktor? Pastikan anda sentiasa periksa keadaan luka jahitan bersalin itu sebaik sahaja dibenarkan untuk pulang ke rumah.
Sekiranya terdapat tanda-tanda jangkitan, segera beritahu doktor anda. Antara tanda-tanda jangkitan yang dimaksudkan adalah:
Tempat luka berwarna merah, bengkak, panas apabila disentuh atau terbuka Anda mengalami demam lebih daripada 38°C Anda mengalami pendarahan faraj, berbau busuk, mempunyai gumpalan yang luar biasa besar Rasa sakit yang semakin teruk dari hari ke hari Anda mengalami bengkak, benjolan, sakit atau panas di betis  Anda mengalami sakit kepala yang teruk dan tidak hilang Bengkak di tangan, lengan, atau kaki Mengalami kesukaran untuk melihat Mengalami batuk, sesak atau nafas atau sakit di dada anda, yang boleh menjadi tanda bekuan darah Diharapkan semoga perkongsian kami ini berkenaan dengan luka jahitan bersalin dapat memberikan anda semua informasi dan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan rujukan bersama.
Sumber:
What to Know About Cesarean Scars. WebMD C-Section Scars: Types, Care and Healing. What To Expect

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/luka-jahitan-bersalin/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=luka-jahitan-bersalin

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Tanda Tanda Bersalin Mama Kena Tahu Perlu Cepat Cepat Ke Hospital

Tiga Tanda Tanda Bersalin Mama Kena Tahu Perlu Cepat Cepat Ke Hospital

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 257 hits
Bakal melahirkan anak pertama pastinya membuatkan bakal ibu tertunggu tunggu bilakah masanya yang paling tepat untuk bersalin Pelbagai pertanyaan dan rasa keliru bermain di minda Sakit yang bagaimana dan apa tanda tandanya yang ibu perlu se...
Persediaan Berpuasa Dan Tips Berseri Di Hari Raya

Persediaan Berpuasa Dan Tips Berseri Di Hari Raya

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 297 hits
Dah masuk bulan Syaaban kita ni ha Tak lama lagi Ramadan pulak Korang dah ganti ke puasa yang tertinggal Ramadan lepas Cepat cepat ganti tau Sempat lagi ni walaupun dah minit minit terakhir gitu Kalau sengaja tak ganti nanti kena bayar fidy...
Demam Panas Gejala Punca Tips Turunkan Suhu Badan

Demam Panas Gejala Punca Tips Turunkan Suhu Badan

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 350 hits
Setiap kali kita rasa badan panas kita sudah ada satu perspektif Ni mesti demam panas Namun tahukah anda setiap orang mempunyai pelbagai kategori suhu badan atas faktor faktor tertentu Artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda b...
Ini Tips Untuk Istiqamah Confirm Dapat Menyimpan Dan Menabung

Ini Tips Untuk Istiqamah Confirm Dapat Menyimpan Dan Menabung

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 166 hits
Sedih melihat duit yang baru disimpan selepas gaji keluar bagai air seperti tiada hala tuju Namun bagi ketua keluarga perlulah melunaskan komitmen yang sedia ada seperti perbelanjaan dapur dan juga utiliti rumah Menerusi satu video di TikTo...
Tips When Buying A Rolls Royce Ghost For Your Chauffeur Business

Tips When Buying A Rolls Royce Ghost For Your Chauffeur Business

papar berkaitan - pada 3/3/2024 - jumlah : 230 hits
Investing in a Rolls Royce Ghost for your chauffeur business is a significant step that speaks volumes about the quality and you intend to offer your clients The is not just a car it s a statement of sophistication comfort and unparalleled ...
Moody Romantic Bedroom Styling Tips

Moody Romantic Bedroom Styling Tips

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 171 hits
Creating a moody romantic bedroom involves combining rich colors soft textures and subtle lighting to evoke a sense of intimacy and coziness Here are some tips to help you achieve this stylish and inviting look The post appeared first on
Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang Dan Tips Diet Mesra Ginjal

Makanan Untuk Pesakit Buah Pinggang Dan Tips Diet Mesra Ginjal

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 311 hits
Hakikatnya tiada penawar bagi masalah buah pinggang kronik Namun gaya hidup sihat dapat membantu mengehadkan perkembangan penyakit ini Oleh itu terdapat beberapa makanan untuk pesakit buah pinggang yang sesuai untuk diambil Ayuh kita semak ...
Lima Tips Menjaga Kesehatan Selama Puasa Ramadan

Lima Tips Menjaga Kesehatan Selama Puasa Ramadan

papar berkaitan - pada 12/3/2024 - jumlah : 179 hits
Kementerian Kesehatan memberikan panduan atau tips menjaga kesehatan selama puasa di bulan Ramadan agar kondisi tubuh tetap fit
Wanita Muda Ini Beri Tips Cara Mudah Menghafal Alqur An Cocok Buat Anda Yang Sibuk

Wanita Muda Ini Beri Tips Cara Mudah Menghafal Alqur An Cocok Buat Anda Yang Sibuk

papar berkaitan - pada 13/3/2024 - jumlah : 192 hits
Diah tercatat sebagai salah satu mahasiswa aktif di Universitas Islam Negeri Maulana Malik Ibrahim Malang
Jbl Launches Tour One M3 Smart Tx Headphones With Lossless Audio Smart Transmitter And 70 Hour Battery Life

Siti Kasim Dares Madani Gov T To Imitate Pap S Mps Are Slaves Of The People Not Their Masters Benchmark

When The Jackals Rule

Malaysian Batik Takes The Spotlight As Official Attire For Asean Chairmanship 2025 Gala Dinner

Ejai Aziz Masa Lalu Chord

Mano Maniam More Than Just Uncle Chan He Had A Dream For Malaysia

New Life Wedge Turns The Ducati Scrambler 1100 Into A Caf Racer

Nothing Personal About Zafrul S Party Switch


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Selepas Setahun Elfira Loy Kongsi Catatan Persediaan Ibadah Haji

Ziarah Dan Solat Di As Salaam Masjid Okachimachi

Dirgahayu Tuanku

Free Money On The Go Why Kongnara S Mobile Design Feels Like A Dream

Rafizi Saya Tak Berminat Terima Jawatan Tertinggi Mana Mana Parti

Nora Danish Terkilan Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baru