Luangkan Waktu Bersama Bila Berkumpul


LUANGKAN WAKTU BERSAMA BILA BERKUMPUL | Assalammualaikum wbt. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Hihi. KEMBALI SEPI RUMAH MERTUA. Beberapa hari meriah sebab anak-anak buah balik rumah atok nenek. Serius, sangat-sangat la meriah. Ada macam-macam ragam. Anak-anak buah PC ni semua peringkat ada. Remaja. Kanak-kanak.  Bayi. Haaa bila berkumpul.. eh lagi satu, yang masih dalam perut pun ada. InsyaAllah hujung tahun ni PC dapat lagi anak buah baharu. Alhamdulillah. Yahooooooo.
Mula-mula balik kampung rasa pelik, kenapa Jumaat Sabtu balik kampung, bukan Sabtu Ahad ke. Eh, ni kan Johor. Tapi ni lama-lama dah terbiasa la kan. Jadi tak rasa pelik lagi dah. Jadi bila hari Khamis malam dah standby tunggu adik ipar balik rumah mertua bawa anak-anak mereka kumpul sama-sama. Dua keluarga je pun dah nak terjongket bumbung rumah atok nenek. Tu belum yang kat Pahang balik. InsyaAllah hujung tahun sekali bawa baby. Lepas habis pantang nanti baru balik kampung. Aamiin.
Bila ada anak buah yang berbeza peringkat umurnya, cara layanan pun tak boleh pukul sama rata. Fuhhh. Remaja dah boleh dijadikan kawan. Sembang cara dewasalah. Lebihkan nasihat sebenarnya kepada mereka. Lebih beri pendedahan dengan mendalam hal urus rumah ni. Lelaki ke, perempuan ke.. mesti belajar urus rumah. Mahu tidak mahu bukan cuma akademik sahaja yang perlu baik untuk kehidupan masa akan datang, ilmu urus rumah pun sangat perlu. Santuni anak remaja macam main layang-layang. Macam tarik rambut dalam tepung. Ada masa bertegas. Ada masa perlahan. Ada masa bergurau senda dan buat aktiviti yang tak bebankan otak dan perasaan. Salah satunya PC ajak mereka main GAME sama-sama la. Ini yang remaja tau. Bukan yang kanak-kanak. Apatah lagi baby tu ha. Biasanya PC minta izin ibu ayah mereka dululah. Bila dah dapat keizinan.. pilih la game yang santai je.. JOM POTONG BUAH BUAT JUS. Hahahaha.



Bila dah luang masa dengan anak yang remaja. Tak adillah yang kanak-kanak tu dibiarkan. Tak gitu. Mereka lebih-lebih lagi perlu betul acuannya. Memang anak kecil sekarang lebih menguasai gadjet dan media sosial. Lebih tahu berbanding yang tua-tua.  Tapi entah kenapa, PC lebih suka main dan gurau dengan mereka. Sebab kurang suka mereka terlalu asyik mengadap handphone. Tak apalah main pondok pondok ke. Main lukis-lukis ke.. main cikgu cikgu ke. Jom ummi main sama-sama.  Ada je  YouTube kids. Pun okay sebenarnya. Cuma tetap saja perlu pemantauan. Kalau tidak.. eh nyeberang juga mereka. Bahaya jugalah. Mereka ni tak tidur satu hari pun segar bugar je. Kita ni ha tersengguk sengguk ngantuk. Hahaha.
Hilangkan ngantuk macam mana?. Pergi layan dan kacau yang baby pulak. Haaa sergah sikit-sikit dah terhibur anak tu. Masalahnya tak nak dengan orang.Bila kita ambil dukung meraung macam kena cubit. Apalah. Jangan nanti dah besar sikit bila dah tak takut, kerja minya dukung je. Bengkok tulang pinggang. Maklumlah dah tua. Allahuakbar. "Alah bayi lagi mana dia faham". Jangan cakap gitu. Fuhhh silap tu. Walaupun masih baby janglah tunjuk perangai tak elok. Tunggu satu masa sikit lagi. Dia akan pulang dan muntahkan semula semuanya. Itu yang kadang macam ibu ayah cermin diri sendiri. Anak tu jadi cermin. Sungguh, sebab PC dah tengok sendiri. Parah. Jadi berhati-hatilah ya.
Kuantiti penting, tapi kualiti itu jauh lebih utama dan penting. LUANGKAN WAKTU BERSAMA BILA BERKUMPUL itu sangat penting. Lebih-lebih lagi bila dah lama sangat tak jumpakan. Masing-masing ada urusan dan kesibukkan sendiri. Itu lumrah. Jadi bila jumpa tu, duduk sama-sama. Bercerita. Sama-sama ketawa. Tarik dan serap aura positif sebanyak-banyaknya. Saling bertukar pendapat. Terbuka terima teguran. Sebab matlamatnya satu. Mahu sama-sama hidup di SYURGA FIRDAUS Allah swt di akhirat kelak. Itu je. Aamiin.
NOTA PC : tergigit tercubit tersinggung itu memang dapat dielak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.perducinta.com/2023/07/luangkan-waktu-bersama-bila-berkumpul.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kmy Kmo Waktu Chord

Kmy Kmo Waktu Chord

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 206 hits
Em waktu ini waktu itu D waktu ini Waktu itu C waktu ini Waktu itu Em D waktu ini waktu itu Rap D Dunia yang fantasi Em tak kekal di paksi D nafsu nafsi diri disaksikan yang maha saksi C tiada lagi sangsi bagi putaran transaksi Em yang mati...
Ada Yang Ejek Kami Dulu Ahli Nangis Marah Bts Kongsi Kisah Duka Kumpulan Waktu Awal Debut

Ada Yang Ejek Kami Dulu Ahli Nangis Marah Bts Kongsi Kisah Duka Kumpulan Waktu Awal Debut

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 153 hits
Bukan mudah tau untuk BTS berjaya menempa nama dalam dunia industri hiburan seperti sekarang ARTIKEL BERKAITAN Baru baru ini BTS telah melancarkan buku mereka sendiri berjudul BEYOND THE STORY 10 YEAR RECORD OF BTS berkongsi kisah suka duka...
Nak Sembuh Balik Bukan Senang Lihat Isteri Dibelah 7 Lapisan Perut Waktu Bersalin Sayang Haziq Bertambah

Nak Sembuh Balik Bukan Senang Lihat Isteri Dibelah 7 Lapisan Perut Waktu Bersalin Sayang Haziq Bertambah

papar berkaitan - pada 13/7/2023 - jumlah : 374 hits
Jika isteri yang melalui proses pembedahan ketika melahirkan anak terasa akan sakitnya namun suami yang berada disisi turut sama terkesan Melihat isteri dibelah perutnya untuk mengeluarkan ketiga tiga cahaya mata mereka menjadi detik paling...
Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 183 hits
Lepas makan malam di dorang saja nak jalan jalan ke tempat penginapan kami di Padi Sentral Homestay Marilah kita Tak ada seorang umat pun di luar Padi Sentral Homestay ni Mungkin masing masing keluar makan atau kepenatan berehat di bilik Pe...
Lirik Lagu Hasif Upin Ziana Zain Waktu

Lirik Lagu Hasif Upin Ziana Zain Waktu

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 619 hits
Lirik Lagu Hasif Upin Ziana Zain WaktuLirik Lagu Hasif Upin Ziana Zain Waktu Assalamualaikum Salam Sejahtera guys Entri kali ini MOMI nak kongsi kepada anda sebuah lagu dari Hasif Upin bersama Ziana Zain yang berjudul Waktu Lagu ini merupak...
Jadual Badminton Terbuka Kanada 2023 Waktu Malaysia

Jadual Badminton Terbuka Kanada 2023 Waktu Malaysia

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 416 hits
Jadual Badminton Terbuka Kanada 2023 Waktu Malaysia BILAKAH tarikh Kejohanan Badminton Terbuka Kanada 2023 bakal membuka tirai Untuk makluman anda Badminton Terbuka Kanada 2023 atau juga dikenali sebagai Yonex Canada Open bakal diadakan sec...
Taruhan Baharu Ziana Zain Waktu Duet Bersama Bintang Tiktok Hasif Upin

Taruhan Baharu Ziana Zain Waktu Duet Bersama Bintang Tiktok Hasif Upin

papar berkaitan - pada 4/7/2023 - jumlah : 346 hits
Siapa Hasif Upin ni sehingga begitu hebat mampu untuk berduet dengan penyanyi Lagend yang telah berpuluh tahun dan menang banyak anugerah Adakah setaraf bakat beliau sehingga boleh menjadi pilihan untuk gandingan lagu terbaharu Ziana Zain s...
Shakilla Khoriri Kecewa Anak Ditolak Waktu Bermain Minta Mak Ayah Ajar Adab

Shakilla Khoriri Kecewa Anak Ditolak Waktu Bermain Minta Mak Ayah Ajar Adab

papar berkaitan - pada 15/7/2023 - jumlah : 182 hits
Adab anak anak bermain pasti terjadi pergaduhan kecil atau aksi tolak menolak Namun pelakon Shakilla Khoriri meluahkan rasa kecewanya dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak peka dan berpesan kepada anak anak ketika bermain Menerusi aka...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Enam Bulan Tanpa Gaji Hafiz Mahamad Aina Utamakan Pekerja Lebih Dari Diri Sendiri

Jangan Tertipu Dengan Mekanik Bengkel Kereta

Ciri Ciri Kad Pengenalan Baru

Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk