Padi Sentral Homestay Di Waktu Malam


Lepas makan malam di Resto MF Kitchen, dorang saja nak jalan-jalan ke tempat penginapan kami di Padi Sentral Homestay. Marilah kita! Tak ada seorang umat pun di luar Padi Sentral Homestay ni. Mungkin masing-masing keluar makan atau kepenatan berehat di bilik.

Pengunjung luar pun tiada yang datang. Dah malam, siapa je yang nak datang bergambar di sini kan. Mestilah ramai datang waktu siang. Okay kita sambung cerita di Padi Sentral Homestay ni.

baca juga
check in Padi Sentral Homestay, Sekinchan

Suasana waktu malam Padi Sentral Homestay ni tenang je ditemani bunyian fauna di sekeliling. Memandangkan tak ada orang, boleh lah berlama-lamaan lepak di luar ni. Sambil tu bergambar di waktu malam.

Meriah lampu menghiasi suasana Padi Sentral waktu malam. Dihujung tempat parkir kereta ada cahaya spotlight menyimbah ruang menyinari malam. Tak ada spotlight tu mesti kelam suasananya


Logo Padi Sentral Homestay juga bercahaya. Menarik dilihat pada waktu malam. Nampaklah berseri sikit dengan cahaya tu kan


Tempat mula-mula yang dituju anak buah adalah buaian ni diberi nama 'hayun sawah padi'. Berebut masing-masing menunggu giliran. Sambil berbuai kita ambil gambar. Kalau waktu siang ni, mesti kena menunggu giliran.


Selain hayun sawah padi, ada cinta hati sawah padi. Kita pun tumpang lah sekali bergambar di sini. Cinta hati sawah padi ni bahagian bangunan Padi Sentral Homestay. Agak gelap sikit. 
Ambil gambar dengan bantuan flashlight handphone. Barulah nampak terang begini. Itupun macam kelam juga. Aduhaii...muka pun ready


Ke tangga pelangi pula. Anak buah bergilir gilir naik sampai atas. Saya pula hanya sekadar separuh tangga je. Gigil juga nak naik sampai atas dengan angin sepoi sepoi bahasa mengoncang tiang tangga pelangi setinggi 15 kaki ni

Dari jauh nampak tak tinggi, dah naik terus goyang lutut nak naik. Dorang steady je naik sampai atas. Sejak bila gayat tak tahulah...tsk tsk tsk..

Tangga menuju kayangan disimbahi cahaya spotlight, terang juga bergambar di tangga pelangi waktu malam.  Condongkan handphone ke atas sikit biar nampak visual seperti di kayangan gitu


Sedang berborak, terperasan rooftop yang dihiasi mentol warna kuning. Ada apa ek atas tu? Lepas dorang beredar, kami pun naik ke rooftop. Padahal dalam lif ada tampal gambar rooftop ni. Kami je tak perasan. Yang menginap tu bolehlah lepak santai di rooftop


Cantik permandangan malam di rooftop. Kami hanya sekadar ambil gambar dan video sahaja. Tak lepak lama sebab masing-masing kepenatan nak lepak dalam bilik je lah


Lorong bilik juga diterangi cahaya. Banyak juga bilik dalam satu level ni. Masa kami book pun hanya tinggal 3 bilik kosong je. Masa check sekali, terus full house


Permandangan dari tingkap bilik. Menarik juga permandangan waktu malam. Layan sekejap sebelum mandi, solat dan tidur.  

Tidur lena kami malam tu, kepenatan kesana kesini. Tenang...ribut jiwa..Eh, termenyanyi pula

Bersambung lagi...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2023/07/padi-sentral-homestay-di-waktu-malam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Check Out Padi Sentral Homestay Tamat Percutian 2 Hari 1 Malam Di Sekinchan

Check Out Padi Sentral Homestay Tamat Percutian 2 Hari 1 Malam Di Sekinchan

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 570 hits
Usai mandi dan solat subuh terus bersiap turun bawah nak ambil gambar di 4 port yang menarik sekitar Padi Sentral Homestay sebelum check out tengahari tu Walaupun malam tu dah bergambar di tempat tempat ni Tapi itu malam kita bergambar wakt...
Suzanna Datang Lagi Ramai Penonton Takut Untuk Keluar Rumah Pada Waktu Malam Selepas Menonton Movie Ini

Suzanna Datang Lagi Ramai Penonton Takut Untuk Keluar Rumah Pada Waktu Malam Selepas Menonton Movie Ini

papar berkaitan - pada 23/6/2023 - jumlah : 308 hits
Rina dan Rudi adalah pasangan suami istri yang baru menikah Mereka memutuskan untuk menghabiskan bulan madu mereka di Bali salah satu destinasi wisata terkenal di Indonesia Mereka memesan sebuah villa mewah yang terletak di pinggir pantai d...
Lirik Lagu Malam Pagi Saixse

Lirik Lagu Malam Pagi Saixse

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 855 hits
Lagu Malam Pagi nyanyian Saixse lagu viral di aplikasi TikTok dengan bait lirik lagu malam masih muda asal kau duduk macam tak buat apa yang banyak digunakan oleh pengguna TikTok Dikatakan lagu Malam Pagi ni lagu healing paling sedih Sesebu...
Makan Malam Di Mf Kitchen Tempat Makan Sedap Di Sekinchan

Makan Malam Di Mf Kitchen Tempat Makan Sedap Di Sekinchan

papar berkaitan - pada 6/7/2023 - jumlah : 290 hits
Selesai je urusan kakak kata nak makan di MF Kitchen Sekinchan Sedap katanya sebab dorang satu family pernah makan kat sini sebelum ni Orang dah suggest kita pun ikutkan je lah Elok jugalah dorang datang Sekinchan tak perlu nak ke Sabak Ber...
Jalan Jalan Malam Di Sekitar Hotel Penginapan

Jalan Jalan Malam Di Sekitar Hotel Penginapan

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 255 hits
Catatan Trip ke Bangkok Hari Pertama Rabu 28 Jun 2023 Malam pertama di ibu kota Thailand selepas menikmati hidangan pertama masakan Thai di Asma Kitchen saya dan Encik Suami berjalan jalan di sekitar kawasan hotel penginapan Beginilah suasa...
Tragedi Kepala Air Jenazah Tujuh Dari Sembilan Sekeluarga Telah Selamat Di Kebumi Satu Liang Lahad Malam Tadi

Tragedi Kepala Air Jenazah Tujuh Dari Sembilan Sekeluarga Telah Selamat Di Kebumi Satu Liang Lahad Malam Tadi

papar berkaitan - pada 5/7/2023 - jumlah : 236 hits
KUANTAN Jenazah tujuh daripada sembilan sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih Chukai Terengganu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felda Lepar Hilir 3 di Kuantan lewat malam ...
Suami Lafaz Talak Depan Anak2 Sewa Hotel Bersama Wanita Lain Pada Malam Jumaat

Suami Lafaz Talak Depan Anak2 Sewa Hotel Bersama Wanita Lain Pada Malam Jumaat

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 326 hits
Hati seorang isteri mana tidak luluh dan remuk apabila mendapat tahu suami tercinta berlaku curang di belakangnya setelah bertahun lamanya susah senang bersama dalam institusi rumah tangga Begitulah yang dirasai oleh seorang wanita menerusi...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Cari Jalan Turun Harga Kereta Ckd Untuk Rakyat

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Diam Tak Bertegur Sapa

Doa Malam 9 Nov 2025

Lelaki Maut Tiga Termasuk Kanak Kanak Cedera Kemalangan Di Laluan Berhampiran Sekolah Kebangsaan Desa Bakti Mentakab

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Masak Kari Ayam Bersantan

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi