Kisah Misteri Ketika Mendaki Bukit Batu Putih


Misteri kehilangan seorang pemuda, Mohamad Ashraf Hasan, yang lebih dikenali sebagai Acap, peserta larian Gopeng Ultra Trail dengan tiada sebarang petunjuk baharu ditemui, terus menjadi bualan netizen di media sosial. Pelbagai teori timbul dengan rata-rata netizen menyifatkan kehilangan Acap, ada kaitan dengan alam mistik.

Reiz Lan

Terbaharu seorang pemuda tampil berkongsi pengalaman menyeramkan semasa mendaki Bukit Batu Putih, Gopeng kira-kira dua tahun lalu di lokasi sama Acap dipercayai 'ghaib'.

Menurut Reiz Lan, dia nyaris masuk semula ke dalam kawasan hutan tebal itu selepas mendakwa dipanggil 'seorang budak' dekat lorong gelap.

"Bila dah keluar dari hutan tu, dah masuk kereta dan tukar kasut, masa tu saya tiba-tiba keluar dari kereta semula. Saya dah berjalan sebab dekat lorong nak masuk tu ada budak panggil.

"Masa tu saya dah tak sedar apa. Saya sendiri pun tak tahu kenapa saya nak pergi dekat budak tu. Nak kata tertarik bukan, tapi saya rasa macam nak pergi dekat dia," katanya.

Bagaimanapun, pemuda berusia 24 tahun itu bersyukur kerana kelakuan peliknya pantas disedarinya dua rakannya yang menaiki kereta sama.

"Kawan saya yang perempuan cakap dekat Jep (kawan seorang lagi) pergi tengok Lan. Dia (Jep) terus tarik saya masuk semula ke dalam kereta.

"Jep kata jom blah, jom blah. Itulah kira kali terakhir saya pergi hiking," katanya.

Ditanya mengenai kelibat yang melambai ke arahnya, Reiz Lan yang juga seorang jurusolek memberitahu dia hanya nampak bayang-bayang seorang budak.

"Waktu tu saya pandang ke kawasan hutan tiba-tiba tengok ada budak lambai-lambai ke arah saya. Dia tidak menyerupai manusia tapi saya hanya nampak bayang-bayang.

"Saya bersyukur kerana kawan saya pantas tarik saya masuk semula ke dalam kereta. Kalau saya masuk ke dalam hutan tu, tak tahulah apa jadi dekat saya selepas itu," katanya.

Reiz Lan berkata mereka memulakan pendakian selepas Asar dan mengambil masa lebih kurang 45 minit untuk sampai ke puncak.

"Laluan agak mencabar sebab keadaan bukit mencanak sedikit. Jadi kami terpaksa berjalan secara menyenget.

"Walaupun jarak tak jauh mana tapi kami ambil masa lama nak sampai ke puncak. Kami perlu tolong satu sama lain sepanjang perjalanan itu," katanya.

Dalam pada itu, Reiz Lan yang berasal dari Batu Gajah, Perak, turut mendedahkan dia turut ternampak beberapa kelibat menyerupai manusia menemani mereka menuruni kawasan berbukit itu.

"Kami turun pun lepas habis solat Magrib di puncak bukit. Semasa nak turun tu keadaan agak gelap dan kami hanya bertemankan lampu suluh di kepala. Kami sering perhati kawan masing-masing kat belakang ada ke tak.

"Masa separuh perjalanan tu saya perasaaan sesuatu, saya pandang belakang dan beritahu kawan kenapa macam ramai dekat belakang dalam lima orang, ada geng lain ke? Kawan saya ni dia tahu saya jenis senang nampak benda pelik-pelik.

"Dia cakap jangan pandang belakang, tengok je depan. Saya dah rasa tak sedap hati. Saya pandang kiri pandang kanan saya nampak macam ada orang lalu tapi sekali imbas dia hilang," katanya.

Reiz Lan mendedahkan dia sebenarnya mempunyai kelebihan boleh melihat makhluk halus.

"Saya pernah kena banyak kali, dekat kedai makan, pergi kem pun kena juga. Saya ni sebenarnya lemah semangat.

"Jadi bila selalu kena terutamanya selepas kes hiking di Bukit Batu Putih, saya terus berubat. Sejak dari itu saya dah lama tak nampak benda bukan-bukan," katanya.

Sementara itu, Reiz Lan berkata dia terpanggil berkongsi pengalaman menyeramkan tersebut kerana sedih apabila orang ramai melemparkan pelbagai teori tidak benar mengenai kehilangan Acap.

"Ada orang kata saya nak popular tapi sebenarnya saya hanya ingin berkongsi kisah benar yang saya pernah lalui sendiri. Kalau kita tengok orang komen bukan-bukan pun ada.

"Orang boleh cakap apa sahaja kerana mereka sendiri tidak pernah melalui situasi itu. Saya sebak bila tengok video mak dia (Acap). Dalam hati pun terfikir macam manalah situasi dia sekarang ini," katanya.

Pada masa sama, pemuda itu turut berharap agar Acap dapat ditemui segera.

"Saya sentiasa mendoakan agar Acap ditemui segera. Kasihan dekat mak dia walaupun sakit tetapi tetap gigihkan diri naik bukit untuk cari anak dia.

"Saya juga ingin kongsikan nasihat arwah Opah saya kalau masuk hutan kena beringat. Jangan sesekali ingkar. Nak mula sesuatu bacalah Bismillah," katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
6 Lokasi Hiking Pilihan Ramai Di MalaysiaKenapa Syaitan Memilih Waktu Senja?
sumber: mstar



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/04/kisah-misteri-bukit-batu-putih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Klip Video Terakhir Dipercayai Acap Dikesan Ketika Di Puncak Bukit Batu Putih

Klip Video Terakhir Dipercayai Acap Dikesan Ketika Di Puncak Bukit Batu Putih

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 2082 hits
Klip Video Terakhir Dipercayai Acap Dikesan Ketika Di Puncak Bukit Batu Putih ok Kehilangan Mohammad Ashraff Hassan 29 ketika larian Gopeng Ultra Trial di Gua Tempurung masih lagi misteri Menerusi laman page Facebook Gopeng ULTRA mereka mem...
Geng Mencari Dengar Suara Acap Semalam Rupanya Nenek Moyang Sudah Larang Jangan Naik Bukit Batu Putih

Geng Mencari Dengar Suara Acap Semalam Rupanya Nenek Moyang Sudah Larang Jangan Naik Bukit Batu Putih

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 1282 hits
Walaupun segenap usaha sudah dilakukan untuk mencarinya Acap masih belum ditemui lagi Walaupun operasi pencarian oleh pihak berkuasa sudah dihentikan sepenuhnya 1 tengahari semalam namun pencarian tetap diteruskan dalam skala kecil oleh pol...
Pemilu India Ketika Sapi Bisa Jadi Batu Sandungan Modi

Pemilu India Ketika Sapi Bisa Jadi Batu Sandungan Modi

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 273 hits
Banyak petani mendukung partai nasionalis pengusung Modi ketika dia akhirnya berkuasa pada 2014 Tapi kebijakan soal sapi menjadi masalah pelik bagi warga daerah terpencil
Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri

Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri

papar berkaitan - pada 3/4/2019 - jumlah : 724 hits
Selain Acap Ini Adalah Kisah Mereka Yang Pernah Hilang Ada Yang Berkait Dengan Kisah Misteri Malaysia digemparkan dengan kehilangan Acap atau nama sebenarnya Mohammad Ashraf Hassan yang disahkan hilang ketika mengikuti acara larian Gopeng U...
Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin Airasia Dikecam Ketika Solat

Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin Airasia Dikecam Ketika Solat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 443 hits
Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin AirAsia Dikecam Ketika Solat Bila bercakap tentang ibadah kepada Allah SWT setiap insan yang hidup di dunia ini wajib sujud kepada Allah Tak kiralah tua muda kaya miskin berkemampuan atau tidak anda...
Ramai Bawak Benda Syirik Trek Batu Putih Ditutup

Ramai Bawak Benda Syirik Trek Batu Putih Ditutup

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 537 hits
Ramai Bawa Benda Syirik Trek Batu Putih Ditutup ok Penduduk Kampung Pintu Padang Gopeng terkilan dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang melakukan perkara berunsur syirik ketika operasi mencari dan menyelamat peserta Gopeng Urban ...
Nur Umaisarah Sameon Menceritakan Apa Terjadi Ketika Dia Hilang Secara Misteri Selama 19 Hari Di Gunung Tahan

Nur Umaisarah Sameon Menceritakan Apa Terjadi Ketika Dia Hilang Secara Misteri Selama 19 Hari Di Gunung Tahan

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 570 hits
Artikel dibawah dipetik daripada keratan suratkhabar tempatan Siapa masih ingat lagi satu kes hilang di Gunung Tahan melibatkan seorang wanita berusia 21 tahun yang pernah menggemparkan negara satu masa dahulu Wanita itu bernama Nur Umaisar...
Mahasiswa Uin Makassar Tewas Tertimpa Batu Saat Mendaki Gunung Lompobattang

Mahasiswa Uin Makassar Tewas Tertimpa Batu Saat Mendaki Gunung Lompobattang

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 169 hits
Batu itu mengenai wajahnya hingga terjadi pendarahan dan meninggal dunia saat perjalanan evakuasi turun dari gunung ke rumah warga di lingkungan Lembang Bu ne Kelurahan Cikoro Kecamatan Tompobulu Kabupaten Gowa
Pusat Penjaja Bukit Unggul Sebuah R R

Pusat Penjaja Bukit Unggul Sebuah R R

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 673 hits
Semenjak laluan susur masuk Southville ke Lebuhraya Utara Selatan dibuka kami banyak menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Kuala Lumpur pada setiap pagi Tambahan pula Persimpangan Dengkil sedang melalui pembinaan persimpangan berting...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Nooohhhhh Punya Kawaq

Maksud Dia Boleh Fitnah Ok Ja Pas Halalkan Gitu La Gamoknye

Isteri Czer Tiga Kali Komen Suami Ni Buat Ramai Respect Malu Berdebat Dengan Orang Yang Lahirkan Anak Saya

Nabila Razali Selamat Bersalin Anak Pertama Timang Cahaya Mata Lelaki

Makan Laksa Sarawak Di King Laksa

Pantun Hujung Tahun Dan Selamat Bercuti