Veteran Perang Dunia Kedua Jepun Bukan Wira



Adalah wajar jika ada pihak membina tugu memperingati sejarah Perang Dunia Kedua yang mana negara kita terlibat secara langsung. Namun, adalah tidak wajar jika tugu itu bertujuan untuk memperingati 'wira tentera Jepun'.

Sejarah mencatatkan tentera Jepun bertindak kejam terhadap rakyat Tanah Melayu sepanjang pendudukan tentera Jepun. Itu adalah sejarah yang tidak wajar diubah walau dengan apa alasan sekalipun.

Kalaupun ingin mewujudkan keamanan sejagat atas dasar sekarang, tidak wajar diubah catatan sejarah. Yang perlu dipupuk sekarang ialah sikap memaafkan dan menerima Jepun sebagai rakan.

Lupakan kisah lalu, tetapi bukan mengubah sejarah sehingga mengangkat tentera Jepun sebagai wira. Kalau Jepun ingin mengangkat tentera mereka sebagai wira, buatlah di negara Jepun.

Umum mengetahui negara kita antara lokasi yang menjadi medan peperangan ketika Perang Dunia Kedua. Malah negara kita menjadi antara lokasi pertama berlaku pertempuran menandakan bermulanya Kempen Perang Dunia Kedua pada 8 Disember 1941 yang melibatkan Kuasa Paksi dan Kuasa Berikat.

Kuasa Paksi adalah gabungan kuasa ketenteraan melibatkan Jerman, Itali dan Jepun. Makanaka Kuasa Berikat pula terdiri British, Amerika Syarikat dan beberapa buah negara lain. 

Tanah Melayu menjadi pilihan Jepun disebabkan dasar Asia Raya yang dilaungkan oleh Jepun, yakni Asia Untuk Orang Asia. Jepun berusaha membebaskan negara-negara di Asia daripada penjajahan Barat. Tanah Melayu yang berada di tangan British mesti diberi keutamaan untuk dibebaskan. Tambahan, British adalah pihak lawan dalam Pihak Berikat. 

Negara Thailand yang tidak dijajah oleh mana-mana kuasa tidak diserang oleh Jepun. Sebab lain, Thailand memberi kerjasama membenarkan kawasan negaranya dijadikan laluan untuk Jepun menyerang Tanah Melayu. 

Tentera Jepun mendarat di Patani dan Singgora (Songkala) di Selatan Thailand, sebelum mara menyerang ke utara Tanah Melayu meliputi Perlis dan Kedah, seterusnya bergerak ke selatan.

Manakala itu, negeri Kelantan tercatat dalam sejarah sebagai tempat pertama meletusnya Perang Dunia Kedua di negara kita, bahkan juga di dunia. Pertempuran di Kelantan adalah kira-kira 95 minit lebih awal daripada pertempuran di pengkalan angkatan laut Amerika Syarikat di Pasifik, iaitu Pengkalan Pearl Harbour di Kepulauan Hawai. 

Kenyataan menyatakan Pearl Harbour terlebih dahulu dibom berbanding Kota Bharu ada berdasarkan waktu tempatan di sana, iaitu 8.00 pagi pada 7 Disember 1941. Sedangkan sebenarnya jika waktu itu “disamakan”, peperangan yang meletus di Kota Bharu adalah lebih awal.   

Pantai Pak Amat atau kini lebih dikenali Pantai Sabak dan sekitar kawasan Pulau Panjang merupakan tempat pertama pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu dan menjadi medan pertempuran yang amat dahsyat.

Tentera Jepun mula menyerang dan mendarat di Pantai Sabak pada 8 Disember 1941, kira-kira jam pukul 1.15 pagi. Seramai 5,300 orang tentera Jepun yang dikenali Detasemen Takumi yang dipimpin Mejer Jeneral Takumi terlibat dalam serangan tersebut. 

Detasemen tersebut terdiri Rejimen Ke 56 Infantri, satu bateri meriam, dua laras meriam tembak cepat, satu bateri meriam anti pesawat, satu kompeni jurutera, satu seksyen semboyan dan satu seksyen bantuan perubatan. Detasemen tersebut turut dilengkapkan dengan satu hospital medan.

Detasemen Takumi adalah sebahagian kekuatan daripada Ketumbukan ke 25 pimpinan Leftenan Jeneral Yamashita yang dipertanggungjawabkan untuk menakluki Malaya.

Anggota ketumbukan tersebut menaiki kapal perang Awagisu Meru, Ayatosan Meru dan Sakura Meru dengan diiringi oleh empat buah kapal lain. Ketika kapal-kapal tersebut berada kira-kira dua kilometer menghampiri pantai, telah ditembak oleh meriam dan kapal terbang perang tentera British sehingga musnah. 

Ketika kapal mereka hampir tengelam, sebahagian tentera telah berjaya diturunkan menaiki bot-bot kecil. Selebihnya terpaksa terjun ke laut dan berusaha berenang ke pantai. Pun begitu, mereka telah dibekalkan dengan pelampung getah. 

Pendaratan tentera Jepun telah ditentang hebat oleh tentera British berketurunan Punjab yang berada dalam kubu kebal di tepi pantai. Tentera Jepun terpaksa membina kubu sementara dengan menggali pasir pantai menggunakan tangan hingga paras bahu. Pergerakan agak terbatas kerana waktu malam yang gelap.

Jadi, tentera Jepun terpaksa menghentikan sementara pergerakan menuju ke darat, menunggu waktu siang. Selain halangan tembakan, serangan tentera Jepun berhadapan rintangan kawat berduri dan periuk api yang dipasang tentera British. Banyak tentera Jepun terkorban akibat letupan periuk api di sepanjang kawasan pantai.    

Pertempuran di tepi pantai berlangsung sepanjang hari mengakibatkan seramai 320 orang tentera Jepun terbunuh dan 538 orang lagi mengalami kecederaan. Bagaimanapun, tentera Jepun memperoleh kejayaan besar mendarat di situ.

Pendaratan di Pulau Panjang dan Pantai Pak Amat adalah bertujuan memudahkan menguasai Lapangan Terbang Pengkalan Chepa yang menjadi pengkalan pertahanan udara utama tentera British. Banyak pesawat tempur British ditempatkan di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.  

Setelah mendarat, tentera Jepun terus mara dan menguasai Lapangan Terbang Pengkalan Chepa yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Pantai Sabak pada pukul 8.00 malam, iaitu kira-kira tujuh jam 45 minit selepas mendarat. 

Bandar Kota Bharu pula berjaya ditawan pada pukul 2.00 petang keesokan harinya. Sebelum berjaya menawan Kota Bharu, tentera Jepun terpaksa berdepan dengan tentangan hebat tentera British yang mempertahanan di sepanjang Jalan Pengkalan Chepa, Jalan Tok Hakim, Jalan Temenggong dan Jalan Padang Garong.

Setelah menguasai Kota Bharu, tentera Jepun terus mara ke selatan dan sedikit demi sedikit terus menguasai Tanah Melayu hingga ke Johor Bharu pada 31 Januari 1942, iaitu selepas 54 hari mendarat di Kelantan.

Pergerakan tentera Jepun dari satu kawasan ke kawasan ke selatan mengguna basikal. Penggunaan basikal lebih mudah walaupun kebanyakan jambatan telah dibom oleh tentera British ketika proses berundur ke selatan.

Tentera Jepun berjaya mendarat di Singapura pada 8 Febuari 1942 untuk mengalahkan tentera British yang masih bertahan di pulau tersebut. Kisah keberanian Leftenan Adnan menentang tentera Jepun di Bukit Candu, Pasir Panjang, Singapura adalah antara pertempuran terakhir sebelum British secara rasmi menyerah kalah.

Pada 15 Febuari 1942, Komandan tentera British, Leftenan Jeneral A.E. Percival secara rasmi mengaku kalah kepada Jepun yang diketuai Leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita. Ini bermakna seluruh Tanah Melayu, termasuk Singapura yang sebelum itu dikuasai British jatuh ke tangan tentera Jepun dalam misi peperangan selama 70 hari.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bicaramentari.blogspot.com/2019/03/cdf_45.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
V Makhluk Asing Yang Menjadi Rebutan Era Perang Dunia Kedua

V Makhluk Asing Yang Menjadi Rebutan Era Perang Dunia Kedua

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 313 hits
Gambar pada tahun 1943 yang menunjukkan Hitler seorang pegawai Nazi dan makhluk asing dikenali hanya sebagai V Dilaporkan bahawa V terpaksa menggunakan topeng gas khas kerana dia tidak boleh bernafas di Bumi Hitler menangkap V dan menggunak...
Pasport Jepun Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

Pasport Jepun Singapura Dan Korea Selatan Paling Berkuasa Di Dunia 2019

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 317 hits
Jepun Singapura dan Korea Selatan mempunyai pasport paling berkuasa di dunia pada tahun 2019 demikian pendedahan ranking terbaharu oleh firma penasihat Henley Partners menerusi Indeks Pasport Henley Menurut firma itu warga tiga negara berke...
Kerajaan Kedah Harus Roboh Tugu Wira Jepun Secepat Mungkin

Kerajaan Kedah Harus Roboh Tugu Wira Jepun Secepat Mungkin

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 328 hits
PEMUDA MCA menggesa penyokong penyokong Pakatan Harapan supaya tidak memutar belit fakta untuk mengelirukan rakyat mengenai isu tugu askar Jepun yang sudah adanya sejak pentadbiran BN dahulu Menurut sejarah semasa Perang Dunia Kedua penjaja...
50 Pengurus Terbaik Dunia Diiktiraf Sir Alex Ferguson Berada Di Tangga Kedua

50 Pengurus Terbaik Dunia Diiktiraf Sir Alex Ferguson Berada Di Tangga Kedua

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 301 hits
50 pengurus terbaik dunia diiktiraf Sir Alex Ferguson berada di tangga keduaFerguson memenangi 13 kejuaraan Liga Perdana MAJALAH bola sepak Perancis mengiktiraf 50 pengurus pasukan terbaik sepanjang zaman namun legenda Sir Alex Ferguson dar...
Gila Kerajaan Kedah Gelar Askar Jepun Sebagai Hero Dan Wira

Gila Kerajaan Kedah Gelar Askar Jepun Sebagai Hero Dan Wira

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 633 hits
Pada pendapat saya langkah kerajaan PH Kedah untuk merasmikan Tugu Wira Jepun minggu lepas serta memberi gelaran wira atau hero kepada askar askar Jepun yang menyerang dan menjajah Tanah Melayu pada masa itu adalah tidak wajar Khamis 21 3 2...
Wiranto Klaim Indonesia Jadi Negara Teraman Ke 9 Di Dunia

Wiranto Klaim Indonesia Jadi Negara Teraman Ke 9 Di Dunia

papar berkaitan - pada 12/3/2019 - jumlah : 278 hits
Menteri Koordinator Bidang Hukum dan HAM Wiranto mengklaim Indonesia merupakan negara teraman ke 9 di dunia bagi investor untuk menanamkan modal Karena itu para investor tak perlu ragu untuk menanamkan modalnya
Bakal Indius 11 Hari Lagi Raja Farah Tak Sabar Menyambut Kehadiran Anak Kedua

Bakal Indius 11 Hari Lagi Raja Farah Tak Sabar Menyambut Kehadiran Anak Kedua

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 681 hits
Bakal menjalani prosedur indius dalam masa 11 hari aktres Raja Farah teruja untuk menatap anak keduanya Teruja untuk melihat si kecil yang dikandung selama ini selamat lahir adalah fitrah bagi seorang ibu Itulah yang dirasai oleh aktres dan...
Buku Panduan Samsung Galaxy A2 Core Tertiris Peranti Android Go Kedua Samsung

Buku Panduan Samsung Galaxy A2 Core Tertiris Peranti Android Go Kedua Samsung

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 250 hits
Samsung nampaknya bersungguh sungguh memulakan strategi pengeluaran telefon pintar seakan pengeluar China seperti Xiaomi Oppo Vivo dan lain lain Selepas Galaxy A baru dan Galaxy M20 Samsung dilihat ingin hadir dengan peranti Android Go kedu...
Tv Alhijrah Terima Anugerah Rakan Perniagaan Strategik Kali Kedua

Tv Alhijrah Terima Anugerah Rakan Perniagaan Strategik Kali Kedua

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 580 hits
TV AlHijrah terus maju mengorak langkah menjadi stesen televisyen Islam yang menggerak potensi dan memperkasakan ekonomi ummah apabila menerima anugerah The BrandLaureate SMEs Best Brand Awards 2018 2019 dalam kategori Anugerah Rakan Pernia...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp