Ltdl 2020 Pelumba Perancis Menang Perlumbaan Klasik


LANGKAWI, 15 FEB: Pelumba Perancis Johan Le Bon dari pasukan B&B Hotel Vital Concept berjaya mengatasi saingan hebat daripada pelumba lain di garisan penamat untuk memenangi Perlumbaan Klasik Antarabangsa Malaysia, sejauh 159 kilometer di Kuah di sini hari ini.
Juara perlumbaan lebuh raya remaja dunia 2008 itu mengalahkan pelumba dari Australia Jesse Ewart (Team Sapura Cycling) dan rakan senegara Lucas De Rossi (Nippo Delko One) pada acara perlumbaan yang berlangsung selepas Le Tour de Langkawi 2020.
Kemenangan itu membolehkan, Le Bon membawa pulang RM10,000 serta 125 mata ranking dunia UCI, manakala Ewart di tempat kedua memenangi RM5,500 dan 85 mata dan De Rossi di tempat ketiga (RM3,000 dan 70 mata).
Raja Bukit LTdL 2020 Muhamad Nur Aiman Zariff, berjaya membuktikan keunggulannya apabila memenangi anugerah ‘Pendaki Terbaik’ dengan mengutip 11 mata dan membawa pulang RM1,000.
Bercakap pada sidang media selepas perlumbaan, Le Bon, 29, gembira atas kemenangan pertamanya musim ini, sekali gus menamatkan kemarau kemenangan beliau sejak kali terakhir memenangi pra-perlumbaan di kejohanan Tour de l’Ain di negaranya pada 2017.
“Saya agak penat kerana ia satu perlumbaan yang sukar dan juga kerana kami baru sahaja menamatkan LTdL, semalam, semua orang agak penat. Tetapi saya memecut di peringkat akhir bersama pelumba Sapura (Ewart) dan rancangannya hanya untuk berada di hadapan kumpulan mengejar dan kami berjaya lakukannya,” kata Le Bon.
Beliau juga berkemungkinan untuk kembali menyertai LTdL pada masa hadapan selepas meraikan kejayaannya dalam penyertaan kali pertamanya itu.
Berkongsi perasaan yang sama, Ewart berasa agak gembira dengan keputusan hari ini, walaupun telah diatasi Le Bon di garisan penamat, walaupun pelumba-pelumba Sapura mendominasi kumpulan hadapan pada perlumbaan sehari ini.
“Ia oklah, kami cuba jadikan perlumbaan ini sukar. Tetapi pada pendakian terakhir kami nampak peluang untuk memecut, tetapi beliau ada sedikit kelebihan,” kata pelumba berusia 25 tahun yang menamatkan perlumbaan Jayco Herald Sun Tour, awal bulan ini di negaranya.
Muhamad Nur Aiman, 22, turut berkongsi kegembiraan setelah mengungguli gelaran raja bukit pada perlumbaan sehari berkenaan, yang merupakan kemenangan kedua setelah meraih jersi merah atau raja bukit pada saingan LTdL, semalam.
“Aiman gembira dapat meneruskan kemenangan pada hari ini, selepas menang jersi merah dalam perlumbaan LTdL, semalam.
“Untuk strategi perlumbaan hari ini, Aiman sentiasa cuba berada dalam kelompok hadapan, dan apabila menghampiri KOM (zon pendakian), Aiman cuba meraih mata dan Aiman gembira dapat mengutip mata untuk perlumbaan ini,” jelas anak jati Setiu, Terengganu itu.
– BERNAMA

Free IPTV @5tr0kk +500 Channel


Tonton TV online secara percuma dari handfon atau android box anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ohsemput.blogspot.com/2020/02/ltdl-2020-pelumba-perancis-menang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ltdl 2020 Pelumba Negara Lakar Kejutan

Ltdl 2020 Pelumba Negara Lakar Kejutan

papar berkaitan - pada 16/2/2020 - jumlah : 354 hits
Kejohanan Berbasikal Le Tour De Langkawi 2020 memasuki Edisi ke 25 dimana penganjuran ini menaksikan wakil negara berjaya mencipta kejutan dalam kejohanan kali ini Pelumba muda dari Setiu Terengganu Nur Aiman Zariff daripada Sapura Cycling ...
9 Nominasi Film Terbaik Yang Bakal Bertarung Di Oscar 2020 Kira Kira Film Apa Yang Bakal Menang

9 Nominasi Film Terbaik Yang Bakal Bertarung Di Oscar 2020 Kira Kira Film Apa Yang Bakal Menang

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 282 hits
Ada satu film berbahasa asing dan beberapa film rilisan Netflix persaingan ketat nih Mana aja yang udah kamu tonton Guys
Sukan Basikal Petronas Ltdl Ke 25 2020 Bermula Di Sabah

Sukan Basikal Petronas Ltdl Ke 25 2020 Bermula Di Sabah

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 1395 hits
Tirai PETRONAS Le Tour de Langkawi 2020 disingkap dalam suasana meriah dengan berlangsungnya majlis Pengenalan Pasukan yang menampillkan semua 21 pasukan yang bersaing pada edisi ke 25 Barisan pasukan terdiri dari satu pasukan dunia lima pa...
Youtube Akan Menamatkan Penawaran Rekaan Youtube Klasik Di Desktop Pada Mac 2020

Youtube Akan Menamatkan Penawaran Rekaan Youtube Klasik Di Desktop Pada Mac 2020

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 203 hits
https ift tt 31r8rJU YouTube kini telah mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan penawaran rekaan klasik di desktop pada bulan Mac 2020 kelak Selepas tarikh berkenaan semua pengguna akan hanya dapat mengakses YouTube di desktop mengguna...
Mamat Ungguli Peringkat Ke 7 Ltdl 2020

Mamat Ungguli Peringkat Ke 7 Ltdl 2020

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 270 hits
Mamat ungguli peringkat ke 7 LTdl 2020 Dikemas kini 12 minit yang lalu Diterbitkan pada 13 Feb 2020 1 50PM
Gegar Vaganza 11 Senarai Lagu Minggu Ke 10 Dan Keputusan Minggu Ke 9

Plan Your Travels Dpm Says After Govt Ends Toll Free Rides During Festivities

Richtech Digital Berhad Lancar Prospektus Ipo Pasaran Ace

Revision Of Mahb Takeover Terms Sets Unhealthy Precedent Says Wan Fayhsal

Life S A Gift Pass It On Why You Should Donate Blood

Kenapa Mp Mp Umno Membisu Takut Kepada Dap

Anwar I Went Through Hell In Prison But Won T Treat Najib That Way

Tawaran Pakej Haji Terbaik Dan Premium Dari Mkm


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


A Culinary Journey Through The Heart Of Southeast Asia

Consultant

Road Safety Activist Hails End To Toll Waivers

The Agc S Deafening Silence May Affect Malaysia S Reputation

Malaysia S Non Muslim F B Owners At Crossroads You Are Viewed With Suspicion With Or Without Halal Certs

Apom Manis Bubur Campur