Sukan Basikal Petronas Ltdl Ke 25 2020 Bermula Di Sabah



Tirai PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 disingkap dalam suasana meriah dengan berlangsungnya majlis Pengenalan Pasukan yang menampillkan semua 21 pasukan yang bersaing pada edisi ke-25.

Barisan pasukan terdiri dari satu pasukan dunia, lima pasukan pro, 14 pasukan benua dan satu pasukan kebangsaan diperkenalkan pada majlis mencatat sejarah tersendiri yang berlangsung buat julung kali di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

LTdL kembali ke Sabah dan Sarawak selepas tempoh 23 tahun, sekali gus mencatat satu lagi kegemilangan buat perlumbaan yang kini tersenarai sebagai ProSeries mulai tahun ini.

Acara pembuka saingan bermula dengan perlumbaan Kriterium Antarabangsa sejauh 90 kilometer di sekitar bandar Kota Kinabalu sebelum bermulanya saingan sebenar Peringkat 1 di Kuching Jumaat ini.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam ucapan menerusi tayangan video pada majlis berkenaan, memberikan kata-kata ransangan buat pelumba, pegawai dan keseluruhan rombongan LTdL 2020.

“Biarpun tidak hadir secara fizikal, saya tetap akan mengikuti perkembangan perlumbaan ulung negara ini secara dekat. Saya berjanji akan menemui anda semua pada saingan hari terakhir di Langkawi pada 14 Februari ini,” kata Tun Dr Mahathir yang mengulangi keistimewaan LTdL sebagai acara seharusnya menjadi kebanggaan semua.“Saya menyeru supaya semua yang terbabit dalam penganjuran LTdL ini berusaha lebih keras untuk mencatatkan kebanggaan dan pencapaian baru. Adalah menjadi harapan saya supaya kita dapat menaikkan status perlumbaan sebagai acara penuh berprestij kepada acara yang mempunyai identiti yang kukuh dan dapat terus bertahan untuk tempoh 25 tahun lagi.”
Tun Dr Mahathir melahirkan harapan supaya LTdL menjadi setanding Giro d’Italia dan Tour de France yang menyaksikan peminat sukan berbasikal antarabangsa merancang beberapa tahun lebih awal untuk mengalami kemeriahan perlumbaan dan menikmati keindahan negara berkenaan.

“Saya yakin ini mampu dicapai. Pada masa ini, pelumba kita sudah bertaraf dunia dan untuk mencapai apa yang dicapai oleh Giro d’Italia dan Tour de France, kita mestilah terlebih dahulu menarik penyertaan peminat dan komuniti dalam sukan berbasikal. Untuk itu, kita mesti bijak melakukan perancangan yang komprehensif dan mula melaksanakan usaha bagi merealisasikannya,” kata Tun Dr Mahathir.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ketua Pegawai Operasi Human Voyage, Shahaizereen A Hamid dan Naib Presiden PETRONAS, Bacho Pilong yang mewakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Syed Saddiq dalam ucapannya memuji usaha penganjur sambil menggesa orang ramai dan peminat menyokong edisi kali ini dengan menyertai pelbagai acara selain memberikan sokongan padu kepada pelumba.

Lumba basikal, kata beliau, mempunyai jumlah peminat yang ramai mencecah anggaran 3.5 bilion di Eropah, Amerika Utara dan China.

“Tahun ini, saingan akan ditayangkan secara langsung kepada ratusan juta penonton menerusi siaran langsung Eurosport2 di 52 buah negara dan 11 negara di Eurosport Asia-Pasifik.“Di negara China, perlumbaan akan disiarkan di saluran Hainan TV, Qinghai Satellite TV dan Zhibo TV. Qinghai Satellite TV sahaja mempunyai jumlah pengguna berdaftar lebih 700 juta manakala Hainan Satellite TV lebih 650 penonton berdaftar,” kata Syed Saddiq sambal menambah LTdL 2020 juga akan dipromosikan menerusi platform digital popular di China seperti WeChat, Weibo selain di saluran YouTube Human Voyage.
Syed Saddiq melahirkan penghargaan kepada semua barisan penaja seperti penaja acara PETRONAS, penaja utama Genting Malaysia Berhad dan MMC, serta penaja rasmi lain seperti KLCC dan Putrajaya Holdings selain Volkswagen, Berjaya dan Bank Rakyat.

Sementara itu, Wan Zulkiflee berkata, PETRONAS menghargai jalinan kerjasama dengan LTdL sekali lagi pada tahun ini.

“Penajaan ini bertepatan dengan komitmen PETRONAS ke arah membangunkan negara menerusi pembinaan tenaga insan. Kami memperakui usaha mewujudkan nilai dan impak sosial sebagai asas untuk mewujudkan negara yang progresif dan mampan,” katanya.
Saingan LTdL 2020 bermula dengan acara “pemanas badan” Kriterium Antarabangsa Malaysia sebelum bermula jelajah sebenar Peringkat 1 di Kuching Jumaat ini.

LTdL 2020 akan berpindah merentasi Laut China Selatan menuju ke Kuala Terengganu untuk Peringkat 2 pada Sabtu ini sebelum meneruskan kayuhan ke Pantai Timur.

Perjalanan seterusnya menyusuri Pantai Barat menuju ke utara untuk saingan penamat Peringkat 8.


Perlumbaan 8 peringkat akan berakhir di Langkawi pada 14 Februari sebelum tirai dilabuhkan dengan perlumbaan sampingan Klasik Antarabangsa Malaysia dianjurkan sempena sambutan jubli perak LTdL pada 15 Februari.

PASUKAN LTDL 2020:

-NTT Pro Cycling Team (Afrika Selatan);
-Androni Giacatolli-Sidermec (ITA);
-Bardiani CSF Fanzane (ITA); 
-Nippo Delko One Provence (Perancis);
-Vini Zabu KTM (ITA);
-B&B Hotels-Vital Concept (Perancis);
-Aisan Racing team (Jepun);
-Team Bridgelane (AUS);
-PGN Cycling Team (INA);
-KSPO Professional (KOR);
-ARA Pro Racing Sunshine Coast (AUS);
-SSOIS Miogee Cycling Team (CHN);
-St George Continental Team (AUS);
-Team Sapura Cycling (MAS);
-Terengganu Inc. TSG Cycling Team (MAS);
-Thailand Continental Team (THA);
-Vino-Astana Motors (KAZ);
-Wildlife Generation Pro Cycling (AS);
-Utsonomiya Blitzen (JPN);
-HKSI (Hong Kong);
-Pasukan Kebangsaan Malaysia.

credit

Masukkan emel anda disini untuk melanggan terus posting terbaru kami ke emel anda:


Ditaja oleh FeedBurner



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bloginfo4uall.blogspot.com/2020/02/sukan-basikal-petronas-ltdl-ke-25-2020.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+BlogSensasi+%28Blog+Sensasi%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Snow Moon Dapat Disaksikan Bermula Malam Ini Kejadian Pertama Tahun 2020

Fenomena Snow Moon Dapat Disaksikan Bermula Malam Ini Kejadian Pertama Tahun 2020

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 494 hits
Hari ini sekali lagi bakal berlaku kejadian bulan penuh dan dikatakan kejadian pertama bagi tahun 2020 Menurut NASA Bulan penuh kali ini juga dikenali sebagai bulan salji oleh masyarakat Amerika Syarikat kerana berlaku pada cuaca sejuk dan ...
Jadual Pembukaan Kaunter Pembayaran Fasa Pertama Bsh 2020 Dan Kaunter Pendaftaran Bsh Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak

Jadual Pembukaan Kaunter Pembayaran Fasa Pertama Bsh 2020 Dan Kaunter Pendaftaran Bsh Bagi Negeri Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 924 hits
Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Sarawak melalui Kementerian Kewangan Malaysia telah menyelaraskan pembukaan Kaunter pembayaran BSH fasa pertama bagi tahun 2020 bagi Kawasan Pedalaman Sabah dan Sarawak LHDNM dan BSN akan berada di lokasi m...
Le Tour De Langkawi Ltdl 2020

Le Tour De Langkawi Ltdl 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 814 hits
Perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi telah memasuki edisi ke 25 penganjuran sejak dianjurkan bermula pada tahun 1996 Sepanjang 24 edisi yang lepas Langkawi telah menjadi hos perlumbaan peringkat pertama sebanyak 13 kali dan 16 kali seb...
Livery Baru Motogp Petronas Yamaha Srt 2020

Livery Baru Motogp Petronas Yamaha Srt 2020

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 891 hits
Pasukan MotoGP dari Petronas Yamaha Sepang Racing Team melancarkan design baru jentera bagi musim ini Pasukan Petronas Yamaha SRT dianggotai oleh Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli akan menggunakan jentera 2020 Yamaha YZR M1 sama sepert...
Jadual Ltdl 2020 Le Tour De Langkawi

Jadual Ltdl 2020 Le Tour De Langkawi

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 1509 hits
Jadual LTDL 2020 Le Tour de Langkawi BILAKAH tarikh pelumbaan Le Tour de Langkawi tahun 2020 bakal diadakan Untuk makluman anda pelumbaan PETRONAS LTDL 2020 yang memasuki edisi kali ke 25 bakal membuka tirainya mulai 6 Februari 2020 di Pada...
Bin Zaihan Ungguli Sukan Merentas Desa Sktu 2020

Bin Zaihan Ungguli Sukan Merentas Desa Sktu 2020

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 855 hits
31 01 2020 Jumaat Seri KembanganPagi ini saya dihubungi salah seorang sahabat yang juga menjadi pucuk pimpinan Persatuan Ibu Bapa dan Guru guru bahawa anak anak saya mengungguli acara Merentas Desa peringkat Sekolah Kebangsaan Taman Univers...
Kadar Bayaran Di Semua Tol Kendalian Plus Dikurangkan Sebanyak 18 Bermula Februari 2020

Kadar Bayaran Di Semua Tol Kendalian Plus Dikurangkan Sebanyak 18 Bermula Februari 2020

papar berkaitan - pada 1/2/2020 - jumlah : 1634 hits
PLUS Malaysia Berhad hari ini mengumumkan dimana kadar bayaran di semua tol kendalian PLUS dikurangkan sebanyak 18 bermula Februari 2020 Sedikit sebanyak ia memberikan berita gembira kepada pengguna pengguna yang menggunakan lebuhraya PLUS ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii

Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun