Lrt Rosak Kerajaan Tidak Serius Jaga Pengangkutan Awam




LRT rosak: Kerajaan tidak serius jaga pengangkutan awamPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: November 12, 2022
ShareGangguan perkhidmatan sistem Aliran Rel Ringan (LRT) selama tujuh hari bermula 9 November sehingga 15 November ini di 16 buah stesen meresahkan warga kota Kuala Lumpur.
Bagi calon Ahli Parlimen Pakatan Harapan Wangsa Maju, Zahir Hassan, gangguan yang menyebabkan 1.4 juta penumpang mengalami kesukaran pergi dan pulang kerja selama seminggu itu tidak wajar berlaku setelah kerajaan melabur begitu besar dalam projek pengangkutan berasaskan rel berkenaan.
“Alasan yang diberikan oleh RapidRail terhadap kerosakan peranti elektronik ATC yang mengakibatkan perjalanan rel terganggu saya anggap sebagai alasan yang tidak lengkap dan separuh masak. Punca kerosakan peranti elektronik ATC dan dapatan bagi semakan rutin penyelenggaraan yang dilakukan termasuk terhadap peranti ATC perlu turut didedahkan dan diperjelas.
“Tambahan pula, LRT telah mengalami pelbagai gangguan teknikal yang serius sekurang kurangnya lima kali dalam satu tahun kebelakangan ini, termasuklah insiden kecederaan serius ratusan penumpang LRT pada 24 Mei 2021. Adakah rutin penyelenggaraan yang dilakukan selama ini tidak dapat mencegah atau sekurang-kurangnya mengenalpasti kerosakan serius yang boleh dipralihat ketika itu, yang sudah berlaku hari ini ?
“Lebih ironinya, Perdana Menteri Sementara Ismail Sabri Yaakob baru melancarkan Dasar Tenaga Negara dua bulan lalu yang salah satunya menyasarkan sasaran 50% kadar penggunaan mod pengangkutan awam menjelang tahun 2040,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zahir lagi, kerajaan dalam hal berkenaan perlu memberi fokus menyeluruh kepada pelan pemulihan segera kerosakan perkhidmatan LRT pada masa hadapan.
Katanya, pelan persediaan yang rapi itu perlu diwujudkan bagi mengelakkan perkhidmatan LRT terus terganggu.
“Untuk menyelesaikan permasalahan sistemik berkaitan pengangkutan awam yang cekap, khususnya penggunaan rel di kawasan Lembah Klang, kerajaan perlu memberi fokus kepada kebergantungan (reliability) dan ketersampaian (connectivity) pengangkutan awam, khususnya rel.
“Tatkala penjelasan daripada pihak Rapid Rail tiada permasalahan jumlah peruntukan diterima terhadap kerosakan yang berlaku ini, keseriusan kerajaan terhadap keupayaan pengangkutan awam khususnya perkhidmatan rel supaya segala kerosakan yang boleh dipralihat (foreseen) yang mengganggu kekerapan dan penyediaan perkhidamatan rel dielakkan seolah-olah tidak diberi penekanan serius.
“Ini sekali gus sukar untuk bukan sahaja untuk meningkatkan kebergantungan (reliability) pengguna terhadap perkhidmatan rel, malah sukar untuk mengekalkannya,” kata beliau lagi.
Oleh itu, Zahir berharap agar gangguan LRT kali ini akan segera diatasi dan bas alternatif akan lebih banyak disediakan oleh pihak kerajaan BN – PN yang menjadi kerajaan peralihan pada waktu ini.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/lrt-rosak-kerajaan-tidak-serius-jaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lrt Rosak Nak Salah Siapa

Lrt Rosak Nak Salah Siapa

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 272 hits
KAMSIAH HAIDERSaya kurang faham kenapa pengurusan Prasarana terutama menteri kewangan tidak memberi keutamaan kepada membangunkan kepakaran teknologi tempatan selepas sekian lama menguruskan operasi LRT Saya fikir kesilapan dan gangguan ini...
Lrt Rosak Di Mana Silapnya

Lrt Rosak Di Mana Silapnya

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 230 hits
Kebelakangan ini nampaknya LRT banyak berdepan dengan masalah teknikal yang serius Apakah mungkin kerana teknologi yang digunapakai sekarang sudah luntur atau lama Saya tidak pasti sama ada mereka telah menaik taraf dan berpindah kepada tek...
Dilema Sistem Pengangkutan Awam Di Kuala Lumpur

Dilema Sistem Pengangkutan Awam Di Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 291 hits
Oleh Andre LaiULASAN PIMPINAN Saya masih ingat zaman sebelum adanya RapidKL pada 1980an dan 1990an Di tempat saya tinggal di Ampang hanya ada bas mini dan syarikat bas Len Chee Masa itu penduduk setempat bergantung kepada sistem pengangkuta...
Kerajaan Lambat Membaiki Kemudahan Sekolah Yang Rosak

Kerajaan Lambat Membaiki Kemudahan Sekolah Yang Rosak

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 403 hits
Selama bertahun tahun saya tertanya tanya mengapa kita mempunyai budaya penyelenggaraan yang lemah dalam hal bangunan dan kemudahan lama manakala kita berbangga dalam mengekalkan bangunan canggih kita Diktomi ini amat ketara apabila melibat...
Ph Tawarkan Kenaikan Gaji Dengan Campurtangan Kerajaan Jika Menang Pru 15

Ph Tawarkan Kenaikan Gaji Dengan Campurtangan Kerajaan Jika Menang Pru 15

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 394 hits
Kenaikan gaji menjadi isu yang utama dalam kalangan pekerja di negara ini Menurut Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli kenaikan gaji yang seolah olah tepu sejak dua dekad lalu di Malaysia menyebabkan sektor pekerjaan profesional tidak me...
Pru 15 Mandat Rakyat Kembalikan Kerajaan Bersih Prihatin Berintegriti

Pru 15 Mandat Rakyat Kembalikan Kerajaan Bersih Prihatin Berintegriti

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 149 hits
agendaily com03 11 2022Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berucap pada program Jelajah Prihatin Perikatan Nasional Parlimen Hulu Terengganu malam tadi Pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke 15 diadakan ...
Kerajaan Baru Anwar Zahid Hampir Dikenalpasti

Kerajaan Baru Anwar Zahid Hampir Dikenalpasti

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 275 hits
Jika gelombang ini dibawa harapan PN menang dan Muhyiddin PM juga hampir menjadi kenyataan kerana pengundi Melayu akan lebih memberi harapan kepada PN ganti BN Tidak dapat tidak Anwar Zahid akan membawa bersama DAP untuk menjadi kerajaan du...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Nahas Bas Bawa Pelajar Upsi Bomba Potong Bahagian Belakang Bas Persiaran Keluarkan Mangsa Yang Terperangkap

Daqmie Korbankanlah Chord

Wedding Favors On A Budget Custom Keepsakes That Look Luxe

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lu Fikir Bagus Sangat Ka Orang Bodoh Pun Buat Duit Kenapa Lu Tak

Pgslot Top 91 By Margot Pgslot Tm69 Co Pgslot Web 1 2568

Pgslot Pgsoft Top 30 By Alicia Fitbloggin Com Pg 6 2568

The Huawei Matepad Pro 12 2 Delivers A Flagship Pc Level Experience

Hikmah Diharamkannya Perjudian Dan Taruhan

Balik Kerja Baru Nak Serang Juadah Raya