Lrt Rosak Di Mana Silapnya


 

Kebelakangan ini nampaknya LRT banyak berdepan dengan masalah teknikal yang serius. Apakah mungkin kerana teknologi yang digunapakai sekarang sudah ‘luntur’ atau lama?
Saya tidak pasti sama ada mereka telah menaik taraf dan berpindah kepada teknologi terkini.
Saya difahamkan walaupun berpuluh tahun mereka mengendalikan operasi LRT, Prasarana masih tidak mempunyai kepakaran tempatan untuk mengganti teknologi tersebut dan terpaksa bergantung kepada kepakaran dari luar negara, terutama pembekal asal.
Ini amat malang bagi negara dan pengguna pengangkutan awam.
Ke mana hilangnya semua ahli-ahli teknikal dan pekerja mahir LRT yang saya difahamkan terlatih sewaktu LRT mula-mula beroperasi lagi.
Apakah tidak ada pengganti atau kesinambungan pekerja mahir?
Pastinya kalau pekerja mahir itu masih ada, mereka bisa menangani masalah yang timbul.
Kalau kita masih berharap kepada kepakaran pembekal asal, maka kita berhadapan dengan masalah besar; teknikal dan juga kewangan.
Mengharapkan kepakaran luar negara, tentunya akan mengambil masa yang panjang untuk segala pembaikan dan pemulihan.
Belanja untuk pembekalan alat ganti mungkin juga telah meningkat daripada harga asal.
Saya kurang faham kenapa pengurusan Prasarana, terutama menteri kewangan (Prasarana bawah Kementerian Kewangan dan dipantau oleh Kementerian Pengangkutan) tidak memberi keutamaan kepada membangunkan kepakaran teknologi tempatan, selepas sekian lama menguruskan operasi LRT (lebih 20 tahun).
Saya fikir kesilapan dan gangguan ini berpunca daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan itu sendiri yang tidak mempunyai kepakaran untuk memastikan perkara sebegini tidak berlaku.
Mengendalikan pengangkutan awam dengan baik dan sempurna sepatutnya menjadi asas kedua-dua kementerian.
Ini kegagalan yang nyata. Masalah yang telah lama berlaku ini akan terus berpanjangan sekiranya Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan tidak ada pelan jangka panjang untuk menangani masalah-masalah teknikal pada masa depan.
Semua teknologi yang dibeli dari luar memerlukan penyelenggaraan berjadual
(regular maintenance) dari masa ke semasa.
Kita melihat MRT juga dalam keadaan yang sama dan tidak ditangani dengan baik. MRT juga di bawah Kementerian Kewangan.
Kebanyakan teknologi – canggih sekalipun – mempunyai jangka hayat dan perlu diselenggara dengan baik dan adakala ditukar ganti.
Mungkin inilah masanya untuk penggantian.
Program pindahan teknologi
Ke mana perginya pindahan teknologi yang sering kita dengar daripada pihak kerajaan?
Kementerian Kewangan selalunya menamakan perkara ini sebagai isu utama dalam setiap pembelian kerajaan.
Tidakkah ini juga menjadi permintaan utama di pihak kementerian sewaktu memberi kontrak pembekalan untuk projek LRT dan MRT?
Malaysia mesti mengadakan program pindahan teknologi untuk mengambil-alih segala teknologi yang dibeli.
Kita mempunyai ramai tenaga kerja dan graduan yang tidak ada kepakaran.
Mereka tidak diambil dan dilatih untuk diberi pendedahan tentang teknologi yang dibeli oleh kerajaan.
Apakah di masa lalu, perkara ini tidak diambil berat dan diberi perhatian oleh kerajaan pada masa itu?
Jadi sekarang kita berdepan dengan segala macam masalah. Apakah mungkin Kementerian Kewangan dan Kementerian Pengangkutan tidak cekap, tidak pandai, dan tidak telus dalam mengurus pengangkutan awam? - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/11/lrt-rosak-di-mana-silapnya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lrt Rosak Kerajaan Tidak Serius Jaga Pengangkutan Awam

Lrt Rosak Kerajaan Tidak Serius Jaga Pengangkutan Awam

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 167 hits
LRT rosak Kerajaan tidak serius jaga pengangkutan awamPosted By on November 12 2022Gangguan perkhidmatan sistem Aliran Rel Ringan selama tujuh hari bermula 9 November sehingga 15 November ini di 16 buah stesen meresahkan warga kota Kuala Lu...
Lrt Rosak Nak Salah Siapa

Lrt Rosak Nak Salah Siapa

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 251 hits
KAMSIAH HAIDERSaya kurang faham kenapa pengurusan Prasarana terutama menteri kewangan tidak memberi keutamaan kepada membangunkan kepakaran teknologi tempatan selepas sekian lama menguruskan operasi LRT Saya fikir kesilapan dan gangguan ini...
Ketika 16 Stesen Lrt Ditutup 7 Hari Mana Wee Ka Siong Dan Tg Zafrul

Ketika 16 Stesen Lrt Ditutup 7 Hari Mana Wee Ka Siong Dan Tg Zafrul

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 251 hits
BORHAN AHMADMenteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz didesak supaya turun segera ke tapak masalah LRT di Kuala Lumpur Ini berikutan penutupan 16 stesen LRT selama tujuh hari berturut turut untuk laluan...
V Ustaz Tahu Tak Sakit Kena Rodok Tu Macam Mana Ustazah Siti Afifah Selar Uai Kecewa Tak Bela Maruah Wanita

V Ustaz Tahu Tak Sakit Kena Rodok Tu Macam Mana Ustazah Siti Afifah Selar Uai Kecewa Tak Bela Maruah Wanita

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 327 hits
V Ustaz tahu tak sakit kena rodok tu macam mana Ustazah Siti Afifah selar UAI kecewa tak bela maruah wanitaPercanggahan pendapat dapat dilihat dalam isu aurat wanita bersalin PENJELASAN pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus tentang hukum dok...
Pengusaha Homestay Tak Sangka Jadi Bapa Pada 13 Itik Dia Ceritakan Dari Mana Semua Tu Datang

Pengusaha Homestay Tak Sangka Jadi Bapa Pada 13 Itik Dia Ceritakan Dari Mana Semua Tu Datang

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 105 hits
BARANG yang tertinggal atau ditinggalkan oleh tetamu setelah mendaftar keluar dari penginapan seperti hotel dan homestay bukanlah perkara baharu bagi pekerja yang bertugas
Pas Patut Lawan Dap Di Mana Sahaja Bab Sembang Kemain Soh Letak Calon Tak Berani Jihad Apa Macam Tu

Pas Patut Lawan Dap Di Mana Sahaja Bab Sembang Kemain Soh Letak Calon Tak Berani Jihad Apa Macam Tu

papar berkaitan - pada 12/11/2022 - jumlah : 170 hits
KAMSIAH HAIDERPas sepatutnya meletakkan calon bertanding di mana mana kerusi yang ditandingi calon DAP pada mana mana Pilihan Raya Umum dan Negeri Ini adalah supaya Pas dapat menyerang semua kubu kuat DAP serta mengislamkan seramai mungkin ...
Sudah Rasa 3 Perisa Pani Puri Wanita Ini Komen Mana Satu Lebih Wow

Sudah Rasa 3 Perisa Pani Puri Wanita Ini Komen Mana Satu Lebih Wow

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 148 hits
Pani puri adalah sejenis masakan masyarakat India Namun kini pani puri semakin mendapat tempat dalam kalangan bukan masyarakat India Cita rasa masyarakat majmuk di tanah air kita sememangnya istimewa Kita boleh menikmati apa saja masakan pe...
Kata Ismail Poster Boy Mana Posternya

Kata Ismail Poster Boy Mana Posternya

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 119 hits
Kata Ismail poster boy mana posternya Posted By on November 09 2022Sebelum Pilihan Raya Umum ke 15 bermula Umno mengumumkan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah poster boy BN Namun menurut Pengarah Komunikasi KEADILA...
Mana Zahid Hamidi Cakap Hari Tu Nak Turun Redah Banjir

Mana Zahid Hamidi Cakap Hari Tu Nak Turun Redah Banjir

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 240 hits
FAZLI RADZI Mana Zahid Hamidi Cakap hari tu nak turun redah banjir Itu antara sindiran warganet berikutan banjir kilat di beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam Susulan hujan lebat berterusan mulai jam 4 petang tadi...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Lirik Lagu Kenangan Amzar Sabri

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi

Drama Teratak Kasih Salina


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Kelebihan Asid Folik

Alyph Saham Naik

Pergaulan Antara Lelaki Dan Wanita Ajnabi Hanya Dibenarkan Pada Keadaan Keadaan Tertentu

Kelas Seliaan Negeri Penerangan Tarikh Semakan Permohonan

Puasa Syaaban 2025 Tarikh Hukum Niat Melakukan Puasa Syaaban

Sukses Kumpulkan Donasi Untuk Beli Ambulans Zaskia Adya Mecca Kini Targetkan Bangun Masjid Di Gaza